Bulan 9 dan 10 adalah bulan-bulan getir untuk HMO Year 1 (Hospital Medical Officer) di Australia.
Kebanyakan sesi penilaian, permohonan dan interview sedang berlaku waktu ini. Bulan 10 nanti keluarlah keputusannya.
Keputusan untuk tahun depan, samada bertukar hospital, masuk ke program latihan physician atau surgeon, atau general training.
Ramai antara rakan-rakan sekerja berminat dalam line physician, cuma dua atau tiga sahaja yang berminat dalam surgery.
Terbalik masa student dulu. Seorang dua sahaja budding physician, selebihnya aspiring surgeon.
Aku?
Time student dulu minat surgery.
Tapi, lama-lama, aku sedar aku ni generalist. Minat nak tau semua, seluas yang mungkin, se-rencam yang mampu. Aku tak suka pada pengkhususan.
Itu yang bila member tanya, aku rasa susah nak jawab.
A field where there is a mixture between this and that.
Barangkali emergency physician, atau general practice.
Dua-dua tu memang tak popular. Kalau kat hospital, kebanyakan doktor di ward ada shj 'komplen' tentang ED, dan orang selalu kata GP ni doktor yang dah tak boleh nak specialize atau dah nak retire.
Setuju atau tidak, itulah stigma dalam profesion dan masyarakat.
Mm, tengoklah macam mana.
Mohon yang terbaik.
.
No comments:
Post a Comment