Wednesday, March 31, 2010

trap!

Seorang lelaki muda datang dengan simptom-simptom ini:
  • fever - 3/7 (3 days)
  • cough - 2/7
  • generalized body ache - 3/7
Jadi, dalam keadaan mundane klinik kerajaan pada pagi-pagi khamis itu, diagnosis yang berlegar-legar dalam kepala aku cumalah viral fever, simple upper respiratory tract infection, atau paling-paling teruk pun, acute broncho-pneumonia.

'OK. What are your other differential diagnoses?' tanya Dr. K.

'err...' ada lagi?

'Come, think, Fitri... Patient's from Sarawak. What other diagnosis should you be thinking of?'

'err....' apalagi??? TB? bukan..leptospirosis? typhoid? bukan.. alamak...

'Come on, generalized body ache, that should be more than enough'

alamak, alamak...takkan influenza-related -illness kot?

'Dengue, Fitri oii.., or malaria, or other sorts of tropical/travelling infections'

Macam mana boleh tak terfikir? Common disease kot? Aduyai...


Mungkin aku dah terbiasa sangat dengan penyakit-penyakit 'rutin di klinik -demam, batuk dan sebagainya- dan simptom-simptom yang alarming hanyalah terhad kepada batuk darah, pitam, sakit abdomen, dsb. Aku terbawa-bawa dengan keadaan itu dan sedikit alpa dan leka.

Hehe..

Barangkali itulah ujian dalam hidup. Memberikan manusia peringatan dan reality-check. Manusia boleh cuai jika hanyut dalam keadaan selesa. Manusia boleh melakukan kesilapan pada bila-bila masa, meskipun ketika ruang untuk melakukan kesilapan seakan-akan tidak ada.

Tuhan, berilah aku petunjuk-Mu.

Tuhan, jadikanlah aku insan yang belajar dari kesilapannya.

Thursday, March 25, 2010

Cataract

Salah satu sebab kenapa doktor beriya-iya sangat nak buat pemeriksaan mata terhadap pesakit diabetes mellitus adalah untuk mengesan tanda-tanda awal cataract. Lebih-lebih lagi dikalangan pesakit yang lanjut usia.

Kalau ikut terma fizik sekolah menengah dulu, cahaya lurus dari luar dicapahkan oleh cataract , dan imej yang terhasil tidak sharp.

Maka, dengan itu, imej yang wujud di pentas retina tidak lagi jelas objeknya; kabur dan ambiguous.

Begitu juga, aku rasa, ketika membuat keputusan-keputusan dalam hidup. Apabila semakin meningkat usia, keadaan tidaklah begitu straight forward, dan pilihan-pilihan yang ada bukanlah antara A atau B, hitam atau putih, satu atau dua, nak atau tak nak.

Bukanlah semudah melambung syiling ke langit, dan menanti antara dua kesudahan yang pasti.

Pada asas dan awalnya, semua kelihatan seperti begitu. Barangkali dalam suasana idealistik dan selesa, kita optimis dalam menduga ujian-ujian yang bakal ditempuh.

Dan apabila kita betul-betul menempuh ujian itu, sedarlah kita, bahawa banyak lagi perkara perlu diambil-kira dalam membuat perhitungan. Insaflah kita, betapa tingginya langit dan dalamnya lautan.

...atau, adakah pilihan-pilihan yang baru tumbuh itu adalah suatu ilusi semata-mata? Untuk mengaburi duality pilihan yang sebenarnya ada?

Dengan kata lain, adakah pilihan-pilihan yang lain itu semua adalah distraction?

Apakah dengan wujudnya kerencaman pilihan itu, kita sebenarnya gagal untuk melihat dengan jelas?

Bahawa, sebenarnya, neraca perhitungan kita sudah berkecamuk?

Apakah ada cataract dalam melihat pilihan-pilihan dalam hidup?

Tuhan, peliharalah aku. Tunjukanlah aku jalan yang lurus.

