Friday, December 08, 2006

angin kota Perth

angin kota Perth mengelus lembut

malam terakhir di bumi Australia..
tak dapat mengungkap satu perkataan apa pun
pengalaman, oh pengalaman..

merantau...
musim luruh ke Sydney
musim sejuk ke Canberra dan Brisbane
musim bunga ke Adelaide
musim panas ke Perth
musim belajar saya di Melbourne
musim cuti ni ke Jakarta... =)

hmm, sampai bila pun,dlm dunia ini, kita akan merantau,
kata imam masjid Beddoe Avenue,
'brothers, we are travellers in this world,'
dan sesungguhnya, perjalanan agung kita ini hanya sekali
ya, muda remaja hanya sekali,
mati juga hanya sekali,
alam kubur hanya sekali,
perhitungan pdg mahsyar juga sekali,
jadi manfaatkanlah, =)

angin kota Perth bertiup lagi...

kehidupan manusia terlalu rencam utk dihitam putihkan
bohonglah kalau-kalau ada yg mengeluh kebosanan
kerana kita sentiasa sibuk
yang duduk diam juga sibuk utk mengekalkan suasana duduk diam
dan fahamilah bhw kepelbagaian itu ada sebabnya
ada maksud dan ada tujuannya
jadi tujuan manakah yg patut dipilih?

kota Perth sudah kaku, sunyi...

barangkali tujuan yg agung itu memerlukan perjalanan yg agung
perjalanan yg luarbiasa payahnya
perjalanan yg asing dari mata biasa
perjalanan yg jauh ke dasar hati
namun tetap berpijak di bumi hakiki

angin kota Perth mengelus lembut di pipi...

pengembara bungkam seribu bahasa
angan-angan melayang di langit
hawa nafsu terpasak di bumi
amalan tidak setanding mimpi!

angin kota Perth, angin kota Perth...

Thursday, November 02, 2006

hari ini

‘Dengan mengambil kira kes-kes sosial seperti gejala ‘mat rempit’, seks bebas, kongsi gelap, ragut, samun, rogol dan sebagaimana yang sering disiarkan di akhbar dan berita televisyen, kita boleh katakan bahawa jika beginilah bentuk belia yang ada pada hari ini,
negara kita sebenarnya sedang menuju ke arah kehancuran,’’

Dr. Syed Ali Tawfik Al-Attas
Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)


‘Fahaman kebangsaan yang kita inginkan tidak boleh diteraskan kepada faham nasionalisme moden yang dipakai negara Barat kerana sejarah membuktikan ia melahirkan fahaman sempit seperti fasisme, cauvinisme kaum dan ekstremisme agama,’’

"sambutan hari kemerdekaan setiap tahun juga tidak memberi sebarang kesan terhadap semangat kebangsaan kepada belia kerana kehadiran mereka hanya sekadar untuk berhibur"

Dr. Mohd. Farid Mohd. Shahran
Pensyarah Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia



‘Kejayaannya banyak bergantung kepada faktor insan yang dapat menyatupadukan ilmu dan akhlak mulia, akal dan hati, fikir dan zikir, kemahiran dan etika, kerja dan ibadat,

Nik Mustapha Nik Hassan
Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

*****
rumusan saya?
golongan belia merupakan kumpulan terpenting kepada negara.
elok belia, maka eloklah negara, rosak belia, rosaklah negara.

Wednesday, October 25, 2006

lebaran ini

Thursday, October 19, 2006

waktu ini

hari ni saya cuma berbuka dgn semangkuk bubur kacang (org bagi) dan segelas air teh panas. cukup kenyang, lebih2 lagi bila berbuka seorang diri dlm rumah yg sunyi.

