Pages

Sunday, December 30, 2012

Malam

Wahai pemuda,
Lazimi-lah qiyam.

Saturday, December 22, 2012

nu'min sa'ah

اجلس بنا نؤمن ساعة

Mari kita duduk sejenak untuk membina semula iman kita..






Hari ini juga mimpi


Tiba-tiba... langkahku terhenti
Sejuta tangan telah menahanku
Ingin ku maki, mereka berkata;

"Tak perlu lagi kau berlari
Mengejar mimpi yang tak pasti,
Hari ini juga mimpi maka biarkan
ia datang..di hatimu"


Ebiet G. Ade - Camelia II


Friday, December 21, 2012

Cuti


Baru check email tadi. Permohonan cuti untuk tahun depan ditolak. Depa bagi tarikh lain.

Macam mana nak buat ni...Susah juga nak explain yang 'orang kita' ni kalau nak kenduri memang kena prepare lama sikit. Lepas itu tak boleh main tukar-tukar tarikh. Nak harapkan adik-beradik, kecil-kecil lagi.


Tak tau nak cakap kat siapa, tulis di ruang vakum ini.

Pening.





Thursday, December 20, 2012

Khazanah

Kadang-kadang aku terfikir kenapa perkataan 'kaum' dalam Bahasa Inggeris adalah 'Race'. Apakah etymology perkataan itu, agaknya.

Bunyinya, as it were, begitu competitive.

Kalau dalam Bahasa Melayu pula bunyinya seakan-akan bernada reclusive

Kalau selak surah al-Hujuraat, manusia diciptakan berbangsa-bangsa adalah supaya saling kenal-mengenal, sementelah nilai manusia dihadapan Tuhan Yang Maha Esa hanyalah taqwa.

Bahasa itu khazanah, kalau anda tertanya-tanya mengapa aku tertanya-tanya. Meluaskan penguasaan bahasa, pada cermatanku, akan memperkayakan khazanah diri.


Monday, December 10, 2012

Competitive

Will you soon be redundant? ...or worse, will you soon be a burden?




Let's move on.


Sunday, December 09, 2012

sekapal

Fatah dan Hamas.

Mereka sudah. Kita bila lagi? 

Ayuh ummat Melayu Muslim, nyatakan solidariti anda!

.

Thursday, November 29, 2012

Microwave

40' C.

Gelombang Ketuhar Melbourne.









Tuesday, November 27, 2012

Mediocrity

'Don't only practice your art,

but force your way into its secrets;

for it and knowledge can raise men to the divine'

Ludwig van Beethoven


Sunday, November 25, 2012

Teh Pudina Rabat

Tengahari tadi, aku datang untuk minum teh di rumah seorang rakan, seorang doktor dari Alexandria, Mesir. Aku bertandang ke rumahnya dengan Zein Farid, seorang doktor muslim dari Nairobi, Kenya. Aku datang mahu ziarah, sambil tengok-tengok rumah yang akan aku sewa tahun depan.

Sambil minum, kami sembang-sembang, dari satu topik ke satu topik, hinggalah ke topik Palestin dan dunia Arab.

Ada beberapa noktah yang kami sepakati, dan tidak kurang juga yang saling bertingkah,

Satu benda yang nampaknya isu sejagat adalah kesatu-paduan ummah. Isu yang ringan dimulut tapi berat dihati.

Aku tidak pernah ada teman rapat dari dunia Arab, jadi kebanyakan cerita dan berita aku dengar dari maklumat sekunder atau dari sumbar yang sudah diolah.

Dari apa yang digambarkan oleh doktor Mesir yang budiman itu, semangat 'kenegerian' sangatlah tebal antara satu negara Arab dengan negara Arab yang lain. Kuwait dengan duitnya, Saudi dengan keangkuhannya, Mesir dengan kebanggaannya dan macam-macam lagi. Bukan semua, tapi begitulah keadaan umumnya, kecuali di Haramain.

Puncanya? Masing-masing ada pendapat yang pelbagai. Tetapi, akhirnya, kami dapati bahawa isu Palestin adalah barangkali solusi kepada persoalan solidariti ummah ini.

Fikir-fikir balik, memang agak pathetic. Lihatlah, sampai ummat Islam kena sembelih baru terhegeh-hegeh nak bersatu. Tetapi, kalau fikir dalam-dalam lagi, barangkali itulah manusia. Yang selagi belum terhantuk, haram nak berjaga-jaga.

Tak apalah. Better late than never.

Ummah ini memerlukan modal insan yang berkualiti. Soalannya; di manakah kita?






Saturday, November 24, 2012

Budi

Kata orang, berbudi kepada tanah, banyak faedahnya.

Tuaian pertama Dr. Adam. Boleh la buat jamuan sikit malam ini.

Cili, Tomato, Rosemary dan beberapa sayur-sayuran lagi.




Lobak merah, Zucchini tak masak lagi..


Thursday, November 15, 2012

Kafein

Esok,  atau chronologically speaking - hari ini, 1 Muharrram 1434H. Aku day-off, sebab hujung minggu ini aku on-call.

Aku rasa nak turun Clayton awal pagi, breakfast atau brunch dengan beberapa teman yang masih lagi tak balik Malaysia. Petang ada usrah. Barangkali usrah terakhir dengan beberapa teman yang akan back-for-good. Malam balik semula ke Lembah Goulburn (Goulburn Valley). Jumaat, Sabtu dan Ahad kerja round the clock.

Menyesal pula minum kopi tadi, tak boleh tidur, hence the random scribbling.

I started to like, or enjoy, my work. I must say, it came sooner than I expected. Frankly, I didn't expect it to come at all. Ever.

I ask myself, then, what makes me feel so? I don't know, but I can tell you that I'm looking forward to go to work every morning, I like being in the hospital, I like attending to cases, I'm intrigued by every medical conundrums, and I actually listen to the case conferences. 

I hope that this is not some sort of escapism; you know, stuff like things you do or place you go when you have problems. That's so sissy. I don't want to find myself doing exactly that; not unconsciously and certainly not consciously. 

Well, taking the spirit of a new year, I wish to make myself a new year resolution. 

Here goes: my goal is to make sure that I have a goal; at least a goal per day. 

Seems legit.



Somehow, it reminds me of the first Hadith in the Hadith Arba'in by Imam Nawawi. I  beg you to re-read it, discover and experience whatever there is to read, discover and experience.   



.

Tuesday, November 13, 2012

Learn

“The best thing for being sad," replied Merlin, beginning to puff and blow, "is to learn something. That's the only thing that never fails. 

You may grow old and trembling in your anatomies, you may lie awake at night listening to the disorder of your veins, you may miss your only love, you may see the world about you devastated by evil lunatics, or know your honour trampled in the sewers of baser minds. 

There is only one thing for it then — to learn. Learn why the world wags and what wags it. That is the only thing which the mind can never exhaust, never alienate, never be tortured by, never fear or distrust, and never dream of regretting. Learning is the only thing for you. Look what a lot of things there are to learn.” 

The Once and Future King - T. S. White 

pesan

Ramai orang berpesan-pesan tentang prinsip kebebasan bersuara. Tetapi, tak ramai yang berpesan-pesan tentang sikap kebertanggung-jawaban (accountability) atas apa yang disuarakan.

Cakap memang seronok.


Sunday, November 11, 2012

Bentong

Kebanyakan universiti di sekitar Melbourne telah pun, atau sedang menamatkan penggal akhir untuk kalendar akademik undergraduate 2012. Ramai rakan-rakan dan juniors telahpun habis exam, dan ada yang dah balik Malaysia. Melbourne memang 'sunyi' waktu-waktu summer begini. Bayangkan, kalau separuh dari 9000 orang pelajar Malaysia balik waktu cuti musim panas, mau tak terasa 'kehilangan'? 

Segelintir yang tinggal kebanyakannya ada plan masing-masing; samada summer courses, kerja, atau melancong. Hari ini, ada beberapa sahabat yang masih lagi tak balik akan datang melawat rumah  aku. Daripada yang datang, dua orang adalah pelajar tahun akhir.

Muhammad Hanis dan soon-to-be Dr. Arif Hussin. 

I'm going to miss them. Harap-harap Hanis boleh pertimbangkan untuk sambung PhD kembali di sini dan Arif dapat kerja di sini. Harap-harapnya lah. But I know that the chances are slim. Hanis akan kahwin hujung tahun ini dan dengar ceritanya akan kerja dahulu. Arif dan isterinya merancang untuk kerja di Johor Bahru.

Tak apalah, that's life. People will come, people will go, and you , sir, have to move on.

Aku rancang nak masak-masak sikit.

Ayam panggang ala thanks-giving day, nasi basmathi, tomyam campur dan sayur tumis. Finger food; chips, dan untuk dessert nanti Connoisseur caramel ice-cream.

Nak makan, moh le datang...  



*garu kepala - mana nak cari lengkuas ni...


Saturday, November 10, 2012

Jemput datang

Jemput datang graduation aku nanti.

Robert Blackwood Hall, Monash University Clayton Campus, Melbourne.

6 Disember 2012, Khamis. Petang.

Hehe, Dah setahun kerja, baru nak grad. Sebenarnya aku miss grad tahun lepas. Terpaksa grad-in-absentia atas sebab-sebab sosial.

Clash dengan hari bertunang. Itulah, buat plan tapi tak tengok jadual.


Friday, November 09, 2012

Fixed, dilated.

Deep breath.

" I'm sorry. "

I walked to the edge of the bed, glanced over the clock on the wall, looked at the nurse and said in a soft voice " Time of death ..."

What a sad, sad day.


Wednesday, November 07, 2012

2013

Just received my postings for Post Graduate Year 2 for 2013.

I'll be doing Emergency Medicine -> Paediatrics -> Anaesthetics -> Northern Territory Prevocational GP.

Looks like it could be either Emergency Physician or General Practice for my specialization training, so far.

I have opted to go for Intensive Care Unit instead of Paediatrics, but seems like they have to prioritize the rotation for the BPT (Basic Physician Training) guys. But it is all right, I'm happy with my Emergency and Anaesthetics posting.

The last posting will be quite interesting, I hope. Rural placement in Northern Territory, Australia. Heard so many stories from my colleagues. Can't wait.

Post Graduate Year 2; check.

Residency; check. 

Postings; check.

Alhamdulillah.

Time to plan for other things. Well, things like marriage and family.




Now, that is not fun.

 

Tuesday, November 06, 2012

A black, moonless night.

Memang betullah, dunia itu belenggu. Kehendak keduniaan, sebetulnya. Kehendak keduniaan yang bermatlamatkan kepuasan hati, sebenarnya. Seperti air di lautan, makin diminum, makin haus.

Jaga-jagalah ketika kita putus asa, atau kita di bawah. Ketika itu defense mechanism kita mungkin lemah. Yang bakal merasuk entah segala apa.

Semalam, bos aku tanya, "...actually, come to think about it, why do you think we live in this world?"

Aku rasa, soalan itu terlintas barangkali selepas beberapa insiden di dalam ward. Pesakit yang macam-macam dengan masalah yang macam-macam. Sampai aku rasa, layakkah manusia ini diberikan akal yang sempurna jika karenahnya sebegini hodoh.

Aku tenungn mataya, hela nafas, dan aku jawab "...to be tested, Sir. To be tested that who among us is better in his or her deeds"

Aku cedok jawapan ini dari Kalam Suci Al-Quran, Al-Mulk, ayat 2.

Dia terdiam sekejap. Renung jauh, angguk dan sambung kerjanya. 





Ya Rabb, ampuni dosa. Bantulah hambamu.


Tuesday, October 30, 2012

Sahabat Lama

Jangan buat kerja separuh jalan, sambil lewa atau ala kadar.

Buat betul-betul. Lengkap. Berkualiti.

Asas, Jatuh, Potong.

Tamat.

Pekan Tutong

Beberapa hari lepas, aku mimpi yang agak aneh. Aku mimpi solat maghrib di Masjid Sultan Hasanal Bolkiah di Brunei. Aku tak pernah ke Brunei dan tidak pernah tahu kewujudan masjid itu.

Aku tidak anggap serius mimpi itu. Aku bukanlah makhluk yang penting sampai perlu diberi peringatan sebegitu rupa.

Cumanya, kalau boleh, aku ingin solat di masjid itu suatu hari nanti. 

Suatu hari nanti.




Saturday, October 27, 2012

Belakang Rumah

Saja gatal tangan. Nak cuba kamera second-hand. Dan nak familiarize dengan editing software yang baru install.

Scene belakang rumah. Pokok-pokok bunga tu Dr. Adam yang tanam. Termasuk anak pokok terung.

Dan, oh ya, ini juga scene setiap kali solat di bilik. Bilik aku paling belakang dalam rumah ini, sepertimana lazimnya bilik aku dalam rumah-rumah sewa sebelum ini. Ruang solat terus menghadap backyard

 Cadangan: Sila set youtube kepada 1080HD untuk hasil yang terbaik.



Saturday, October 20, 2012

Tukar ward

Semalam hari terakhir aku dalam posting pembedahan. Tak tahu nak rasa apa. Sedih barangkali. Relief pun ada sikit-sikit. Lepas ni masuk general medicine balik.

Sedar tak sedar, cuma tinggal satu rotation/3 bulan sebelum aku menghabiskan housemanship/internship. Ah, masa, cepat sungguh!

Alhamdulillah, rabu lepas dapat offer letter untuk sambung HMO Year 2/Resident dari hospital yang sama. Pengkhususan yang mana, tak tahu lagi. Tapi, aku mengharap untuk buat satu tahun general posting. Aku mohon begini:

1. Emergency Medicine - 3 bulan
2. Paediatric - 3 bulan
3. Obstetric and Gynaecology - 6 bulan

Minta-minta dapat. Amin.