Tuesday, March 23, 2010

Tom Sawyer

Mark Twain.

I knew this name from a TV2 cartoon show 'Tom Sawyer', back then in the early years of 90s, when I was about 8 or 9 years old. I never knew that this cartoon was actually based on a novel written by him - not until the recent years. And, more so, I never expected this novel, in which I regarded as a bedtime story book, had claimed so many prestigious prizes and awards.

Anyway, I stumbled across his lines somewhere on the internet today, in which I found it is very interesting, as well as perplexing.

According to him:

"Good decisions come from experience. Experience comes from making bad decisions"


So, using this logic, a good doctor comes from one who made bad decisions, no?

Whatever the answer may be, please, don't be afraid, please do come to our government hospital, we will treat you as if we're you =)

hehe.

Thursday, March 18, 2010

Fitri against domestic violence.

I found these interesting brochures/pamphlets in PKK Tampoi, a few days ago.

These pamphlets were published by Women's Aid Organisation (WAO) of Malaysia for their campaign of violence against women/domestic violence.

Please forgive me for the low quality pictures, as they were taken from my camera phone.

It says "He loves you : Crystal Cube Bracelet RM1950" and when you flip it over, there were bruises on the poor lady's skin hidden underneath the bracelet.

And this one "Everything comes with a price: Titanium shades RM850" and when you flip it over, there were bruises around the poor lady's right eye. Clue to suggest punch or blunt trauma, I suppose.
"Domestic violence should not be bought off by gifts and empty promises. Stop him before he stops you...for good"



So, I, in the support of this campaign, would like to convey these simple messages to everyone out there

  • "Stop domestic violence. It's just plain pathetic - yes, you, the abusive husband"

  • "Be strong and step out of this misery. He doesn't deserve your love/loyalty - yes, you, my ladies"

Wednesday, March 17, 2010

mampu-milik

Intelligence is about learning and discovering new things; and also the ability to adapt into a new environment.

-Research Centre, National Geographic (NatGeo)-

Setidak-tidaknya - kepintaran - dari sisi ini, adalah sesuatu yang achievable untuk semua orang. Dengan kata lain, boleh diusahakan, selagi berminat, selagi mampu.

Kata orang, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Thursday, March 11, 2010

bunuh diri

Aku rasa, topik ini sungguh taboo bukan sahaja dalam masyarakat kita, bahkan di mana-mana sekali pun. Kata orang, menyebutnya sahaja seolah-olah sudah berdosa, apatah lagi berbincang tentangnya.

Tetapi, mahu tidak mahu, dan sedar ataupun tidak, setiap satu kematian yang diakibatkan oleh bunuh diri, maka tanggungjawab 'menanggung' kesalahan sebenarnya terbeban di bahu masyarakat sekeliling.

Bagaimana boleh begitu?

Menurut apa yang aku dapat, kerana kita - dalam ruang lingkup pengamal perubatan dan orang-orang yang terdekat - gagal mengenal pasti dan mengecamkan tanda-tanda cry for help.

Sebenarnya, kebanyakan episod-episod bunuh diri bukanlah betul-betul bermaksud untuk mati. Ianya lebih kepada menarik perhatian, attention-seeking, terutama di kalangan perempuan. Tapi, ini tidak bermaksud kita boleh pandang olok-olok sahaja pada mereka ini. Jika dibiarkan, 'cubaan' boleh jadi 'betul-betul'.

Susah sebenarnya untuk tidak menjadi judgemental, jika kita tak faham atau tak pernah merasai derita yang dilalui oleh si mangsa. Itupun kalau kita nak faham, tapi bagaimana jika kita yang tak nak faham?

Tuding jari tak menyelesaikan apa-apa. Bahkan aku memandang mereka ini dengan rasa separa meluat melihat sifat kebongkakan itu, walaupun bukan itu maksud mereka.

Apa yang kau tahu?

