Monday, January 31, 2011

Seekor burung pipit di syurga


Kematian itu suatu yang memilukan, tetapi tidak ada yang lebih memilukan daripada menyaksikan kematian.

Petang tadi, sewaktu sedang menyapu sampah, aku ternampak seekor burung pipit kecil di atas lantai di halaman rumah.

Kakinya terkuit-kuit, kepaknya bergetar-getar dan paruhnya seolah-olah tercungap-cungap. Ada kesan luka yang besar di bahagian leher dan bawah kepaknya.

Barangkali baru lepas bergaduh, atau dicederakan oleh makhluk pemangsa.

Aku usiknya sedikit, tapi burung itu hanya membalas lemah.

Untuk seketika, aku frust. Aku tidak tahu apa yang perlu dibuat. Ilmu perubatanku terlalu kerdil untuk membantu makhluk Tuhan ini.

.... Air!

Aku tadahkan semangkuk air dan bantu ia minum. Tubuh kecilnya aku pegang dan suakan paruhnya ke dalam air.

Tubuh kecilnya terkuit sedikit dan perlahan-lahan paruhnya terkapuk menghirup air. Lemah!
Alangkah sayunya..

Tapi, ia tidak lama. Hanya beberapa minit kemudian, sekujur tubuh itu berhenti bergerak. Mati.

Aku tanam jasadnya di halaman rumah.

Saat aku tabur kembali pasir ke dalam liang lahad, aku teringat bahawa yang hidup pasti mati.
Yang pintar, kata Ar-Rasul, adalah manusia yang sentiasa mengingati mati*.

Tapi, yang 'sentiasa' itulah, yang selalu benar aku lupakan.

Selamat tinggal burung, titipkan salamku pada manusia-manusia yang bahagia dan berjaya di alam sana.

Khabarkan pada mereka, aku ingin bersama mereka.






*hadis riwayat ibn Majah daripada ibn Umar radiallahu anhum

Tuesday, January 25, 2011

Dreaming

I have always wondered at how do humans make decision.

A decision is made when we have, or appear to have, more than one choice. Usually, we use few factors to help us to decide.

But, factors can only influence. Religion, moral values, certain philosophies, economy, intellectuality or rationality etc. can only, at best, highlight why a certain choice is far more superior than the other one.

At the end of the corridor, it is not them who made the choice. Who, then, is?

Here's a question. Do we really make a decision while we are dreaming? Is there an active role for the dreamer to make a choice of, say, A instead of B? Or does anyone remember solving any mathematical equation in their dream?

In short, is there any thinking process involved in the realm of dreams?

For, as far as I could remember, dreams are likely to be described as narratives; the dreamer is just there to play the prescribed act.

Therefore, does our subconscious mind made those decisions all this while?

What does subconscious state of mind has to do, if any, with our 'true self' - the soul. Are they the same thing?

Does the choice we made in our dream shows who we really are?

I don't have all the answers. Yet. But, anyhow, here is my verdict.

We do make decision in our dream. We don't really realize it simply because we know exactly what to decide in any given dream-circumstances.

No matter how many options we have, we always knew exactly what to choose and precisely what to do. It is as clear as and as simple as choosing between drinking water or eating sand for a lost and thirsty bedouin.

When the choice is crystal clear, perhaps we don't realize we are actively making one, at all.

Why it is not like that, then, when we are awake?

Or, if you like the expansive version, why do we tend to ignore the subconscious voice while making decision in our day-to-day life?

I believe that if we could somehow reactivate our subconscious mind during our conscious state, then perhaps most of those difficult decision we have to make may not seem so difficult afterall.

Who or what controls this subconscious mind? Where does it come from? Where would it return to?

Perhaps Imam al-Ghazali rhm has something to offer.

According to him "man is formed of a body and a heart- and by the heart I mean the essence of man's spirit which is the seat of knowledge of God" (McCarthy 1980).

I think it is time for me to do some soul-searching. I have a strange feeling that the direction of my quest would behave something like a centripetal force.

To the centre - and to the whole universe!

*yawns* Good night.



* Are we human, or are we dancers? The Killers -Human








Ref:

1. McCarthy, R. J.. Freedom and Fulfillment: An Annotated Translation of Al-Ghazzali's al-Munqidh min al-Dalal and Other Relevant Works of al-Ghazzali. Boston: Twayne Publishers 1980

Friday, January 21, 2011

Papan di Sitiawan

Kalau roboh Kota Melaka,
Papan di Jawa hamba dirikan,
Kalau sungguh Islam bertakhta,
Jiwa raga hamba turutkan!