Bulan depan ada intake untuk latihan Family Medicine/General Practice. Lepas sembang-sembang dengan beberapa senior colleague, rasa macam nak apply. Minta-minta dapat. Amin.






Tuesday, October 02, 2012

Lux

Makin lama, aku rasa, sikap berterus terang dalam menyoal atau menjawab bukanlah terhasil dari 'hati kering' semata-mata; ia adalah cerminan ketenangan hati, kejernihan pemikiran dan barangkali kematangan emosi sang penyoal atau si penjawab.

Perlu juga aku nyatakan di sini; berterus-terang tak semestinya bersikap menyakiti perasan;kadang-kadang  cakap berlapik juga boleh jadi terus-terang, berkias juga boleh jadi terus-terang. Asalkan maksud sebenar dapat disampaikan. 

Kenapa terus-terang itu penting?

Sungguh, kita sebenarnya tidak punya masa untuk perkara-perkara 'lain'; ia adalah bebanan yang membawa kelelahan.


Sunday, September 30, 2012

tying knot

Bukan knot itu. Knot yang dimaksudkan ialah surgical knot.


Hobi aku dalam dua tiga minggu ini ialah practice ikatan pembedahan. Bunyi macam kelakar, tapi itu lah yang aku buat antara masa-masa senggang atau antara satu pembedahan ke satu pembedahan.

Duduk di satu ceruk, guna sutures yang dah expired, main ikat-ikat.

Biasanya dalam pembedahan, bos cabut awal. Lepas part yang crucial, bos biasanya cabut awal dan biarkan trainees/apprentice dia yang tutup balik pembedahan. First few cases dulu, aku terkial-kial nak ikat balik perut yang terburai tu. Pakar bius/anaesthetist dah mendengus dah suruh cepat sikit. Scrub nurse pun dah sibuk kemas-kemas. Orderlies pun dah siap-siapkan katil untuk sorong pesakit keluar dari OT. 

Memang haru!


I refuse to dishonour myself again. 




Sunday, September 23, 2012

Candlebark

Turun naik gunung-gunung. Sesat. Air minuman habis. Cramps. Ubi keledek. Al-Mathurat atas summit.

Memang best.


kredit gambar: bushwalkingblog

Tahun depan buat aktiviti air banyak sikit, kata budak-budak ni. Aku sengih shj. Tak pernah try suhu air sungai di Australia lagi kot depa ni...




Thursday, September 20, 2012

Toleh kebelakang

2005 - Gua Gendang - Gua - Caving

2006 - Wilson Promontory, Victoria - Tepi pantai - Hiking.

2007 - Hutan Lipur Gunung Ledang - Hutan - Camping.

2008 - Hutan Simpan Gunung Pulai - Air terjun - Hiking.

2009 - Tiada

2010 - Taman Negara Gunung Ledang - Gunung - Hiking

2011 - Mersing - Pantai - Kayak

2012 - Lake Eildon, Mansfield - Lembah gunung dan tasik - Camping. Hiking.


Senarai Rehlah/Mukhayyam/Muasykar yang telah disertai, kecuali 2012 (bakal). 2009 tak join sebab exam.

Siapa bilang usrah hanya dalam bulatan sahaja?




Monday, September 17, 2012

Hiqd

Tak tau nak cakap mcm mana, tapi nak cakap jugak.

Well, here goes:

Kalau pekerjaan awak sibuk, katakan sahaja sibuk dan khabarkan bagaimana rupa sibuknya anda.

Buat perbandingan dengan pekerjaan lain semata-mata sebab nak kata awak sibuk - langkah keanak-anakkan.

Aku andaikan begini- awak nak kata awak lawa dengan beritahu betapa hodohnya member anda.

Sama sahaja semua.

Yang mulakan dan yang balas balik.




Yang benar,
Fitri


Saturday, September 15, 2012

goal-less

Bulan 9 dan 10 adalah bulan-bulan getir untuk HMO Year 1 (Hospital Medical Officer) di Australia.

Kebanyakan sesi penilaian, permohonan dan interview sedang berlaku waktu ini. Bulan 10 nanti keluarlah keputusannya.

Keputusan untuk tahun depan, samada bertukar hospital, masuk ke program latihan physician atau surgeon, atau general training

Ramai antara rakan-rakan sekerja berminat dalam line physician, cuma dua atau tiga sahaja yang berminat dalam surgery

Terbalik masa student dulu. Seorang dua sahaja budding physician, selebihnya aspiring surgeon.

Aku?

Time student dulu minat surgery.

Tapi, lama-lama, aku sedar aku ni generalist. Minat nak tau semua, seluas yang mungkin, se-rencam yang mampu. Aku tak suka pada pengkhususan.

Itu yang bila member tanya, aku rasa susah nak jawab.

A field where there is a mixture between this and that.

Barangkali emergency physician, atau general practice.

Dua-dua tu memang tak popular. Kalau kat hospital, kebanyakan doktor di ward ada shj 'komplen' tentang ED, dan orang selalu kata GP ni doktor yang dah tak boleh nak specialize atau dah nak retire.

Setuju atau tidak, itulah stigma dalam profesion dan masyarakat.

Mm, tengoklah macam mana.

Mohon yang terbaik.



.


Tuesday, August 28, 2012

Akula

It seems like proactivity is quite different from being hardworking, even though most of the time they are physically the same thing; you ought to do more than what's expected of you.

Like efficiency, proactive is another key working attitude that is highly regarded in my working community.

Most of my colleagues believe that proactivity is a manifestation of sheer interest.

Well, maybe it is.

On the other side of argument, I would like to think that interest is a reflection of one's true character.

Character is quite rigid; hardly dynamic. It means to endure and to resist; seldom to indulge or to absorb.

If it is true, then perhaps it is quite hard for one to develop a new interest.

But, of course, you know it more than I do that such premise is not entirely true.



'Boredom; not hard work, is the real enemy' - Dr. Andrew Smith. British Medical Journal

Akula (romanized) is Russian for shark, by the way. Yes, it may seems random to you, but not to me.




Thursday, August 23, 2012

Lost

One of my patient had passed away this morning.

The one whom I mentioned in my previous entry below.

I mourn for her.

I really do.


Friday, August 17, 2012

Ramadhan 2012

Baru saja balik dari hospital, ada lagi dalam 30 minit sebelum sahur. Empat hari berturut-turut balik lebih masa. Kalau ada gaji overtime mau kaya aku. Tapi, nak buat mcm mana, kerja bukan ikut masa atas kertas.

