Semalam aku balik lebih kurang pukul 2pagi (waktu tempatan), shift aku sebenarnya tamat pukul 11 mlm. Ada beberapa kes yg agak rumit.
Salah satu daripadanya memerlukan hampir 3,4 jam untuk dirungkai satu per satu. Datang dengan beberapa simptom yang tidak spesifik, satu ujian makmal membawa kepada satu ujian makmal yang lain, akhirnya membawa kepada teknik pengimejan radiologi. Subhanallah, ada pendarahan besar di otak! Kelam kabut habaq hang.
Tapi, prognosis tak berapa baik. Pendarahan bukannya pendarahan strok - haemorrhagic stroke - yang tipikal, kata pakar bedah saraf yg dihubungi melalui telefon dan emel; lebih mcm pendarahan kanser yg tak diketahui lagi sumber primernya.
Bayangkan perasaan ketika mahu menjelaskan semua ini kepada keluarga pesakit. Oh, tak...bayangkan perasaan keluarga pesakit itu.
Allahu Allah. Kepada Mu jualah segala hidup ini berserah.
No comments:
Post a Comment