Ramadhan masih berbaki 4 atau 5 hari lagi.
Final Exam masih berbaki 13 hari lagi.
Waktu saya di Melbourne ni masih lagi berbaki lebih kurang
satu setengah bulan sebelum pulang ke Malaysia.
waktu saya di dunia ni... entahlah, saya tak pasti.

air teh 'o' panas mmg saya gemari sejak kecil lagi.
air panas ni kita kena minum perlahan-lahan. takut melecur bibir.
sambil menyisip teh panas, fikiran saya selalu menerewang...

benarlah, masa yg diberi pada saya cuma 24 jam sehari,
dan masa yg diberi pada Imam Bukhari juga 24 jam sehari,
bahkan masa yg diberi kpd Rasulullah SAW juga 24 jam sehari.
tapi, berapa kerap sgtkah masa yg diberi itu dimanfaatkan?

Ya Allah,
Jgn biarkanku tanpa bimbingan,
pimpinlah aku ke jalan yg benar,
kpd Engkaulah harapanku,
jgnlah hampakan perasaanku.

waktu itu

saya ambil petikan cerpen ni dan paparkan dalam blog ni utk tatapan umum, sbb mungkin ada di kalangan pengunjung masih belum atau bukan pengunjung tegar laman www.dakwah.info
(saya bukan penulis cerpen ni!)

".. Tiba-tiba dia sayu.air mata mula berjuraian di pipi..Bukan salah orang lain kalau dia terlepas malam 1000 bulan..bukan salah tv yang menayangkan cerita2 murahan..bukan salah internet..

titisan air mata yang sejuk menyamankan dirinya..dadanya yang sesak tadi kian melega… Sungguh dia berazam untuk manfaatkan hari-hari yang terakhir nih…dia sempurnakan wudhu dan kemudian mengerjakan solat sunat Dhuha..dalam doa, dia berharap agar Allah membukakan jalan2 untuk dia membuat kebaikan..dan menutupkan jalan2 kemaksiatan..moga Allah beri kesempatan untuk dia memperbaiki amalan..dan menerima ibadahnya…masih ada waktu.. "

Monday, October 16, 2006

hari kemenangan

petikan dari kata2 Mufti Perak dlm utusan malaysia bertarikh 16 Oktober 2006 :

"Perbuatan menyambut Aidilfitri dengan pengisian hiburan yang keterlaluan sehingga menjadikan umat Islam lalai “boleh jatuh kepada haram”, katanya kepada pemberita di sini.

“Menyambut Aidilfitri dengan sogokan rancangan bercorak hiburan yang terlalu banyak sehingga melalaikan amatlah tidak sesuai seolah-olah menidakkan hari raya itu sebagai hari kemenangan umat Islam."

Kita tgk kat sini ya, apa maksud "kemenangan umat Islam" ni. Dalam surah Al-Baqarah, ayat ke 183 :

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa"

Maknanya, selepas bulan Ramadhan, adalah diharapkan agar kita menjadi org yg bertaqwa, atau setidak-tidaknya meningkat ketaqwaan kita berbanding bulan2 sebelum ini.

Perhatikan ya, 11 bulan kita hidup 'dihasut' syaitan utk membuat itu dan ini, dan jika bulan nan satu ni pun(yg mana syaitan pn digari) kita gagal menahan nafsu kita (bukan makan & minum shj ya), apakah ada jaminan kita boleh berkelakuan baik pada bulan2 hadapan? Jadi apakah ada kemenangan yg boleh kita raikan pada aidil fitri yg bakal tiba nanti ?

dah lama dah...

Friday, October 13, 2006

selepas tarawikh

Allah SWT berfirman dlm surah AlBaqarah, ayat kedua

"Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa"

benak tertanya-tanya, adakah org yg tidak bertaqwa, tak akan dpt menemukan sebarang petunjuk dlm alquran itu sendiri? atau barangkali , source of misguidance?

p/s: jika ya, adalah tidak memeranjatkan jika wujudnya golongan yg mengatakan alquran itu tidak relevan lg dlm kehidupan... mungkin mereka tidak mengatakanya, tp tindakan menjelaskan pendirian mereka. konteks penggunaan alquran hanya dibataskan dlm ruang lingkup ritual2 keagamaan! hehe

Tuesday, October 10, 2006

17 Ramadhan

sejahteralah para syuhada' di medan Badr!


















hari ini sebagai saksi,
pertempuran kami tak pernah henti,
darah ini adalah bukti,
perjuangan kami di jalan ilahi.

