Pages

Wednesday, July 20, 2011

Satu dalam seribu

Tulisan ini banyak mengandungi unsur-unsur common sense.

Sebenarnya, dah terlampau banyak cadangan dan kritikan yang kita dengar tentang Malaysia. Tapi tak banyak antara kita yang melakukan usaha pemulihan dan penambahbaikan. Dan, diantara yang melakukannya, tidak banyak yang konsisten. Dan diantara yang konsisten, tidak banyak yang mampu mempengaruhi orang lain untuk melakukan hal yang sama. Buktinya, masalah yang sama tetap berlaku, walaupun dalam bentuk-bentuk yang berbeza.

Secara umumnya, penyelesaian masalah bermula dengan mengenalpasti pokok masalah sebenar, mencari jalan penyelesaian yang holistik, melakukan penyelesaian secara berdisiplin dan menilai semula/muhasabah secara  ikhlas. Sebarang kesilapan boleh timbul dalam mana-mana langkah dalam proses ini, yang menyebabkan samada masalah tak selesai ataupun semakin bertambah.

Tidak ada cara lain, melainkan kita perlu mengulangi proses yang sama. Dari awal hingga ke akhir. Tidak ada jalan pintas.

Dalam situasi di Malaysia, selain daripada masalah yang dinyatakan diatas, aku rasa kebanyakan pendekatan yang diambil selama ini kurang sesuai.

Kebanyakan pendekatan yang diambil untuk mengenalpasti pokok masalah adalah berada pada tahap teknikal/superficial. Dan, yang malangnya juga, langkah-langkah penyelesaian yang diambil adalah bersifat umum dan terawang-awang.

Kita perlu menggali dengan lebih mendalam jika mahu memahami pokok masalah yang dihadapi oleh makhluk yang bernama insan/manusia ini. Pendekatannya perlu filosofis/ruhiy. Kita tidak boleh berpuas hati selagi kita tidak menemui fitrah masalah itu. Tetapi, dalam melakukan penyelesaiannya, langkah-langkah yang diambil perlu konkrit dan bersifat setempat/kontekstual. Satu demi satu dan dikit demi dikit.

Aku yakin, inilah yang dianjurkan oleh Islam.

Aku melihat bahawa konsep akidah yang dibawa oleh Islam bersifat filosofis. Dan cara hidup yang dicitrakan oleh Islam dilahirkan melalui pengabdian/'ibadah kita sehari-hari yang lengkap, praktikal dan konkrit.

Aku yakin, tidak ada agama lain di dunia yang sebegini. Semuanya samada terlampau filosofis atau terlampau ritualistik.

Ya, aku yakin dan bangga dengan itu.

Soalnya, dan cabarannya sekarang, adakah aku mampu melakukanya?

Jalannya sudah tersedia, destinasinya sudah pasti.

Marilah kita sujud; sujud yang memerdekakan.







Saturday, July 16, 2011

Bintang Barkly

cahaya langit siang membutakan pedoman bintang malam

Allahumma balighna Ramadhan.