Tuesday, September 11, 2007

Mari belayar!

In medicine, to study the phenomena of disease without books
is to sail an uncharted sea,
while to study books without patient
is not to go to sea at all

Sir William Osler (1849-1919)

Isu yang sempat saya fikirkan kat sini:
  • Sejauh mana al-ilm (ilmu) itu bergerak secara konsisten dengan amal/praktikaliti?
  • apakah ada garis pemisah antara teori dan praktikaliti?
  • kalau ada, yang mana lagi aula'/superior? kalau tak, macam mana?

Thursday, September 06, 2007

suka

yaaaa..... jiwa-jiwa fitrah!
bangun!
Lupakan hari silam
gagahkan diri mu
siapkan diri mu
kuda-kuda dalam derapan penuh
hadapi basah hari hujan
bahang hari itu sudah di ufuk timur

Ya Allah, sampaikan aku!
sampaikan aku di bulan Ramadhan!
Allahuma balighna Ramadhan =)

Saturday, September 01, 2007

seandainya

Nasihat Dr. Yusuf Qardhawi dalam bukunya As-Sahwah Al-Islamiyyah Minal Murahaqah Ilal Rusyd (Kebangkitan Islam: Dari Peringkat Keremajaan Ke Arah Kematangan), yang juga turut diterbitkan dalam salah sebuah akhbar tanah air:

* Daripada bentuk dan zahir, kepada hakikat dan asas.

* Daripada bercakap dan berdebat, kepada memberi dan beramal.

* Daripada beremosi dan berperasaan, kepada berakal dan berilmu.

* Daripada furuk dan cabang, kepada usul dan pokok.

* Daripada menyusahkan dan menakutkan, kepada memudahkan dan menggembirakan.

* Daripada jumud dan taklid, kepada ijtihad dan tajdid.

* Daripada taksub dan tertutup, kepada toleransi dan terbuka.

* Daripada melampau dan zalim, kepada sederhana dan adil.

* Daripada keras dan ganas, kepada lembut dan rahmat.

* Daripada berselisih dan berpecah, kepada berpadu dan bersatu.