"The life of the Muslim Ummah is solely dependent on the ink of it's scholars and the blood of it's Martyrs."
Shaykh Abdullah Azzam

Sunday, October 08, 2006

asing


















“Islam dimulai dengan keasingan dan akan kembali asing,
maka berbahagialah orang-orang yang (dianggap) asing.”


- H.R. Muslim, Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah-

Sunday, September 24, 2006

Friday, September 22, 2006

cerpen ringkas (5 minit shj, mari baca!)

latar masa: penghujung 1999
latar tempat: sekolah empat segi

imajin sebuah kelas ada 40 murid.
ada seorang ketua darjah,penolongnya,setiausaha dsb.
malah ada pengerusi kelab pencinta alam!

kawan kpd ketua kelas ni seorang penjual kad doraemon.
siapa ada kad doraemon ni kira 'cool' habis.
sang kawan ni pun pula berangan nak melebarkan sayap perniagaannya.

lalu sang kawan bagi kad percuma pada ketua kelas,
dan penolongnya, dan setiausahanya..ah, pengerusi pun mahu juga!
lalu asyiklah mereka membelek-belek kad yg menarik tu.

arakian, semakin ramai murid-murid yg memiliki kad itu,
semakin ramai yg hilang tumpuan daripada pelajaran,
semakin... eh, ada juga yg tak terkena wabak 'kad' ini?!
cuma 2 org sahaja, yg tak mahu perkara ini berleluasa...

*****

pembaca yg budiman, saya sediakan 2 pilihan disini.

a) 2 org ni laporkan kpd penolong kanan HEM, perhimpunan esoknya diadakan mini tribunal
utk ketua darjah, dan didapati bersalah sebagai punca penularan anasir 'jahat' ke dalam kelas itu, dan digantikan dengan ketua darjah yg baru!(mungkinkah pengerusi kelab ada 'chance'?)

b) 2 org ni cuba mendekati kawan-kawan mereka yg masih lalai dan korup itu, menginsafi kembali tujuan mereka ke kelas dan cuba meramaikan 'ahli-ahli' mereka. baik dari mereka yg tugasnya hanyalah utk memadam papan hitam hinggalah yg mengira 'attendance'. pemilihan jawatan kuasa tahun berikutnya mereka pakat undi ahli-ahli mereka shj.

kedua-dua pilihan ini berakhir dengan satu 'end product' yg sama
- ketua kelas baru!

******

pembaca yg saya muliakan, sekiranya jawapan anda ....

a) sedarilah bahawa ketua kelas yg baru ini masih gagal utk merubah keadaan. mana tidaknya, ahli jawatankuasa kelas itu masih lagi asyik dengan kad-kad mereka! dan sedarilah juga bahawa 2 org 'hero' kita akan ditekan oleh ahli jawatankuasa yg takut nasib mereka serupa dgn ketua kelas yg lama. silap2, 2 org 'hero' kita td pun akhirnya jadi pengedar kad2 yg baru!


b) insafilah bahawa perjuangan 2 org ini bukannya mudah dan sekejap. jalannya jauh dan tak pernah sunyi dari kecaman ahli jawatankuasa kelas dan peminat tegar kad doraemon. menuntut pengorbanan yg peritnya bukan kepalang.

kerna apa yg mereka lakukan ialah soal hati; mendekati hati kawan-kawan mereka, bertautan dgnnya...

insafilah juga bahawa peribadi 2 org ini sangat indah dan unggul. cita-cita mereka tinggi, 'keimanan' kpd perjuangan mereka tetap ampuh dan kukuh. objektif perjuangan mereka tetap sama,spesifik dan tersusun. masa dan peluang yg ada tidak dipersia.

kerna mereka cukup yakin, mereka akan hanyut dengan kad itu juga sekiranya mereka hanya sekadar berdiam diri...

wallahu'alam, salam ramadhan!

