Sebenarnya, aku agak keliru untuk menentukan garis pemisah antara rationalization dan indoctrination dalam pembawaan sesebuah idea atau ideologi oleh sesebuah kumpulan/jemaah.
Pun begitu, aku percaya, dialog adalah jalan terbaik. Kerana aku percaya, meraikan sisi rohani lebih penting dari segala-galanya kala kita berbincang.
Ramai orang kata, kita kena berbincang dengan seseorang itu sesuai dengan tahap pemikirannya, tetapi yang banyak aku lihat, kita dengan sengaja lebih suka merendah-rendahkan aras intelektual dalam hampir semua perbahasan kita. Kita membuat assumption berdasarkan perkara-perkara yang sangat superficial, tanpa lebih dahulu menganalisa dengan lebih mendalam. Contoh, menghubungkaitkan pekerjaan/profesion/bidang pengajian dengan laras pemikiran. Aku cukup bangkang. Aku tidak nampak sebarang persamaan linear di situ.
Saranan aku; hadapilah manusia dengan kasih sayang. Prejudis tidak akan membawa ke mana.
Kenapa daun keladi?
No comments:
Post a Comment