Tuesday, July 31, 2012

Sahur

Kata seorang sahabatku, menurut pengamatannya; masyarakat yang produktif adalah masyarakat yang menghidupkan pagi-pagi mereka.

Disebalik keheningan dan kedamaian awal pagi, ada suatu kekuatan rahsia yang mampu mendorong manusia untuk melakukan kemampuan-kemampuan yang luar biasa.

Aku perlu ingatkan diriku perkara ini, setiap kali bangun sahur.



Surface the boat!


Janji Ikan Salmon

Bulan Ogos adalah bulan kemerdekaan, maka aku rasa teringin untuk menulis satu artikel yang bernuansa patriotik.

Semalam, waktu berbuka, aku tonton suatu dokumentari terbitan BBC tentang kitar hidup ikan salmon pasifik. Di akhir rancangan, aku rasa ikan salmon adalah haiwan yang patriotik kerana:

1. Sanggup bersusah payah mudik ke hulu sungai dengan melawan arus yang deras semata-mata untuk bertelur ( baca: meneruskan zuriat ) di tempat kelahirannya (baca: tanah air).

2. Setelah bertelur, ikan-ikan ini akan menghamburkan diri di sekeliling sungai itu dan mati di situ. Mereput dan mengembalikan zat-zat dan nutrien berharga yang dikutip dari laut dalam yang jauh beribu batu ke tanah-tanah sungai untuk manfaat ekosistem tumbuh-tumbuhan dan haiwan lain. ( baca: umpama lilin membakar diri ) 

Maha suci Tuhan. Milik Engkaulah segala ilmu pengetahuan dan peraturan di dunia ini.

Terbit satu ibrah dalam diri ini untuk mengambil iktibar dan pedoman dari 'kisah' ikan salmon.





In the mean time, aku rasa, ada baiknya juga kita jadikan ikan salmon sebagai logo dan tema hari kemerdekaan kita tahun ini, alang-alang design asalnya yang macam.... Tapi, sayang, ikan salmon bukan ikan tempatan di tanah air.



Monday, July 30, 2012

Kawanan biri-biri

Tadi, aku datang jumpa pesakit di jabatan kecemasan untuk admission. Ada seorang fellow doctor datang dekat, senyum dan berkata:

"Brother, we had been missing you quite lately in the mosque, is there any problem? Is there anything that I can help?"

Subhanallah.

Jujur, beberapa minggu ini aku agak sibuk dengan kerja. Balik mmg flat. Bateri kong.

Hari ini, tidak ada kata yang lebih baik dari-mu, tuan. Terima kasih.


Selingan:

Artikel (link) ni bagus. Aku pencinta ayat-ayat ringkas.

Thursday, July 26, 2012

Gigi

Sejak Ramadhan bermula, waktu makan tengahari memang senggang, jadi aku ambil kesempatan hadir ke talk, seminar, CME di hospital yang memang banyak diatur dalam waktu-waktu begini. Topiknya pelbagai. Dapat dengar dalam setengah jam pun jadilah.

Tadi ada talk dari dentist. Ada satu benda yang aku rasa menarik untuk dikongsikan;

Kalau ada patient datang dengan tooth avulsion, gigi tercabut - sepenuhnya tercabut - dan gigi berkenaan ada bersama, kita boleh masukkan kembali ke dalam soket. Tapi ada pantangnya.


1. Mesti dalam 30 minit pertama sejak gigi tercabut. Lebih dari itu, tak jamin proses healing akan berlaku.

2. Nak pegang gigi itu mesti pada enamel, sebab tak nak ganggu akar gigi yang banyak 'salur darah mikro'.

3. Kalau kotor, kita cuci dalam susu. Sebarang susu. Kalau tak ada, guna saline.

4. Pastikan soket gigi bersih sebelum masukkan gigi.

5. Kalau patient umur 5 tahun dan ke bawah, tak perlu. Sebab gigi susu.

6. Hanya untuk gigi yang tercabut sepenuhnya.

Lepas masukkan ke dalam soket, kita splint dekat gigi bersebelahan supaya tak bergerak. Mouth wash dan review dengan dentist keesokan harinya.

Kos pergigian memang mahal di Melbourne. Dalam ribu-ribu. Kalau kita dapat handle kes macam ini, boleh jimatkan kos.

Jadi, next time, kalau kita mengalami benda ini, cari balik gigi dan bolehlah bawa ke doktor/dentist. Pegang dengan betul, kalau boleh rendam dalam susu, dan rush.

Wednesday, July 25, 2012

Di Hujung Tebing

Tengahari tadi, bersama bos, aku hadir ke suatu talk dari Intensive Care Unit (ICU) Consultant dari Austin Hospital, Melbourne. Ada satu noktah yang ingin aku kongsikan;

Dari siri-siri drama medical popular, cth. ER, House, Grey's et cetera, 80% daripada Cardio-Pulmonary Resuscitation (CPR) yang dijalankan dalam drama berkenaan adalah berhasil; pesakit berjaya di'hidupkan' - revived.

Malah ada yang boleh makan sandwich lagi selepas itu.

Sedangkan, dalam realiti sebenar, peratusannya jauh lebih rendah. Kalau di Melbourne, census terbaru menunjukkan hanya dalam 20%, dan daripada jumlah itu, hampir separuh telah dicatatkan mengalami komplikasi saraf yang kekal.

False hope, dikhuatiri membawa kepada over-expectation.

Kalau begitu, soalan yang tinggal adalah to do, or not to do? CPR atau tidak?

Kompleks nak jawab, bergantung dari satu kes ke satu kes. Ada beberapa sisi yang perlu dipertimbangkan. Perlu input dari ramai orang.