******
"Maka karena itu serulah (mereka kepada agama ini) dan tetaplah sebagai mana diperintahkan kepadamu dan janganlah mengikuti hawa nafsu mereka dan katakanlah:

"Aku beriman kepada semua Kitab yang diturunkan Allah dan aku diperintahkan supaya berlaku adil diantara kamu. Allah-lah Tuhan kami dan Tuhan kamu.

Bagi kami amal-amal kami dan bagi kamu amal-amal kamu. Tidak ada pertengkaran antara kami dan kamu, Allah mengumpulkan antara kita dan kepada-Nyalah kembali (kita)."

Asy-Syuura : 15

Saturday, September 16, 2006

imtihan

moga tabah hati, tak berbelah bagi...

Sunday, August 27, 2006

Rindu Ramadhan

ramadhan akan tiba lagi!
rindunya...

takut...
jikalau tidak sempat untuk bersua dgn ramadhan kali ini,
Ya Allah, kurniakanlah hambaMu umur yg panjang,
utkku bermesra dgn bulan yg penuh berkah ini.

*****
sekadar ulangan dan barangkali informasi baru utk anda semua

Berpuasa dlm ayat2 Al-quran:

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa"
al-baqarah:183

".... Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui"
al-baqarah:184













Puasa itu:
- perintah dari Allah
- menguji ketaqwaan kita terhadapNya
- amalan para Nabi dan Rasul
- melembutkan hati

dan banyak lagi. tanya dan dampingilah mereka yg mengetahui dan beramal dgnnya =)

*****

Ya ayyuhal mukminin,
mari...
kita persiapkan diri,
rohani dan jasmani,
untuk kita tempuhi,
ramadhan kali ini!

Sunday, August 20, 2006

Selamat Hari Kemerdekaan, Malaysia!

Sejarah mengajar manusia yang belajar daripadanya. Alangkah, alangkah benar...

suka saya utk mengajak anda semua meneliti kata2 Umar al-khattab r.a. yg lebih kurang maksudnya:

" kita(bangsa Arab) dahulu merupakan bangsa yg hina(igtkan kita melabel mereka sbg kaum jahiliyyah?). Allah mengangkat darjat kita(ketika itu, kerajaan pimpinan Umar baru shj menakluk baitul maqdis) dengan Islam. kalau kita mencari kemuliaan selain dari Islam, kita akan dihinakan kembali."

jelas bhw satu2nya cara kita utk capai apa sahaja bentuk kemajuan, dunia mahupun akhirat, ialah dgn cara Islam.bukan Islam yg main2, ambil sikit sana sini, pilih mana yg suka, tetapi Islam yg seluruhnya(igt bahawa Islam itu syumul)














kalau kita telusuri pun sejarah kerajaan2 Islam dulu, jatuh bangunnya kerajaan itu bergantung kpd sejauh mana pelaksaan dasar2 Islam dari segenap aspek kehidupan. baik dari kerajaan abasiyah hingga ke uthmaniyah.

dan kalau kita singkap sejarah Melayu kita pun, yg mempengaruhi kebangkitan kerajaan melayu melaka(saya ambil kerajaan melaka krn kerajaan inilah yg paling luas tanah jajahannya di tanah melayu dan rantau asia tenggara) ialah tidak lain tidak bukan, Islam.
setuju kan?(igt bahawa Melaka di puncak kegemilangan ketika berada di bawah pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah, sultan yg mencontohi khalifah Umar). dan yg melingkupkan kerajaan itu juga tidak lain tidak bukan,'hilangnya' Islam dlm kerajaan.

jadi, apa signifikannya kita mengambil tunjang selain Islam dlm mengakari perjuangan kita utk menjadi bangsa yg dihormati di dunia ini? saya sama sekali tidak menafikan kejayaan Malaysia di masa sekarang, tidak, bukan itu maksud saya. Cumanya, saya fikir Malaysia(saya fokus kpd rakyatnya) akan lebih maju jika kita mengamalkan Islam secara keseluruhannya. Kita gunakan Islam sbg kayu ukur dan neraca pertimbangan kita utk sekecil-kecil hal( spt masuk tandas) hinggalah sebesar-besar hal(spt memerintah negara)