Dikit demi dikit, aku dah rasa best dlm surgery ini. Bos pun best. Senior pun best. Ada yang strict & stern, ada yang friendly

Sebenarnya, bukan tak boleh pass-kan pada member on-call lain, tapi aku nak pengalaman handle kes. Malam-malam, boleh buat banyak benda, sebab tak ada siapa nak 'menyibuk'. Senior yg on-call pun biasanya yg dah experienced dan approachable. Kecuali Orthopaedic, tulang. Mungkin sebab banyak sgt kes kot..

Tadi ada satu kes, usus kecil tersumbat (small bowel obstruction). Sekali xray, tu dia, perut (gastrum) sebesar bola ragbi. Rush buat naso-gastric tube, dapat drain lebih kurang 3 liter gastric content. Lebih kurang dua botol coke besar.



Selesai, patient tu peluk aku. Makcik, lingkungan 80-an. Terima kasih, katanya, sambil bergenang air mata. Mungkin sakit sangat sebelum ini. Bagi Morphine pun tak jalan.

Kalau kau tanya aku, inilah moment utk ramadhan aku tahun ini. 

Tuhan, terimalah ini sbg tanda pengabdian diriku pada-Mu.

Jom, sahur.




Monday, August 13, 2012

Angpow

Tadi call rumah. Adik-adik dah tanya tentang duit raya. Mula-mula blank sekejap. 

Dah kerja rupanya aku ini.

Tak adanya aku nak bagi banyak-banyak. Cukup buat beli keropok 'super-ring' sudah.


ejaan jawi - "suuber ringkh"
sumber : orientalfood




Sunday, August 12, 2012

Blues

Aku start medical rotation hari itu dengan nights dan weekend cover. Esok, surgical rotation dengan afternoon shift 2.30pm - 12am.

Apa nasib la aku ni.

Kerja malam-malam, masa orang tak ramai.

Masa drama-drama.


Layan I'tikaf dalam ward.


Friday, August 10, 2012

Esok

Bi taufiq wannajah.



10 yang terakhir

...adalah fenomena 'ibadah.

Menyeru diri sendiri dan anda semua untuk merebut peluang ini.




Tulus ikhlas.

Fitri



Monday, August 06, 2012

Oktober nanti

Minggu ini adalah minggu terakhir aku dalam sub-acute medicine. Minggu depan aku akan masuk jabatan pembedahan. Aku akan bermula dengan evening shift, dari 1.30pm - 11.30pm. Hari raya, kalau jatuh hari Ahad, aku kebetulan memang day-off. Alhamdulillah. Tak pasti samada nak beraya di sini atau balik ke city. Dekat sini sebab ada fellow Malaysian doctors, kalau di city ada banyak komuniti Melayu dan sahabat-sahabat karib.

Aku dah plan nak balik Malaysia dalam bulan Oktober. Dalam seminggu macam tu. Tiket dah beli pun sebenarnya, tapi aku masih lagi nak rahsiakan dari keluarga. Aku tak risau nak cerita di sini sebab bukannya depa baca pun blog ni.

Ada beberapa perkara nak dibuat, salah satu yang utama adalah kursus kahwin. Kalau ikutkan jadual, nampak gaya dari airport nanti aku kena rush ke kursus. Walaupun cerita-cerita dari rakan-rakan banyak yang bernada negatif tentang kursus ini, aku harap kursus yang akan aku lalui nanti bermanfaat. Tidaklah semata-mata untuk formaliti.

Dah settle nanti, aku nak pergi ke jabatan agama untuk ambil borang-borang. Aku dah call jabatan ini beberapa hari lepas, dan telah bersembang oleh salah seorang pegawainya. Dalam banyak-banyak prosedur, ada satu borang yang menggelikan hati aku; dokumen akuan bujang. Sebabnya, borang ini perlu disahkan oleh majikan tempat kerja.

Aku dah boleh terbayang muka pelik kerani mat saleh di pejabat Medical Workforce nanti. Dan dari segi logistiknya memang kurang sesuai.

Lalu, aku tanyakan alternatif. Alhamdulillah, Kadi kawasan boleh sahkan. Bolehlah aku melawat Kadi Sitiawan nanti yang orangnya pun aku tak pernah kenal. Harap-harap dia percaya aku bujang terang tang-tang.

Lepas itu, kalau ada masa, aku hendak pergi ke Kuala Kangsar, jumpa sahabat lama. Abdul Rahim Che Hashim, tauke labu sayong berjaya. Nak jumpa orangnya dan ibu bapanya. Dulu, waktu sekolah, ada beberapa kali aku tumpang tidur di rumahnya. Lepas sekolah pun ada juga. Aku agak rapat dengan bapanya, Encik Che Hashim. Ramah orangnya.

Mula-mula kenal dulu, beliau tak banyak cakap, selalu sibuk mengukir labu sayong. Tapi bila dah lama, beliau memang mesra. Banyak cerita; biasalah, orang banyak pengalaman. Aku suka untuk sembang dengan beliau sebab nak berlatih loghat Perak Kuale. Syok betul. Rasa puas. Baru boleh mengaku anak jati Perak. Bukan apa, hometown aku di Sitiawan sebenarnya bandar pendatang. Sitiawan dulu merupakan kampung-kampung cina penoreh getah. Orang Melayu yang ada pun asalnya dari Acheh. Jadi, loghat Perak memang tak strong pun di Sitiawan. Bukan nak berlagak cakap KL.

Kalau jadi, aku ingat nak pergi pagi, dalam dua jam sampailah. Tengahari boleh ajak Rahim makan laksa dan cendol dekat tebing sungai Perak. Zohor di Masjid Ubudiah. Klasik habis. Balik nanti, boleh singgah beli cendawan dan pisang goreng, makan dalam kereta.

Dekat-dekat hari nak balik, aku ingat nak mampir ke Batu Kurau, Taiping. Ziarah pusara arwah ibu dan bapa tunangku. Lepas itu, mungkin boleh singgah di Kamunting, rumah seorang lagi sahabat karib seumur hidup, Muhammad Hakimi Ismail. Seorang engineer yang kini berkerja di Friedrichafen, Germany. Aku rapat juga dengan ayahnya. Suka dengar tazkirah dan peringatannya. Memang 'basah', selayaknya seorang yang gigih dalam arena dakwah dan usrah hingga ke hari ini.

Banyak betul plan. Entah di buat entah tidak. Ini tak termasuk melawat sahabat-sahabat ISMA di KL dan Johor yang terpaksa aku cancel. Ah, masa...

Tak apalah, aku akan luangkan masa cukup-cukup dengan keluarga nanti. Masak di dapur dengan ibu, siram kebun ayah, lawat adik di UiTM dan asrama, buli Fareez si budak kecik. Petang-petang boleh main basketball dengan 'penghulu' Sitiawan, Izwan Haziq dan Wan Muhd Asyraf. Malam pergi mamak atau kopitiam. Subuh di Surau Nurul Hidayah, Taman Mas.

Moga jadi.





Isu lapuk

Celik politik tidak bermakna kita sokong pembangkang.

Begitu juga sebaliknya.