Salah satu yang ingin aku sebutkan adalah konsep quality of life after resuscitation/CPR. Menarik padaku, sebabnya ;
  • Objektif - kita cuba sebanyak mungkin saingkan antara pro dan kontra dan lihat mana lebih beneficial. Setidak-tidaknya, dengan indikator ini, kita ada suatu piawai yang boleh kita ukur bebas dari unsur emosi.
Kalau kau rasa dengan CPR tu hazzzab tulang rusuk patient tu kau henyak, dan jahanam trachea patient tu kau intubate... kau boleh bayangkan, kan?

Tujuannya hanya satu, do no harm.

Aku tak adalah setuju sepenuhnya, cuma topik ini aku rasa menarik untuk diperhalusi. Lambat laun, setiap antara kita akan menghadapi situasi ini. Samada kitalah pesakit itu atau kita perlu memberi keputusan untuk orang lain.

Ngeri.

Tuesday, July 24, 2012

Lelaki Salju

Sebenarnya, aku agak risau melihat 'fenomena' beberapa pendakwah bebas di tanah air. Jujur, yang aku risaukan hanyalah pengikutnya. Tidak ada niat lansung untuk mempertikai malah menguji pendakwah berkenaan. Sungguh!

Apa yang aku takut? Kalau-kalau berubah menjadi semacam suatu kultus - cult

Dari sisi positif, aku cerap keadaan ini sebagai manifestasi suara masyarakat kita yang begitu dahagakan pemimpin yang soleh. Tokoh yang boleh diharap di saat udara politik dan sosial tanah air menjadi sesak dan tidak menentu.

Harap-harapnya tidak ada orang yang menangguk di air yang keruh. Kalau ada, kita minimumkan. Kecilkan pengaruhnya.

Aku berdoa agar aku yang salah. Aku berharap agar kerisauan aku tidak valid.



Aku Hanya Serangga - Bumi Putra Rockers


Monday, July 23, 2012

Ramadhan dan kerja

Ramadhan. Alhamdulillah. InshaAllah.

Ramadhan pertama sebagai seorang yang bekerja. Puasa di siang hari lebih kurang sama sahaja, cuma aktiviti malam seperti tarawikh berjemaah, program keagamaan, program usrah, qiyamullail et cetera terasa cabarannya. Lembik semacam. Segan!

Rakan-rakan kerja banyak yang bertanya tentang Ramadhan. Banyak soalan ' betul ke itu' ' betul ke ini'. Seronok untuk jawab. Soalan terus terang di jawab dengan terus terang. Soalan sinis di jawab dengan senyum tipis.

Hari itu aku baru sahaja mohon untuk melanjutkan kontrak kerja untuk tahun depan. Harap-harapnya lulus.

Dari segi kerja, kelok pembelajaran (learning curve) dalam keadaan steep, alhamdulillah. Makin hari, makin banyak yang dipelajari. Ada yang datang dari pengalaman dan pemerhatian, tapi sebenarnya banyak datang dari kesilapan. Aku perhati dan hisab, banyak kesilapan berpunca dari assumption dan indecisiveness. Dua-dua ini perlu dielak dengan sungguh-sungguh. Bahaya.

Lawan kepada assumption adalah thorough.

Lawan kepada indecisiveness adalah knowledge.

Moga amalan kerja ini berbudaya dan berbekas dalam hati.

Sebut tentang amalan kerja, aku perasan mat saleh ni sangat menghargai efficiency. Kalau hendak memuji itu, pujian yang paling berharga adalah pujian efficiency berbanding pujian-pujian lain. Betul, amalan kerja seperti punctuality, operational/hands-on skills, hardworking, accountability et cetera adalah penting, tetapi itu semua adalah kemahiran - skills. Efficiency is another different thing - a cut above the rest. Mengapa eh?

Juga, mereka prefer smart rather than intelligence.  Yang ini aku tak rasa susah untuk difahami.

Aku rasa, kata kunci kepada budaya ini adalah productivity dan authenticity.

Mungkin.


Scientia est potentia!


Friday, July 13, 2012

Hujan

"..Mak dah xda" 



Kita merancang, Allah SWT merancang; Allah SWT adalah sebaik-baik Perancang.

Aku sebenarnya agak kebingungan. Tentang masa depan. Tentang perancangan masa depan.

Tidak sempat untuk mengenal ibu dan bapa mertua yang takkan pernah aku ada. Tidak sempat untuk berbakti kepada mereka. Tidak sempat untuk kenal hati budi mereka.




Sedih!

" ..dia dah takda org lain dah, hanya kamu".

Dan pesanan dari rakannya ini membuatkan aku terdiam sejenak, insaf akan realiti saat ini. Bahawa yang akan aku bimbing nanti adalah seorang anak yang kini yatim piatu.

Kusut!


**

“Dialah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat).” (Al-Mulk: 2)







Thursday, July 12, 2012

Al-Fatihah

Al-fatihah untuk Allahyarhamah Pn. Ramlah bt Ibrahim, bonda kepada Siti Saliza bt Mat Sagar.

Moga ruhnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org-org yang dinaungi dan dikasihiNya.

Buat Cik Siti Saliza sekeluarga, moga bersabar atas dugaan ini. Baru sahaja ayahanda tersayang meninggalkan kalian awal Februari lepas, tentu shj pilu dan sedih perasaan yang ditanggung.

Buat Cik Siti Saliza, mohonlah doa dari Pencipta kita, agar diberikan kekuatan dan ketenangan.




Dan Ramadhan dah nak hampir tiba... sayu.

Al-Fatihah.