Tidak setuju? takpalah, ini pendapat saya. barangkali anda boleh amati analogi mudah ini;
sewaktu Melaka berada di puncaknya, pedagang dari ceruk mana sekali pun akan berbahasa melayu utk berdagang. kata orang putih, lingua franca. tetapi sekarang, org kita pun segan nak berbahasa melayu.

ya, mungkin bahasa itu soal kecil shj. tp saya fikir itu cukup jelas utk menggambarkan 'kekuasaan' bangsa kita di mata antarabangsa(kalau tak pun, rantau asia tenggara).

apa yg saya nak simpulkan di sini, kembalilah kepada Islam, tolaklah sebarang penghambaan selain dari pengabdian diri kpd Allah. InsyaAllah, kita akan berjaya. =)

****

"...Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." al-ahzab:71

Wednesday, August 09, 2006

sekejap...

sesak nafas... di himpit tugasan dan tanggungjawab sbg pelajar.menelaah itu dan ini, di sana dan di sini.

namun hati ini tetap diusik dan diacah.Bimbang berbaur marah. Luangkan masa dlm 5 minit nak menulis. Kenapa kena susah2 tegakkan Islam? kenapa nak sangat org ikut Islam? kenapa nak tinggal sangat benda2 lagho ni?

sebab zumindar tak mau Malaysia jadi mcm lubnan, tak nak tengok jiran2 mati tiap2 hari, tak nak ummi menangis kehilangan anak, tak nak...

tak berkaitan? indifference?tunggulah...

*****

"Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela..."
Al Maidah: 54

Sunday, July 30, 2006

Adakah kau lupa?

Yang mana ?

Wahai Tuhanku,

bumi manakah yang bukan milik Mu?
kerna aku ingin bermaksiat,
memuaskan nafsu tak berpenghujungku.

hati siapakah yang bukan hak Mu?
kerna aku sangat cemburu,
hatiku tak terlepas dari pengetahuan MU.

masa bilakah yang Engkau tak tahu?
kerna runsing hatiku,
mengenang setiap amalanku dihitung oleh Mu.

kurniaan apakah yang bukan dari Mu?
kerna aku tak mahu,
bersyukur dan mengikuti perintah Mu.

Ya Tuhanku,

siapalah aku,
yang ingin lari dari kekuasaan Mu,
yang angkuh utk sujud pada perintah Mu.

Ya Tuhanku,

aku hambaMu,
bersaksilah Tuhanku satu,
bersaksilah hidupku utk Mu.

*********

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" Ar-Rahman:16

Thursday, July 27, 2006

Pemuda!!

pemuda Islam adalah pemuda harapan,
yg dgn tangannya lahir sebuah kejayaan,
menapak kehidupan dgn cahaya iman,
bergerak ke depan, raih kebangkitan Islam!

bangkitlah pemuda islam,
tunas hadapan penuh penantian,
wujudkanlah cita dan impian,
dgn kekuatan kita kan berjaya,kita adalah singa2 Ar-Rahman,
hancur binasa musuh berbisa,
kita pejuang pembela kebenaran,
lepas belenggu, runtuhlah angkara murka.

semangat aku bagai api menyala,
teguhkanlah jiwa ku turut berjuang,
pandangan mataku tebalkan cahaya,
hapus angan-angan, raih kemenangan!


Wednesday, July 26, 2006

Biarkan!