Buta politik tidak bermaksud kita sokong pemerintah.

Politik tidak hanya melibatkan parti politik. Lebih dari itu. Tetapi, of course, politik bukanlah segala-galanya.



Mengapa perlu sedar tentang politik? Kalau sampai harga seluar dalam kita pun akan ditentukan oleh dasar politik, takkan kita tak nak ambil tahu?

Wednesday, August 01, 2012

Lumos

Kata Ustaz Hasrizal "Erti hidup pada memberi".

Setelah sekian lama hanya duduk di barisan pendengar, minggu depan aku akan buat case presentation untuk seminar mingguan hospital. Bos suruh.

Jemput datang. Dewan seminar Elsie-Jones, Goulburn Valley Health. 8.30pg, 10 Ogos.

Tajuknya berkaitan Pyoderma Gangrenosum. Tentang penyakit kulit kompleks yang berkait dengan penyakit-penyakit lain, walaupun sekali pandang bunyinya seakan-akan mantera Harry Potter.

Kalau tak best jangan baling telur tembelang. Aku puasa.







All Ahead Flank!






Tuesday, July 31, 2012

Sahur

Kata seorang sahabatku, menurut pengamatannya; masyarakat yang produktif adalah masyarakat yang menghidupkan pagi-pagi mereka.

Disebalik keheningan dan kedamaian awal pagi, ada suatu kekuatan rahsia yang mampu mendorong manusia untuk melakukan kemampuan-kemampuan yang luar biasa.

Aku perlu ingatkan diriku perkara ini, setiap kali bangun sahur.



Surface the boat!


Janji Ikan Salmon

Bulan Ogos adalah bulan kemerdekaan, maka aku rasa teringin untuk menulis satu artikel yang bernuansa patriotik.

Semalam, waktu berbuka, aku tonton suatu dokumentari terbitan BBC tentang kitar hidup ikan salmon pasifik. Di akhir rancangan, aku rasa ikan salmon adalah haiwan yang patriotik kerana:

1. Sanggup bersusah payah mudik ke hulu sungai dengan melawan arus yang deras semata-mata untuk bertelur ( baca: meneruskan zuriat ) di tempat kelahirannya (baca: tanah air).

2. Setelah bertelur, ikan-ikan ini akan menghamburkan diri di sekeliling sungai itu dan mati di situ. Mereput dan mengembalikan zat-zat dan nutrien berharga yang dikutip dari laut dalam yang jauh beribu batu ke tanah-tanah sungai untuk manfaat ekosistem tumbuh-tumbuhan dan haiwan lain. ( baca: umpama lilin membakar diri ) 

Maha suci Tuhan. Milik Engkaulah segala ilmu pengetahuan dan peraturan di dunia ini.

Terbit satu ibrah dalam diri ini untuk mengambil iktibar dan pedoman dari 'kisah' ikan salmon.





In the mean time, aku rasa, ada baiknya juga kita jadikan ikan salmon sebagai logo dan tema hari kemerdekaan kita tahun ini, alang-alang design asalnya yang macam.... Tapi, sayang, ikan salmon bukan ikan tempatan di tanah air.



Monday, July 30, 2012

Kawanan biri-biri

Tadi, aku datang jumpa pesakit di jabatan kecemasan untuk admission. Ada seorang fellow doctor datang dekat, senyum dan berkata:

"Brother, we had been missing you quite lately in the mosque, is there any problem? Is there anything that I can help?"

Subhanallah.

Jujur, beberapa minggu ini aku agak sibuk dengan kerja. Balik mmg flat. Bateri kong.

Hari ini, tidak ada kata yang lebih baik dari-mu, tuan. Terima kasih.


Selingan:

Artikel (link) ni bagus. Aku pencinta ayat-ayat ringkas.

Thursday, July 26, 2012

Gigi

Sejak Ramadhan bermula, waktu makan tengahari memang senggang, jadi aku ambil kesempatan hadir ke talk, seminar, CME di hospital yang memang banyak diatur dalam waktu-waktu begini. Topiknya pelbagai. Dapat dengar dalam setengah jam pun jadilah.

Tadi ada talk dari dentist. Ada satu benda yang aku rasa menarik untuk dikongsikan;

Kalau ada patient datang dengan tooth avulsion, gigi tercabut - sepenuhnya tercabut - dan gigi berkenaan ada bersama, kita boleh masukkan kembali ke dalam soket. Tapi ada pantangnya.


1. Mesti dalam 30 minit pertama sejak gigi tercabut. Lebih dari itu, tak jamin proses healing akan berlaku.

2. Nak pegang gigi itu mesti pada enamel, sebab tak nak ganggu akar gigi yang banyak 'salur darah mikro'.

3. Kalau kotor, kita cuci dalam susu. Sebarang susu. Kalau tak ada, guna saline.

4. Pastikan soket gigi bersih sebelum masukkan gigi.

5. Kalau patient umur 5 tahun dan ke bawah, tak perlu. Sebab gigi susu.

6. Hanya untuk gigi yang tercabut sepenuhnya.

Lepas masukkan ke dalam soket, kita splint dekat gigi bersebelahan supaya tak bergerak. Mouth wash dan review dengan dentist keesokan harinya.

Kos pergigian memang mahal di Melbourne. Dalam ribu-ribu. Kalau kita dapat handle kes macam ini, boleh jimatkan kos.

Jadi, next time, kalau kita mengalami benda ini, cari balik gigi dan bolehlah bawa ke doktor/dentist. Pegang dengan betul, kalau boleh rendam dalam susu, dan rush.

Wednesday, July 25, 2012

Di Hujung Tebing

Tengahari tadi, bersama bos, aku hadir ke suatu talk dari Intensive Care Unit (ICU) Consultant dari Austin Hospital, Melbourne. Ada satu noktah yang ingin aku kongsikan;

Dari siri-siri drama medical popular, cth. ER, House, Grey's et cetera, 80% daripada Cardio-Pulmonary Resuscitation (CPR) yang dijalankan dalam drama berkenaan adalah berhasil; pesakit berjaya di'hidupkan' - revived.

Malah ada yang boleh makan sandwich lagi selepas itu.

Sedangkan, dalam realiti sebenar, peratusannya jauh lebih rendah. Kalau di Melbourne, census terbaru menunjukkan hanya dalam 20%, dan daripada jumlah itu, hampir separuh telah dicatatkan mengalami komplikasi saraf yang kekal.

False hope, dikhuatiri membawa kepada over-expectation.

Kalau begitu, soalan yang tinggal adalah to do, or not to do? CPR atau tidak?

Kompleks nak jawab, bergantung dari satu kes ke satu kes. Ada beberapa sisi yang perlu dipertimbangkan. Perlu input dari ramai orang.