Tapi, kata mereka betul juga. Menari mengikut rentak langkah pesakit tidak membawa ke mana-mana. Perlu ada ketegasan di situ, dan ruang untuk kompromi amat terhad.

Pada pesakit-pesakit ini, simpati dan empati diri ini ada padamu.

Ingin aku katakan pada mereka, aku bersamamu, wahai orang-orang yang diuji.

Ingin aku katakan pada mereka, aku juga sepertimu.

Ingin aku katakan pada mereka, carilah kekuatan. Dan bila kita katakan kekuatan, ia adalah satu bentuk tenaga, dan tenaga itu sifatnya bersumber.

Dan apakah ada sumber yang lebih abadi, jika sumber itu selain daripada Tuhan Yang Esa?




Tuhan, ampuni hambaMu, berilah petunjukMu.

Sesungguhnya, aku tidak berdaya lagi.

Monday, March 08, 2010

Cerita tentang adik

Aku dilahirkan kira-kira 22 tahun (dan beberapa bulan) yang lalu, ketika umat Islam di negara ini sedang khusyu' dan tawadu' mendengar khutbah sembahyang raya Aidil Fitri, pada tahun 1987. Menurut ceritanya, ayah lari lintang pukang dari masjid untuk balik ke rumah nenek, dan ambulans pula ambil masa yang agak lama untuk sampai (barangkali pemandu ambulans sedang makan ketupat).

Tiga tahun kemudian, walaupun ibu telah 'bersumpah taubat' tak nak mengandung lagi dek pengalaman dramatik lagi traumatik ketika melahirkan aku, adikku yang perempuan itu selamat dilahirkan di Hospital Lumut, sebuah hospital 'purba' yang kini sudah ditutup. Dijadikan kolej kejururawatan sekarang.

Berat lahirnya lebih satu kilogram berbanding aku (aku bayi pra-matang, maka berat bawah paras normal), dan ibu kata melahirkan Zaza, demikian nama manja adikku, tidaklah sesusah melahirkan aku. Baguslah, kata ramai orang, seorang lelaki dan kini seorang perempuan. Syukur...

Apa sikap aku terhadap insan baru ini?

Aku tak ingat apa-apa, cuma kata nenek dan ibu, aku dengki dan baran. Seboleh-bolehnya, aku akan pastikan makhluk baru ini lenyap dari muka bumi. Pantang lepa, kata nenek, pasti aku cuba menendang, memijak, memicit atau apa-apa perlakuan yang boleh disama-waktukan dengan menyakiti adik. Pernah satu ketika, aku cuba mengheret adik untuk dicampakkan dari tingakt 9, flat pegawai rendah tentera laut, tetapi berjaya dihalang oleh nenek yang penyabar.

Begitulah aku, berterusan sampai ke sekolah rendah.

Dulu kehidupan kami sangat sederhana. Basikal ada satu. Kereta tak ada. Jadi berbasikal-lah aku ke sekolah dan kelas agama petang. Sudahlah panas, terpaksa bawa adik di carry belakang basikal. Berat tau tak. Beg lagi. Marah, meluat tak usah cakaplah.

Tapi aku pendam semuanya, sampailah satu hari, aku tergamak untuk meninggalkan adik keseorangan lepas kelas agama.

Insidennya begini.

Lepas kelas agama, rasa-rasanya ketika aku darjah 3, aku bawa dia ke taman permainan, ketika cuaca agak mendung dan ada tanda-tanda mau hujan. Aku cakap dengan dia "ibu pergi pasar petang, jadi kita main dulu, tak da orang kat rumah pun". Dia akur dan dengan happy dan innocent-nya berlari ke gelungsur. Aku tersengih dan cabut secepat mungkin dengan basikal. Lepas itu, hujan turun dengan lebat berserta guruh yang maha dahsyat.

Puas hati aku!

Aku balik rumah dan gelak guling-guling atas katil. Kebetulan ibu memang tak ada, pergi ke rumah kawan mungkin.

