Tengahari tadi, aku datang untuk minum teh di rumah seorang rakan, seorang doktor dari Alexandria, Mesir. Aku bertandang ke rumahnya dengan Zein Farid, seorang doktor muslim dari Nairobi, Kenya. Aku datang mahu ziarah, sambil tengok-tengok rumah yang akan aku sewa tahun depan.
Sambil minum, kami sembang-sembang, dari satu topik ke satu topik, hinggalah ke topik Palestin dan dunia Arab.
Ada beberapa noktah yang kami sepakati, dan tidak kurang juga yang saling bertingkah,
Satu benda yang nampaknya isu sejagat adalah kesatu-paduan ummah. Isu yang ringan dimulut tapi berat dihati.
Aku tidak pernah ada teman rapat dari dunia Arab, jadi kebanyakan cerita dan berita aku dengar dari maklumat sekunder atau dari sumbar yang sudah diolah.
Dari apa yang digambarkan oleh doktor Mesir yang budiman itu, semangat 'kenegerian' sangatlah tebal antara satu negara Arab dengan negara Arab yang lain. Kuwait dengan duitnya, Saudi dengan keangkuhannya, Mesir dengan kebanggaannya dan macam-macam lagi. Bukan semua, tapi begitulah keadaan umumnya, kecuali di Haramain.
Puncanya? Masing-masing ada pendapat yang pelbagai. Tetapi, akhirnya, kami dapati bahawa isu Palestin adalah barangkali solusi kepada persoalan solidariti ummah ini.
Fikir-fikir balik, memang agak pathetic. Lihatlah, sampai ummat Islam kena sembelih baru terhegeh-hegeh nak bersatu. Tetapi, kalau fikir dalam-dalam lagi, barangkali itulah manusia. Yang selagi belum terhantuk, haram nak berjaga-jaga.
Tak apalah. Better late than never.
Ummah ini memerlukan modal insan yang berkualiti. Soalannya; di manakah kita?
No comments:
Post a Comment