Pages

Friday, February 20, 2009

provokatif

If 'perfection' is not attainable, why strive for it then?

Is it the outcome that dictates the fullest meaning of 'perfection'?

or is it the journey to perfection that counts?

Tuesday, February 17, 2009

a moment in life

Post-natal depression, atau gila meroyan dalam Bahasa Melayu colloquial adalah antara beberapa perkara rutin yang harus diperhatikan dan didokumentasikan sebelum seseorang ibu itu dibenarkan discharge dari wad bersalin.

Secara ringkas, ia merujuk keadaan di mana ibu itu mengalami tekanan perasaan setelah melahirkan anak. Antara insiden yang pernah berlaku hasil daripada situasi ini ialah (dan yang paling ditakuti barangkali) si bayi yang baru lahir itu mati dibunuh oleh ibunya sendiri! Kaedahnya pelbagai, dari mencekik si bayi, melemaskannya, dsb...(tapi, harus diingatkan di sini bahawa tindakan seperti ini, psychologically speaking, tidak harus disamakan dengan penderaan).

Apabila dikaji, si ibu yang mengalami tekanan perasaan ini secara umumnya didapati mengalami masalah menyesuaikan diri dengan bayi yang baru lahir itu. Si bayi selalunya dianggap sebagai orang baru yang merampas semua perhatian dan kasih sayang, terutama daripada sang suami. Jadi sang suami perlulah memainkan peranan penting dalam menjaga si isteri, terutama ketika puerperium, yakni dalam pantang. Ketika ini, si isteri sangat... sangat apa ya?... delicate dan fragile. :)

Menarik, jika difikir-fikir, bagaimana mungkin seseorang itu sanggup memusnahkan sesuatu yang telah dikandungnya selama 9 bulan dengan perit dan jerih, dengan kasih dan sayang, dengan penantian dan harapan, apatah lagi ia adalah seorang bayi comel yang tak mengenal apa-apa.

Aku sendiri pun tak faham, tapi apapun, jauh sekali rasanya untuk aku meletakkan kesalahan ini dibahu si ibu, tidak setelah aku lihat apa yang berlaku di labour ward sehari-hari. Fascinating dan juga menginsafkan.

Apapun, moral of the story, sayangilah ibu anda! :)


Wednesday, February 11, 2009

P

" Penat.."

P jarang mengeluh. Tapi penatnya kali itu lain macam. P angkat muka namun silau mentari petang menyebabkan dia tutup matanya dengan tangan. Mata yang sediakala sepet itu dikenyitkan lagi. Masa sudah merangkak senja, rona langit seakan merah kebiruan... atau biru kemerahan?... entahlah.

"Bagaimana ni, ikan sedikit.."

P renung ikan-ikan yang ditangkapnya itu , dan barangkali ikan-ikan itu juga sedang merenungnya kembali. P menyeka peluh yang bermanik di dahi. Tak ada peraih pun yang mahu dekat dengannya.

"tak apalah..."

P punggah "ice-box" ikan dan terbaring di pangkin jeti. Keluarkan rokok. Ah, P tersengih. Kotak rokok dia itu berjenama Dunhill, tapi isinya rokok-rokok gudang garam. P malu kalau orang nampak dia hisap rokok murah, jadi dia buatlah macam tu. Baru tak malu nak keluarkan dan letak atas meja di warung kopi nanti!

"biar papa asalkan bergaya!" bisiknya.

fuhh...asap pertama...fuhh...asap cincin pula...fuhh...asap berkabusP renung kembali botnya. Cantik ni. Kecil, tapi kompak, ada belang-belang lagi, ha ha ha! Yalah tu. Sebenarnya bot P lah yang paling usang di antara bot-bot nelayan yang berlabuh di jeti Bagan Nakhoda Omar.

Sebelah kiri itu bot Nasir, besar dan bercat merah. Belah kanan bot Muluk, juga besar dan bercat biru. Ada yang mencacakkan jalur gemilang, dan ada yang mencacakkan bendera lain di tepi bendera Malaysia itu, bendera yang kadang-kadang susah P nak camkan. Macam-macam bentuk.

P senyum pahit. Dalam hati P, dia kecewa dan kadangkala iri hati. Kenapalah itu.. kenapalah ini.. Apa silapnya ya? P, Nasir dan Muluk dulu sama-sama membesar, sama-sama bergasak, bermain dan bergolok bergadai mencari harta pencarian setelah mereka semua tak pass PMR. Tapi, P lah yang kini papa kedana. P tak main perempuan, P tak mabuk-mabuk berkongsi todi dengan indon-indon lain, P tak itu, P tak ini..Tengok Nasir tu, kereta besar, bot besar, rumah besar, isteri besar. haish...Harapkan P, hapah pun tak ada. Macam mana boleh jadi macam ni?