Salah satu yang ingin aku sebutkan adalah konsep quality of life after resuscitation/CPR. Menarik padaku, sebabnya ;
  • Objektif - kita cuba sebanyak mungkin saingkan antara pro dan kontra dan lihat mana lebih beneficial. Setidak-tidaknya, dengan indikator ini, kita ada suatu piawai yang boleh kita ukur bebas dari unsur emosi.
Kalau kau rasa dengan CPR tu hazzzab tulang rusuk patient tu kau henyak, dan jahanam trachea patient tu kau intubate... kau boleh bayangkan, kan?

Tujuannya hanya satu, do no harm.

Aku tak adalah setuju sepenuhnya, cuma topik ini aku rasa menarik untuk diperhalusi. Lambat laun, setiap antara kita akan menghadapi situasi ini. Samada kitalah pesakit itu atau kita perlu memberi keputusan untuk orang lain.

Ngeri.

Tuesday, July 24, 2012

Lelaki Salju

Sebenarnya, aku agak risau melihat 'fenomena' beberapa pendakwah bebas di tanah air. Jujur, yang aku risaukan hanyalah pengikutnya. Tidak ada niat lansung untuk mempertikai malah menguji pendakwah berkenaan. Sungguh!

Apa yang aku takut? Kalau-kalau berubah menjadi semacam suatu kultus - cult

Dari sisi positif, aku cerap keadaan ini sebagai manifestasi suara masyarakat kita yang begitu dahagakan pemimpin yang soleh. Tokoh yang boleh diharap di saat udara politik dan sosial tanah air menjadi sesak dan tidak menentu.

Harap-harapnya tidak ada orang yang menangguk di air yang keruh. Kalau ada, kita minimumkan. Kecilkan pengaruhnya.

Aku berdoa agar aku yang salah. Aku berharap agar kerisauan aku tidak valid.



Aku Hanya Serangga - Bumi Putra Rockers


Monday, July 23, 2012

Ramadhan dan kerja

Ramadhan. Alhamdulillah. InshaAllah.

Ramadhan pertama sebagai seorang yang bekerja. Puasa di siang hari lebih kurang sama sahaja, cuma aktiviti malam seperti tarawikh berjemaah, program keagamaan, program usrah, qiyamullail et cetera terasa cabarannya. Lembik semacam. Segan!

Rakan-rakan kerja banyak yang bertanya tentang Ramadhan. Banyak soalan ' betul ke itu' ' betul ke ini'. Seronok untuk jawab. Soalan terus terang di jawab dengan terus terang. Soalan sinis di jawab dengan senyum tipis.

Hari itu aku baru sahaja mohon untuk melanjutkan kontrak kerja untuk tahun depan. Harap-harapnya lulus.

Dari segi kerja, kelok pembelajaran (learning curve) dalam keadaan steep, alhamdulillah. Makin hari, makin banyak yang dipelajari. Ada yang datang dari pengalaman dan pemerhatian, tapi sebenarnya banyak datang dari kesilapan. Aku perhati dan hisab, banyak kesilapan berpunca dari assumption dan indecisiveness. Dua-dua ini perlu dielak dengan sungguh-sungguh. Bahaya.

Lawan kepada assumption adalah thorough.

Lawan kepada indecisiveness adalah knowledge.

Moga amalan kerja ini berbudaya dan berbekas dalam hati.

Sebut tentang amalan kerja, aku perasan mat saleh ni sangat menghargai efficiency. Kalau hendak memuji itu, pujian yang paling berharga adalah pujian efficiency berbanding pujian-pujian lain. Betul, amalan kerja seperti punctuality, operational/hands-on skills, hardworking, accountability et cetera adalah penting, tetapi itu semua adalah kemahiran - skills. Efficiency is another different thing - a cut above the rest. Mengapa eh?

Juga, mereka prefer smart rather than intelligence.  Yang ini aku tak rasa susah untuk difahami.

Aku rasa, kata kunci kepada budaya ini adalah productivity dan authenticity.

Mungkin.


Scientia est potentia!


Friday, July 13, 2012

Hujan

"..Mak dah xda" 



Kita merancang, Allah SWT merancang; Allah SWT adalah sebaik-baik Perancang.

Aku sebenarnya agak kebingungan. Tentang masa depan. Tentang perancangan masa depan.

Tidak sempat untuk mengenal ibu dan bapa mertua yang takkan pernah aku ada. Tidak sempat untuk berbakti kepada mereka. Tidak sempat untuk kenal hati budi mereka.




Sedih!

" ..dia dah takda org lain dah, hanya kamu".

Dan pesanan dari rakannya ini membuatkan aku terdiam sejenak, insaf akan realiti saat ini. Bahawa yang akan aku bimbing nanti adalah seorang anak yang kini yatim piatu.

Kusut!


**

“Dialah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat).” (Al-Mulk: 2)







Thursday, July 12, 2012

Al-Fatihah

Al-fatihah untuk Allahyarhamah Pn. Ramlah bt Ibrahim, bonda kepada Siti Saliza bt Mat Sagar.

Moga ruhnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org-org yang dinaungi dan dikasihiNya.

Buat Cik Siti Saliza sekeluarga, moga bersabar atas dugaan ini. Baru sahaja ayahanda tersayang meninggalkan kalian awal Februari lepas, tentu shj pilu dan sedih perasaan yang ditanggung.

Buat Cik Siti Saliza, mohonlah doa dari Pencipta kita, agar diberikan kekuatan dan ketenangan.




Dan Ramadhan dah nak hampir tiba... sayu.

Al-Fatihah.





Friday, June 22, 2012

Mrauk U

Aku rasa, garis halus yang memisahkan antara 'balas dendam' dan 'belajar dari kesilapan' adalah - niat.

Halus sekali.

Peliharalah.



.

Saturday, June 09, 2012

Tuan Ramlan; Salut-tiga-jari!

Dulu, waktu perkhemahan pengakap sekolah rendah, antara aktiviti yang aku benci adalah pemeriksaan kawasan khemah pada hari terakhir. Sebab, ada saja yang tak kena pada mata pemeriksa. Ada saja modal untuk mendenda.

Pasal kebersihan itu tak mengapa, biasanya semua orang sedar nak buat. Tapi ada satu bab yang biasanya orang terlepas pandang -periuk belanga kena dipastikan licin berkilat.

Bersebab sebenarnya. Alat-alat memasak memang susah nak dipastikan bersih. Benda-benda tu memang guna sepanjang masa. Tak guna basuh awal-awal. Contoh; cerek air; sentri malam akan sentiasa buat air panas berkole-kole dan berteko-teko, paling tidak pun malam sebelum hari inspection

Yang paling susah adalah jelaga karbon pada permukaan bawah. Biasanya masak pakai kayu, atau tempurung, jadi jelaganya lagi degil berbanding dengan jelaga dapur rumah.

Kalau tak sental, biasanya pemeriksa akan calit jelaga tu kat muka. Waktu sekolah rendah, hukuman tu dah tak terperi gerunnya. 

