Sejak Ramadhan bermula, waktu makan tengahari memang senggang, jadi aku ambil kesempatan hadir ke talk, seminar, CME di hospital yang memang banyak diatur dalam waktu-waktu begini. Topiknya pelbagai. Dapat dengar dalam setengah jam pun jadilah.
Tadi ada talk dari dentist. Ada satu benda yang aku rasa menarik untuk dikongsikan;
Kalau ada patient datang dengan tooth avulsion, gigi tercabut - sepenuhnya tercabut - dan gigi berkenaan ada bersama, kita boleh masukkan kembali ke dalam soket. Tapi ada pantangnya.
1. Mesti dalam 30 minit pertama sejak gigi tercabut. Lebih dari itu, tak jamin proses healing akan berlaku.
2. Nak pegang gigi itu mesti pada enamel, sebab tak nak ganggu akar gigi yang banyak 'salur darah mikro'.
3. Kalau kotor, kita cuci dalam susu. Sebarang susu. Kalau tak ada, guna saline.
4. Pastikan soket gigi bersih sebelum masukkan gigi.
5. Kalau patient umur 5 tahun dan ke bawah, tak perlu. Sebab gigi susu.
6. Hanya untuk gigi yang tercabut sepenuhnya.
Lepas masukkan ke dalam soket, kita splint dekat gigi bersebelahan supaya tak bergerak. Mouth wash dan review dengan dentist keesokan harinya.
Kos pergigian memang mahal di Melbourne. Dalam ribu-ribu. Kalau kita dapat handle kes macam ini, boleh jimatkan kos.
Jadi, next time, kalau kita mengalami benda ini, cari balik gigi dan bolehlah bawa ke doktor/dentist. Pegang dengan betul, kalau boleh rendam dalam susu, dan rush.
2 comments:
info menarik!
tp tak paham part "splint dgn gigi bersebelahan" maksudnya?
Akak,
fixed gigi yg tercabut pada gigi bersebelahan. samada ikat, guna temporary metal brace, atau material lain.
utk mengelakkan gigi banyak bergerak.
konsep yg sama dalam ortopedik - tulang.
Post a Comment