Pages

Thursday, March 08, 2012

Hobart

Hujung minggu lepas, atas kelolaan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) caw. Victoria, aku pergi ke Tasmania bersama beberapa orang rakan. Lawatan sosial dan meninjau aktiviti komuniti Muslim di Hobart dan Launceston, dan juga komuniti mahasiswa/i Melayu Muslim di sana.
  • Walaupun bilangan pelajar di sini adalah secara relatifnya sedikit, komunitinya adalah antara yang paling 'close-knit' yang pernah aku temui di Australia. Tidak ada persatuan rasmi lagi, kebanyakannya berpayungkan Kelab Melayu Tasmania yang persatuannya tidak pernah didaftarkan di mana-manapun.
  • Ada Imam Melayu di masjid Hobart. Imam Sabri namanya, berdarah Jawa dan berasal dari Selangor. Berkesempatan untuk bersembang panjang dengan beliau usai solat Maghrib tempoh hari. Terkejut juga apabila beliau menyatakan hasrat untuk pulang ke Malaysia selepas 44 tahun menetap di Hobart. Barangkali benar - Hujan emas di negeri orang, Hujan batu di negeri sendiri...
  • Bentuk muka bumi Hobart agak unik, berbukit-bukau. Memang aku respect mahasiswa/i yang mengayuh basikal untuk ke kelas sehari-hari.
  • Aku puji dan tabik usaha komuniti mahasiswa/i Melayu di sini yang secara sukarela menganjurkan 'Madrasah' - semacam suatu kelas keagamaan pada setiap hari Ahad di masjid Hobart untuk anak-anak Muslim di sini. Walaupun secara sukarela, pentadbirannya tersusun dan kurikulumnya bersilibus - Tilawah, Hafazan, Ibadah, Sirah/Fiqh/Tauhid . Kebanyakan mereka merupakan second generation of migrants dari Albania, Somalia, Malaysia dan lain-lain, dan berani aku katakan bahawa jikalau bukan kerana usaha mereka ini, belum tentu anak-anak ini mampu untuk mengenal Al-Quran apatah lagi membacanya. Allahu-akbar. Syabas dan teruskan!
  • Aku rasa, orang putih Tasmania adalah definisi orang putih Australia sebenar. hehh..
Kata orang, yang baik jadikan pedoman, yang buruk jadikan sempadan. Barangkali kerana keterasingan bumi Hobart ini menyebabkan atmosferanya unik. Kepada mereka di sana, teruskan usaha murnia kalian, moga Allah SWT ganjari usaha kalian.


No comments: