Monday, March 11, 2013

Andrea Gail

Hati gelisah. Rindu benar dengan suara azan berkumandang di langit luas.

Wudhu, solat, istighfar, doa.

Tuhan, perkenankanlah. Kurniakanlah daku ketenangan hati.

Sunday, March 10, 2013

Amanah

Ada sahabat yang bertanya, bagaimana persiapan walimah?

Aku cuma senyum; sebab tak tahu nak balas bagaimana.

Tapi, retrospectively, aku rasa nak jawab " inshaAllah, mohon doanya"

Dan, kalau ada yang menambah soalan tentang persiapan diri;

Aku rasa nak jawab "centripetal"

Demi jiwaku yang berada dalam genggamanNya; akan aku genggam amanah ini, walaupun dengan gerahamku.

Wahai Tuhanku, kepadaMu jua aku berserah.

KepadaMu jua aku menyembah.

Perkenankanlah.

InshaAllah.

Thursday, March 07, 2013

Tanah yang merekah

Waktu malam, hati akan terasa kering seperti tanah yang merekah.

Berbahagialah mereka yang membasahinya dengan kesegaran air wudhu'.

Mutiara yang setitik itu jadi rinduan,
Yang bermanik dan berjurai jadi impian,
Sembahku pada-Mu, oh Tuhan.