Hujan di luar tak ada tanda-tanda mau reda, kira-kira sejam selepas itu. Aku mulai risau, dan akhirnya ambil keputusan untuk ambil dia balik. Risauku bukan risaukan adik aku, risau takut kena marah dengan ibu.

Dan dia ada di situ, memeluk tubuh, kesejukan, berlindung dari hujan dan guruh yang memekakkan telinga di bawah papan gelungsur. Aku pimpin dan bawa dia ke basikal, dan kayuh pulang. Sampai dirumah, mujur, ibu belum sampai. Aku tak cakap apa pun dengan adik, sebab tak ada sekelumit pun rasa bersalah, walaupun menggeletarnya tubuh kecil itu amat ketara, tapi aku buat don't know sahaja.

Rasanya dia tukar baju, mandi, dan terus tidur.

Ibu balik dan aku risau, takut-takut adik mengadu. Tapi sampailah ke hari ini, adik tidak report sepatah haram pun.

Aku happy.

Malam itu aku tidur dan bermimpi, mimpi yang mengubah segala-galanya. Aku bermimpi sedang main-main di tepi sebuah sungai, dengan adik. Tiba-tiba sebuah buaya datang. Entah kenapa aku tak boleh bergerak dan buaya itu nampak sangat hendak menjadikan aku lauk santapannya. Tapi adik aku, dengan senyuman manisnya berkata, yang aku ingat sampai aku mati;

" Tak apalah abang, sakit ni, biar adik ganti"

Dan visual tragik adik aku dibaham buaya terus kekal terpahat di memori daun pisang aku, sampai bila-bila.

Aku terjaga, dan hati aku terus diburu seribu satu kesalahan. Menyesal hati ini, Tuhan sahaja yang tahu.

Aku pergi masuk menyelinap ke biliknya, dan dia ada di situ, tertidur dengan nyenyak. Comel. Aku patah balik ke bilik dan ambil selimut Power Rangers aku, dan aku selimuti dia.

Timbul rasa sayang dan aku berjanji takkan buat lagi, dan akan melindungi dia sampai akhir hayat aku.

Tak ada siapa yang tahu janji yang aku buat di malam buta itu, kecuali Tuhan Yang Satu, Tuhan Yang Maha Mendengar, Tuhan Yang Maha Pengampun.

Aku sayang adik aku.

Manipal

Sehelai T-shirt yang terang-terang tertulis 'MANIPAL' di belakangnya.

Beberapa ole-ole dari India. hehe

Terima kasih, Dr. Abbas. Sila datang lagi. Lain kali, kita boleh berkampung di kedai buku itu semalaman, jika mahu.


***

'Insha-Allah, you'll find a way'
Maher Zain




Thursday, March 04, 2010

mana dia ?!

Masalah yang datang dari pelbagai arah memang memeningkan. Strategi untuk menghadapi itu semua dikit demi dikit sebenarnya 'senang cakap dari buat'.

Cabaran emosi bukan sedikit, dugaan jiwa bukan kepalang. Tapi apa lagi yang boleh diusahakan, mampu diikhtiarkan, sanggup dikerahkan selain daripada kederat yang tersisa dalam badan ini, dalam jiwa ini?

Siapa lagi yang perlu digerakkan selain dari empunya badan yang itu-itu jua?

Tuhan, tolonglah, aku tak mampu...

Sabar!

Pertolongan Tuhan akan tiba! Tuhan bersama-sama hambaNya yang sabar!

Mana dia ?! Mana dia pertolongan?


"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu?

Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya:


“Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?”


Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). (Al-Baqarah: 214)











Mana dia.....................................................

Wednesday, March 03, 2010

menanti sebuah jawapan.

Kalau padi katakan padi,
tidak aku tertampi-tampi;
Kalau jadi katakan jadi,
tidak aku ternanti-nanti.

Alahai, sengsara betul jika berada di pihak yang menanti.