Lubnan diserang!
biarkan, bukan tanah aku, bukan malaysiaku...

anak-anak dan wanita lubnan dianiaya!
biarkan, bukan anak aku, bukan saudaraku(konon)...























yahudi terus menyiksa palestina!
biarkan! kan aku dah kata, bukan tanah aku, tak reti-reti???














hayy kawan, dah ramai org tak yg berdosa terbunuh dek serangan yahudi biadap tu!
biarkan, negara2 arab pon kate itu salah kerajaan hizbullah, tak guna pun kita lawan...
















sedarlah kawan, isu lubnan itu isu kita, umat islam!
biarkan, isu artis nak kahwin, brape harga baju pengantin artis,artis putus tunang lagi penting buat aku, kite kene support industri hiburan tempatan...

ish kawan, kita lagi kena support hizbullah dan hamas lawan yahudi!
biarkan, hizbullah tu shiah, kerajaan militan, diorang sesat...

hayy kawan, yahudi tu rampas tanah orang, tau tak?!
biarkan, diorang dulu kene siksa dengan rejim Nazi, kesianla, kan elok berdamai??? (sungguh org tak mengenal sejarah)

hish kawan, yahudi tu takkan henti rampas tanah, takkan henti di palestin!
biarkan, biarla sampai narathiwat atau kalimantan pon, bukan malaysiaku...

kawan, malaysia pun diserang juga; diserang secara halus,













diserang pemikiran generasi muda kita,
dihanyutkan dengan "kolej-kolej" hiburan dan fantasi,
disibukkan dengan debat sia-sia,












agar runtuh iman kita,
agar rapuh akhlak kita,
agar punah segalanya...

...biarkan!biarkan!biarkan!

Friday, June 23, 2006

Nasyid dan aku?

Jelas, menusuk, bermakna...
mungkin ni la yang boleh aku perincikan tentang kebanyakan nasyid2 dari Opick..
bagus, aku sebagai org yg baru kpd nasyid2 ni (dulu tak suka pon, menyampah lagi ade) , rasanya mesej dan pengisiannya jelas.
Yang penting, sejauh mana kita menterjemahkan mesej yg kita terima dlm kehidupan sehari-hari, tak kiralah sebesar atau sekecil mana pun mesej itu, selunak mana lagu itu, sehandal mana vokalis itu jaga 'pitching' =)













kembali pada Allah
Hasbunallah wanikmal wakil
Nikmal maulana waanikman nashir

Bila hati gelisah
Tak tenang, tak tentram
Bila hatimu goyah
Terluka, merana
Jauhkan hati ini dari Tuhan dari Allah
Hilangkah dalam hati dzikirku,imanku?

Hanya dengan Allah
Hatimu akan menjadi tenang
Dengan mengingat Allah
Hilanglah semua kegelisahaan

Cukuplah hanya Allah
Hati bergantung dan berserah diri

Thursday, June 22, 2006

Nota utk hati

Wahai penulis!!!

TERPUKULKAH ENGKAU?
Jika engkau mengaku sebagai seorang muslim, tetapi sangat daif dan dangkal fikiranmu terhadap Islam?

"apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan:"kami
telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?"
al-ankabut : 2

"hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan-
nya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan..."
al-baqarah : 208

BUTAKAH ENGKAU?
Jika engkau mengaku membawa risalah-Nya, menjulang bendera Islam yang suci, mengatakan umat Islam adalah yang paling mulia sedang hati engkau masih bersarang sisa-sisa jahiliyah, berakar hawa nafsu dan bergolak hasad dengki?

"dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi
mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta."
al-baqarah : 11

MALU KAH ENGKAU?
Jika engkau mengaku seorang muslim sejati, sedang engkau malas, buang masa, leka, lalai dan main-main ketika musuh-musuh Islam sedang hebat bertungkus-lumus memusnahkan agamamu?

"... jangan ada orang mengatakan: ' Amat besar penyesalanku atas kelalaianku
dalam (menunaikan kewajiban) terhadap Allah, sedang aku sesungguhnya
termasuk orang-orang yang memperolok-olokkan (agama Allah)."
az-zumar : 56

" sebahagian besar Ahli Kitab menginginkan agar mereka dapat mengembalikan
kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman...."
al-baqarah : 109

TERUSIK KAH ENGKAU?
Jika saban hari engkau mendegar kalam Allah, sedang engkau sedikit pun tak terkesan, tak takut dan tak mengambil pengajaran? Atau hati kau sudah tuli dan mati?

"sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebutkan
nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-
ayat-Nya, bertambahlah iman mereka ...."
al-anfaal : 2

" sesungguhnya kamu melalui tingkat demi tingkat (dalam kehidupan). Mengapa
mereka tidak mahu beriman?. dan apabila Al-Quran dibacakan kepada mereka,
mereka tidak bersujud,"
al-insyiqaaq : 19-21

MENYESAL KAH ENGKAU?
Cakap saja beriman pada Yaumul Qiyamah, sedang urusan seharianmu, peri lakumu, ibadatmu, pergaulanmu lansung tak mencerminkan apa yang kau kata pun!!

"Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasakan dirinya cukup, Serta mendustakan
pahala yang terbaik, maka kelak Kami akan menyiapkan baginya (jalan) yang sukar"
al-lail : 7-10

" ... berikanlah peringatan kerana peringatan itu bermanfaat, Orang yg takut (kepada
Allah) akan mendapat pelajaran, Orang yg celaka(kafir) akan menjauhinya."
al-a'laa : 9-11

" Sesungguhnya orang-orang yg berdosa, adalah mereka yg dahulunya (di dunia)
mentertawakan orang-orang yg beriman"
al-muthaffifin : 29


" Apabila langit terbelah . ........... . Maka tiap-tiap jiwa akan mengetahui apa yg telah
dikerjakan dan yang dilalaikannya."
al-infithaar: 1, 5

*******

" dan Dialah yg menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan memaafkan
kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yg kamu kerjakan"
as-syuraa : 25

ya penulis,
pukul! pukullah hatimu!
menangis! menangislah hatimu!

Sunday, June 04, 2006

musafir #1

minggu lepas aku berjalan jauh ...baik punya.


sedikit latar belakang:
road trip kali ni berdestinasikan...
melbourne>sydney>newcastle>canberra>melbourne



durasi musafir : jummaat - ahad , 26 mei-28 mei

persediaan : ilmu bermusafir, iman yg perlu dimantapkan, hati yg perlu dibukakan, mata yg perlu dicelikkan

logistik : Ford Territory(unta kami kali ini), sleeping bag,makanan

misi dan objektif kali ni adalah pelbagai. secara am-nya, merasai hidup bermusafir secara islam, bak kata akhi ,"bila kita berjalan baru kita kenal diri kita(perangai)" dan juga untuk bertemu,berkenal,bermesra,berukhwah dgn sahabat2 se-akidah dekat sekitar Aussie nih. secara peribadinya... mm, banyak dan bersifat peribadi. *sebenarnya masih kabur, ingin membiarkan hati kosong dan melihat dan menilai apa sahaja yg bakal ditempuh. tuangkan gelas air di hati

1. melbourne ke sydney

bertemu di wills court. lebih kurang pukul 9 pm, akhi tiba dgn Ford Territory. mula2 terkejut gak, besor nye, hehe. igtkan naik van jer... sumbat semua dalam "unta" tu, kami pon berderas ke sydney. malam tu aku dok kat seat yg blakang skali, hehe economical class. sedikit penenang hati sebelum berangkat:

Allahumma bika asra'iinu wa 'alayka atawakkalu. Allaahumma dzallil lii shu'uubata amrii wa sahhil 'alayya masyaqqata safarii warzuqnii minal khayri aktsara mim maa athlubu washrif ' annii kulla syarrin. Rabbisyarahlii shadrii wa yassirlii amrii. Allaahumma innii astahfizhuka wa astawdi'uka nafsii wa diinii wa ahlii wa aqaaribii wa kulla maa an'amta 'alayya wa 'alayhim bihi min aakhiratin wa dun-yaa, fahfazhnaa ajma'iina min kulli suu'in yaa kariimu, da'waahum fiihaasubhaanakallahumma wa tahiyyatuhum fitha salaamun, wa aakhiru da'waahum 'anil hamdu lilaahi rabbil ' aalamiiina, wa shallallahu 'alaa sayyidinaa muhammadin wa'alaa aalihii wa shahbihii wa sallama.