Moh le kite!

http://www.kemm1511.net

Thursday, January 20, 2011

Kerana itu

Kalau bukan kerana itu,
Barangkali Rasulullah (S.A.W) tak perlu berdarah dihumbani batu,

Kalau bukan kerana itu,
Barangkali Sumaiyyah tak perlu menanggung seksa sembilu,

Kalau bukan kerana itu,
Barangkali Muhajirin tak perlu bersusah ke negeri baru,

Kalau bukan kerana itu,
Barangkali pemuda Badar kecut melihat musuh nan seribu,

Kalau bukan kerana itu,
Barangkali alam Melayu akan kekal beku dan layu,

Ya Tuhanku, apakah itu?
Daku tak lagi tahu.

Monday, January 17, 2011

.

Those that I fight I do not hate
Those that I guard I do not love



William Butler Yeats

Friday, January 14, 2011

made, not born

Mungkin dah terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru. Tapi, sebetulnya, tahun ini aku sendiri agak terlambat untuk menetapkan beberapa gol yang perlu dicapai sebelum 1 Januari 2012 nanti.

Biar banyak manapun senarai gol atau objektif, kebanyakannya boleh dihimpun di bawah payung 'pencapaian'.

Bila memperihalkan soal pencapaian, dua unsur yang tak dapat nak dipisahkan ialah usaha dan bakat.

Sebab, tentunya, pencapaian adalah benda yang lazimnya luar dari jangkauan kita, atau setidak-tidaknya benda yang kita tak biasa dapat atau buat sehari-hari.

Justeru, sumbangan dari usaha yang gigih dan bakat atau nasib memang sangat-sangat dituntut.

Jika 1 Januari diambil kira sebagai tarikh penggenap untuk umur seseorang, maka setelah 24 tahun aku hidup, aku merasakan aku ini tidak ada bakat. Langsung.

Aku adalah manusia yang percaya pada jumlah keringat yang menitik, tulang yang patah, air mata yang berdarah dalam usaha mencapai sesuatu.

....Oookay, mungkin tidaklah sedramatik itu, tapi ideanya begitulah.

Hasil kajian seorang profesor psikologi, Prof. K. Anders Ericsson dari Florida State University baru-baru ini sangat menggamit perhatian untuk ditekuni.

Beliau mengkaji berapa banyakkah peratusan kemahiran itu lahir dari bakat semula jadi dan dari bakat yang diasah.

Umum mengetahui jawapannya.

Yang menarik untuk direnungi ialah usaha yang bagaimanakah diperlukan untuk mengasah kemahiran supaya lebih menyinar?

Katanya, ia menuntut sebuah program latih tubi yang lebih dari sekadar ulangan demi ulangan.

Ada tiga elemen utama:
  • setting specific goals
  • obtaining immediate feedbacks
  • concentrating as much on technique as on outcome

Would it works? Aku rasa ya. Aku cuba tahun ini. Moga-moga tercapai.

Dan untuk para pembaca, selamat mengejar cita-cita anda.

Jika tidak kita, siapa lagi.

Jika tidak sekarang, bila lagi.

Sunday, January 09, 2011

the enemy within



Boredom, not hard work, is the real enemy.


Dr. Andrew Smith, British Medical Journal.

Wednesday, January 05, 2011

Masjid

Nota untuk bank harimau,

Banyaknya lagi duit kena simpan. Sempat ke hujung tahun ni?


Sunday, January 02, 2011

Merak

Peacock is one fascinating bird. So much so that the government of Nepal had hailed its status as the national protected and sacred bird. So, if you hunt that animal, it is by the Nepalese law an offense.

The beautiful one is the male bird. During the mating season, the male bird would flare its magnificent tail to attract the female bird. The one with the more beautiful tail would stands a higher chance of securing a successful courtship.

That is the case of peacock.

But, we're not that different, are we?

Saturday, January 01, 2011

hanya angka semata

Keluarga adalah nukleus semesta. Noktah.

Aku rindukan keluarga yang bahagia dan berfungsi.

Mungkinkah tahun baru ini bakal menjanjikan mimpi-mimpi yang palsu lagi?

Ah, pergi jahanam!