Ramadhan. Alhamdulillah. InshaAllah.
Ramadhan pertama sebagai seorang yang bekerja. Puasa di siang hari lebih kurang sama sahaja, cuma aktiviti malam seperti tarawikh berjemaah, program keagamaan, program usrah, qiyamullail et cetera terasa cabarannya. Lembik semacam. Segan!
Rakan-rakan kerja banyak yang bertanya tentang Ramadhan. Banyak soalan ' betul ke itu' ' betul ke ini'. Seronok untuk jawab. Soalan terus terang di jawab dengan terus terang. Soalan sinis di jawab dengan senyum tipis.
Hari itu aku baru sahaja mohon untuk melanjutkan kontrak kerja untuk tahun depan. Harap-harapnya lulus.
Dari segi kerja, kelok pembelajaran (learning curve) dalam keadaan steep, alhamdulillah. Makin hari, makin banyak yang dipelajari. Ada yang datang dari pengalaman dan pemerhatian, tapi sebenarnya banyak datang dari kesilapan. Aku perhati dan hisab, banyak kesilapan berpunca dari assumption dan indecisiveness. Dua-dua ini perlu dielak dengan sungguh-sungguh. Bahaya.
Lawan kepada assumption adalah thorough.
Lawan kepada indecisiveness adalah knowledge.
Moga amalan kerja ini berbudaya dan berbekas dalam hati.
Sebut tentang amalan kerja, aku perasan mat saleh ni sangat menghargai efficiency. Kalau hendak memuji itu, pujian yang paling berharga adalah pujian efficiency berbanding pujian-pujian lain. Betul, amalan kerja seperti punctuality, operational/hands-on skills, hardworking, accountability et cetera adalah penting, tetapi itu semua adalah kemahiran - skills. Efficiency is another different thing - a cut above the rest. Mengapa eh?
Juga, mereka prefer smart rather than intelligence. Yang ini aku tak rasa susah untuk difahami.
Aku rasa, kata kunci kepada budaya ini adalah productivity dan authenticity.
Mungkin.
Scientia est potentia!
Scientia est potentia!
No comments:
Post a Comment