Lamunannya terhenti pabila terdengar azan maghrib. Longlai dia melangkah menuju masjid.Bajunya masih kotor, badannya berbau laut dan ikan. namun dia buat don't know, dia pergi sahaja.

P solat khusyuk, cuma lepas dia berdoa sahaja dia rasa bersalah.. yalah, jemaah lain pandang-pandang, tenyeh-tenyeh hidung. Ada yang pura-pura bersin, walaupun pura-puranya itu terlalu ketara. Maaflah, lain kali dia tak buat lagi. P renung tikar-tikar mengkuang masjid. Seni anyamannya halus, warna merah diselang selikan dengan warna asli daun kering mengkuang. Bersusun-susun mengikut pola dan corak tertentu. Sedang dia meneliti dan tracking down corak-corak itu, P menemukan bahagian yang kelihatan agak aneh. Polanya sudah lari, bentuknya pelik, motif seninya hilang. Distorted, disorientated. P megeluh kecewa. Ghairah dan asyik pada seni anyaman itu lenyap macam tu saja.

Azan Isya' berkumandang.

P tunduk. Hatinya tersetuh oleh azan itu. Makin lama dia dengar, makin hening hatinya terasa...Insaflah P, bahawa hidupnya, mungkin seperti corak tikar mengkuang itu, boleh berubah-ubah. P rasa, P boleh merancang, nak jadi tu, nak jadi ni. P boleh belajar itu dan ini, tapi sepertinya si pembuat tikar itu tadi, bukan itu sahaja faktor yang mempengaruhi hasilnya. Barangkali si pembuat tikar hilang focus di pertengahan jalan lantas sistem anyamannya jadi kacau bilau. Begitu juga P, P rasa, sepanjang "karier"nya sebagai nelayan, banyak benda-benda yang subtle yang dia tak hiraukan. Tapi benda-benda itulah kembali yang menghambatnya. Bot rosak, hutang along, pukat bocor...

P angkat tangan, baca doa lepas azan. P congak-congak, pasti ada jalan keluar. Jadi untuk sementara waktu ni, P keluarkan resolusi mudah:
  • P perlukan teman yang sentiasa berada di sisinya dan memberikan dia nasihat dan teguran dalam menempuhi "karier"nya ini.
  • Kalau tak pun, P perlukan suasana yang mendorong dia untuk sentiasa counter-check kelemahan-kelemahan yang dia ada.
Bolehlah, P tersenyum. Persoalan-persoalan lain boleh dikemudiankan. Setakat ini P puas hati dengan resolusi angan-angannya ini.

P terasa bahunya ditepuk. P toleh dan dia nampak Muluk.

"P, kotak ikan kau tu, nak dibiarkan je ke kat jeti? Aku nampak macam ade orang nak curi je"

"aa.. lupa..."

Bergegaslah P berlari membujur lalu, melintang pukang menuju ke jeti...



p/s : please excuse the lame ending of this story. =)

Sunday, February 08, 2009

untuk Hikbal =)

Baru petang tadi aku mampir ke Melaka, meraikan walimah sahabat lama dengan isterinya yang juga merupakan saudaraku.

Aku tidak punya apa-apa pun yang mahu dikatakan, selain daripada bersyukur dan ingin mengucapkan tahniah kepada pasangan ini.

Semoga keluarga yang baru dibina ini diberkati Allah S.W.T, disinari dengan nur hidayah-Nya dan hidup bahagia buat selamanya.

Barakallahu li wa lakum...

Hikbal Ujir & 'Azza Mufidah.



Perhatian, rakan-rakan jangan usik saya dengan isu sensitif ni ya=)

Thursday, February 05, 2009

Darul Ridzuan.

Sekali lagi, sejarah mendidik manusia yang ingin belajar daripadanya, bahawa bangunan yang asasnya rapuh, tidak akan kukuh; bahawa pokok yang akarnya mati, tumbang menyembah bumi; bahawa iman yang goyah, akur kepada nafsu serakah.

Sekali lagi, ada yang bergembira, ada yang kecewa. Ada berpendapat api aspirasi rakyat kembali ternyala, namun tak kurang yang merasa ia hilang digenggam masa.

Ia bukan soal ideologi.

ia bukan soal negeri itu atau negeri ini

ia soal diri sendiri, soal ruh yang mengisi, soal jasad yang ditanggungi.

Sunday, February 01, 2009

fallen king

esok semester baru bermula.

banyak yang tertinggal, banyak yang perlu dikejar.

daun-daun gugur, ulat-ulat berselerakkan