Tak ada heronya kena denda macam tu. Biasanya, budak-budak meleleh air mata menahan malu waktu muka dipalit jelaga.


....Bila fikir-fikir balik, benda ni sebenarnya berbekas dalam hati.

Hati ini sememangnya jarang dijenguk, dibelek dan diteliti. Entahkan elok entahkan tidak. 

Karat dan debu dan segala macam lagi entah dah tebal mana. Dibiarkan; bertambah teruk. Dibersihkan; jerih sekali. Tapi perlu dibuat. Setiap masa.

Takut-takut, tak sempat nak berkilat waktu hari inspection nanti. Kantoi.

Carilah penyudah yang terbaik. Kerana kita tak tahu waktunya bila.

Kejar husnul-khatimah.


Friday, June 01, 2012

Hidup untuk sehari

"Nasib yang terbaik adalah mereka yg tidak pernah dilahirkan.

Yg kedua, mereka yg mati muda.

Dan yg tersial adalah mereka yg mati tua.

Maka beruntunglah mereka yg mati muda.

Makhluk kecil; kembalilah engkau dari tiada ke tiada.

Berbahagialah engkau dlm ketiadaan-mu"


Catatan Seorang Demonstran - SHG

Thursday, May 31, 2012

Kuda perang

Gallardo - paling buas

Bucephalus - paling laju

Von Richtofen - paling taat

Wednesday, May 30, 2012

Ayam Brand. TM

Hujung minggu lepas, aku jadi tukang 'moderate' satu usrah gabungan di rumah X.

Masuk-masuk ruang tamu, aku ternampak satu artikel dekat tempat aku duduk. Selak-selak, aku baca tajuk dia:


"Usrah Cap Ayam"


Pergh, boleh tahan 'laser' budak-budak ni...

Tuesday, May 29, 2012

Daun keladi

Sebenarnya, aku agak keliru untuk menentukan garis pemisah antara rationalization dan indoctrination dalam pembawaan sesebuah idea atau ideologi oleh sesebuah kumpulan/jemaah.

Pun begitu, aku percaya, dialog adalah jalan terbaik. Kerana aku percaya, meraikan sisi rohani lebih penting dari segala-galanya kala kita berbincang. 

Ramai orang kata, kita kena berbincang dengan seseorang itu sesuai dengan tahap pemikirannya, tetapi yang banyak aku lihat, kita dengan sengaja lebih suka merendah-rendahkan aras intelektual dalam hampir semua perbahasan kita. Kita membuat assumption berdasarkan perkara-perkara yang sangat superficial, tanpa lebih dahulu menganalisa dengan lebih mendalam. Contoh, menghubungkaitkan pekerjaan/profesion/bidang pengajian dengan laras pemikiran. Aku cukup bangkang. Aku tidak nampak sebarang persamaan linear di situ.

Saranan aku; hadapilah manusia dengan kasih sayang. Prejudis tidak akan membawa ke mana.






Kenapa daun keladi? 






Thursday, May 24, 2012

breaking bad news

Semalam aku balik lebih kurang pukul 2pagi (waktu tempatan), shift aku sebenarnya tamat pukul 11 mlm. Ada beberapa kes yg agak rumit. 

Salah satu daripadanya memerlukan hampir 3,4 jam untuk dirungkai satu per satu. Datang dengan beberapa simptom yang tidak spesifik, satu ujian makmal membawa kepada satu ujian makmal yang lain, akhirnya membawa kepada teknik pengimejan radiologi. Subhanallah, ada pendarahan besar di otak! Kelam kabut habaq hang. 

Tapi, prognosis tak berapa baik. Pendarahan bukannya pendarahan strok - haemorrhagic stroke -  yang tipikal, kata pakar bedah saraf yg dihubungi melalui telefon dan emel; lebih mcm pendarahan kanser yg tak diketahui lagi sumber primernya. 

Bayangkan perasaan ketika mahu menjelaskan semua ini kepada keluarga pesakit. Oh, tak...bayangkan perasaan keluarga pesakit itu.

Allahu Allah. Kepada Mu jualah segala hidup ini berserah.

Saturday, May 12, 2012

Lelah

Kena lebih banyak membaca. Kena!

Friday, May 04, 2012

Kembali

Atas beberapa sebab dan tolakan, aku kini kembali aktif untuk meneroka lagi isu-isu berikut;

1) Melayu dan Islam dari sudut sejarah dan antropologi,

2) Melayu dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia; sejauh mana Perkara 160(2) ditafsirkan dlm pengamalan undang-undang di Msia dan di dlm masyarakat umumnya

3) Guru-guru Melayu pra Merdeka; apa peranan mereka dlm membentuk landskap politik budaya dan sosial masyarakat Melayu.

Sayang, sumber banyak di tanah air, hanya bergantung kpd sumber elektronik dan wawancara dgn ahli yg berkenaan.

Tujuan? Sekadar usaha kecil utk lebih memahami beberapa persoalan penting mutakhir ini. Mohon doanya.




# '... Give me a cause, give me a problem' - Sherlock Holmes


Thursday, May 03, 2012

Hadji Murad

Sedang menghabiskan Novel 'Hadji Murad' karangan penulis Rusia; Leo Tolstoy.

Harap-harapnya boleh habis. Kadar pembacaan aku sgt perlahan. Dua tiga perenggan dah layu biji mata.

Dilemma. Dua jalan.

Tuesday, April 17, 2012

Mau muafakat?

Asam di laut, garam di darat; dalam periuk, bikin muafakat.

Rindu asam pedas ikan pari dan kari ikan bawal bonda.

Arghh. Agak misi-mustahil nak cari barang-barang tu kat sini.

Thursday, April 12, 2012

Juggling things

"It's your call. You decide."

"Hmm..."

"It's OK, whatever it is, we got your back.You confident?"

"...I am. Let's do it"






Me: Best.

Confidence level: Ceiling.

Sunday, April 08, 2012

Brace yourself


for the Winter is coming.

Time to stock up Nurofen, Paracetamol and other meds.


Thursday, April 05, 2012

Lagu


Getaran jiwa melanda hatiku 
Tersusun nada, irama dan lagu 
Walau hanya sederhana 
Tetapi tak mengapa

Moga dapat membangkitkan 
Sedarlah kamu wahai insan

Tak mungkin hilang 
Irama dan lagu 
Bagaikan kembang 
Sentiasa bermadu

Andai dipisah lagu dan irama 
Lemah tiada berjiwa... hampa



Getaran Jiwa - Allahyarham Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh

Sunday, April 01, 2012

Sana dan sini

Malam ini aku rasa melankolik. Belum bertemu dengan sebabnya. Tapi tak mengapa, sebab melankolik yang tenang. Jarang. Selalunya mesti nostalgik, takpun kelelahan.

Malam ini aku lihat langit cerah, kelihatan begitu optimis, penuh dengan harap dan janji. Aku rasa nak melompat ke hadapan, tak sabar menunggu hari esok.

