Kata Ustaz Hasrizal "Erti hidup pada memberi".
Setelah sekian lama hanya duduk di barisan pendengar, minggu depan aku akan buat case presentation untuk seminar mingguan hospital. Bos suruh.
Jemput datang. Dewan seminar Elsie-Jones, Goulburn Valley Health. 8.30pg, 10 Ogos.
Tajuknya berkaitan Pyoderma Gangrenosum. Tentang penyakit kulit kompleks yang berkait dengan penyakit-penyakit lain, walaupun sekali pandang bunyinya seakan-akan mantera Harry Potter.
Kalau tak best jangan baling telur tembelang. Aku puasa.
All Ahead Flank!
2 comments:
kalaulah diadakan di dewan HUSM, insyaAllah boleh hadir. apakan daya nun jauh di bumi kanggaru sana
all the best Doc. InsyaAllah, tidak akan ada insiden pembalingan telur, akok atau tepung pelita
terima kasih, cik suria.
akok... kuih feveret mak aku.
Post a Comment