Malam ini juga aku banyak menghitung, banyak mencongak, banyak merancang. Moga dipermudahkan. Moga diberikan petunjuk akan jalan-jalanNya.

=)

Mm, tadi aku masak ikan salmon. Tak masak sebenarnya, panaskan ketuhar dan biarkan terpanggang. Makan sambil gelak-gelak dengan teman rumah. Esok masing-masing kerja. Jadi lepas makan, masing-masing masuk bilik. Tidur. Aku cuba tidur. Tak dapat, dan akhirnya aku buat keputusan untuk menulis. Menulis dgn telefon bimbit, jd entri kali ini mmg tak kemas dan berterabur.

Aku rasa bulan 7 ini nak balik Malaysia. Jenguk keluarga. Dan buat persiapan mana yang boleh.

Besar kemungkinan bulan 2 tahun depan.

=)

Tinggal 4 jam lagi untuk aku tidur. Ok lah, selamat malam dunia.

Tidur, dan kumpul kekuatan untuk hari esok.

Salam.

Sunday, March 25, 2012

Ketuk pintu bilik hujung, Mustafa...

Esok aku masuk rotation baru. Alhamdulillah, General Medicine dah pass.

Esok Emergency Medicine, M10.

Kebabom!





# Tahniah Dr. Hairuladha dan isteri atas kelahiran anak sulung mereka. Untuk anak yang baru lahir ini, kalau ada satu sifat yang boleh diwarisi dari ayahandamu, ia adalah; terus berusaha tanpa mengenal erti kalah.






.

Friday, March 23, 2012

Sama tapi tak serupa.

Kerajaan dan Government.

Raja dan Tadbir.

Kan beza tu.


#bahasa. lebih dari sekadar perkataan.

Saturday, March 17, 2012

.

Conscious, aware.

Aku hanya dapat padankan perkataan 'sedar' untuk kedua-dua perkataan Inggeris di atas.

Maksud yang berbeza, context juga berbeza.



Wednesday, March 14, 2012

Weltenschaung

Ramai orang menganggap fakta adalah azimat sakti ketika berhujah. Aku rasa, yang lebih power dari itu adalah - perspektif.

Perspektif lahir dari fitrah.

Fitrah adalah terbina dan dibina.

Thursday, March 08, 2012

Untuk Cikgu Fathiah Abd Rashid

Al-Fatihah dan doa.

Sedihnya hati ini, Tuhan saja yang tahu.

Hobart

Hujung minggu lepas, atas kelolaan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) caw. Victoria, aku pergi ke Tasmania bersama beberapa orang rakan. Lawatan sosial dan meninjau aktiviti komuniti Muslim di Hobart dan Launceston, dan juga komuniti mahasiswa/i Melayu Muslim di sana.
  • Walaupun bilangan pelajar di sini adalah secara relatifnya sedikit, komunitinya adalah antara yang paling 'close-knit' yang pernah aku temui di Australia. Tidak ada persatuan rasmi lagi, kebanyakannya berpayungkan Kelab Melayu Tasmania yang persatuannya tidak pernah didaftarkan di mana-manapun.
  • Ada Imam Melayu di masjid Hobart. Imam Sabri namanya, berdarah Jawa dan berasal dari Selangor. Berkesempatan untuk bersembang panjang dengan beliau usai solat Maghrib tempoh hari. Terkejut juga apabila beliau menyatakan hasrat untuk pulang ke Malaysia selepas 44 tahun menetap di Hobart. Barangkali benar - Hujan emas di negeri orang, Hujan batu di negeri sendiri...
  • Bentuk muka bumi Hobart agak unik, berbukit-bukau. Memang aku respect mahasiswa/i yang mengayuh basikal untuk ke kelas sehari-hari.
  • Aku puji dan tabik usaha komuniti mahasiswa/i Melayu di sini yang secara sukarela menganjurkan 'Madrasah' - semacam suatu kelas keagamaan pada setiap hari Ahad di masjid Hobart untuk anak-anak Muslim di sini. Walaupun secara sukarela, pentadbirannya tersusun dan kurikulumnya bersilibus - Tilawah, Hafazan, Ibadah, Sirah/Fiqh/Tauhid . Kebanyakan mereka merupakan second generation of migrants dari Albania, Somalia, Malaysia dan lain-lain, dan berani aku katakan bahawa jikalau bukan kerana usaha mereka ini, belum tentu anak-anak ini mampu untuk mengenal Al-Quran apatah lagi membacanya. Allahu-akbar. Syabas dan teruskan!
  • Aku rasa, orang putih Tasmania adalah definisi orang putih Australia sebenar. hehh..
Kata orang, yang baik jadikan pedoman, yang buruk jadikan sempadan. Barangkali kerana keterasingan bumi Hobart ini menyebabkan atmosferanya unik. Kepada mereka di sana, teruskan usaha murnia kalian, moga Allah SWT ganjari usaha kalian.


Wednesday, February 22, 2012

Dark clouds

Most of my patients are quite aged and, inevitably, frail with myriads of potential life-threatening conditions. Every day, after my shift is over, I found myself finger-crossed, hoping that nothing will happen overnight and that I could see them again tomorrow and discharge them soon. Receiving handover reports of patient passed away from the night-cover doctor; not a nice experience, and definitely not the first thing you want to hear in the morning.

To cure; sometimes.

To comfort; always.

Oh well, life goes on. 

Sunday, February 19, 2012

.

"If you don't like seeing patients, then perhaps you don't like doing medicine at all..." Dr. R

Perhaps.

Subhanallah. Tajdid niat.

Tuesday, February 14, 2012

Al-fatihah.

Al-fatihah untuk Allahyarham Mat Sagar, bapa kepada tunang saya, Siti Saliza Bt Mat Sagar.

Moga ruhnya ditempatkan dikalangan orang yang soleh.

Kepada Cik Siti Saliza sekeluarga, tabahkan hati, teruskan berdoa dan beramal soleh, kerana sesungguhnya doa dan amal anak-anak yang soleh dan solehah itu tidak putus-putus memberi pahala kepada ibu bapa, di dunia dan di alam sana.



***

# mempertimbangkan untuk balik berkerja di Malaysia tahun depan.

Mohon hidayahNya.

Monday, February 06, 2012

Menu klasik

Menu klasik makan malam hari ini:

Nasi putih.

Kepak ayam goreng kunyit.

Sup telur dan sayur.

Makanan hidang panas. Home-made.


Tadaa..



Sekian dari bujang Malaya,

Dr. Fitri, Dr. Adam.

Sunday, February 05, 2012

Let's go!

I guess, my mission now is to prove that I deserve what I've earned.

To Allah SWT, to Ummah. InshaAllah.

Allahu ghayahtuna.

Ya muqallibal qulub, tsabbit qulubana ala dinik wa ta'atiq.


.

Friday, February 03, 2012

*Drum roll

All right, I'll stay.


=)