Ertinya : Ya Allah, aku memohon pertolongan-Mu dan kepada-Mu aku menyerahkan diri. Ya Allah, mudahkanlah kesulitan urusanku dan mudahkanlah kesukaran perjalananku, berilah buatku rezeki yang baik dan lebih banyak dari apa yang kuminta. Hindarkanlah dariku segala keburukan. Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah segala urusanku.
Ya Allah, kumohon pemeliharaan-Mu dan kutitipkan diriku kepada-Mu, agamaku, keluargaku, kerabatku dan semua yang Engkau nikmatkan padaku dan kepada mereka, semenjak dari akhirat dan dunia. Peliharalah kami semua dari keburukan, Ya Allah Yang Maha Mulia.

perjalanan malam, so takde ape sgt yg perlu dilihat. lagi semakin jauh dari melbourne, semakin lengang pemandangan, gelap gelita, sesekali kabus di jalan jadi teman. peluang di ambil utk kenal akhi dgn secukupnya...oooo, org jowo rupenye, jowo kelang...hehe, bagus2...perbincangan kami sekitar isu org jowo,pengajian di uni dan mengenal diri masing2...tak sampai pon lama naik "unta" tu, aku pon tertidor (takde bakat jadik co-pilot btol)

lebih kurang pukul 3 pagi, singgah sebentar dekat stesen petrol (tak pasti nama tempat tu, yg pasti dekat dgn murrumbidgee river) . pertukaran pemandu berlaku...haa, aku jadik co-pilot dan ladha masa tu jadik pilot. bertolaklah kami meneruskan saki baki perjalanan. estimasi waktu tiba ialah awal pagi sabtu. ... sampai di outskirt of sydney, kami berhenti utk sembahyang subuh dan mengambil peluang bersarapan. masa tu roti bi-lo, jem strawbery, sardin dlm tin pon nampak sedap gile. usai makan, terus bergerak ke sydney dgn dimulai dgn almasuurat dlm kereta. terasa basah dan hening di hati.

sampai di sydney lebih kurang 8 pagi, kami terus ke rumah sahabat.sesi ta'aruf yg panjang tapi 'hangat' berlaku, hehe. banyak yg ditahu dan banyak yg diberitahu. isu-isu berkisar tentang perbandingan suasana di melbourne dan sydney.

benarlah kata akhi, kita tak kenal bagaimana elok atau cacatnya rumah kita selagi kita tak keluar dari rumah kita." rumah" dlm konteks kali ini mungkin merujuk pada usaha org yang menyeru pada yg benar,menidakkan yg batil atau mungkin juga biasan imej diri kita. ambillah mana yg suka berkenan di hati. apa yang aku dpt rumuskan dari ta'aruf kali ni:

  • pertemuan kerana Allah ,perpisahan kerana Allah dan persahabatan kerana Allah terlalu banyak nilainya. dan percayalah, pertemuan kerana Allah tak diisi dgn bicara2 kosong,lagho dan melalaikan.
  • terbit rasa kesedaran betapa kita tidak boleh merasa senang selesa dgn keadaan yg ada. merenung kembali pada sejarah, bagaimana kerajaan abbasiyyah disungkurkan dgn hina oleh bangsa yg secara relatifnya, juga hina, sedang pada waktu itu,kita menguasai dua pertiga dunia.
  • sedarlah diri bahawa 'jalan' yg ditempuh ini mmg lama, mmg pahit, mmg susah, tapi pastinya akan boleh berlaku. kita tidak boleh mendesak kerana Allah yg pegang hati manusia-manusia ini. dan fikrah yg ada pada diri insan bukanlah utk dibanggakan,dimegahkan tetapi untuk dikongsikan.

usai sesi ta'aruf , program seterusnya lebih berkisar pada aktiviti-aktiviti makan,bersembang dll. petangnya berkunjung ke rumah petronas students' advisor dan melawat ' siput berhala '(merujuk kpd Sydney Opera House) , wahahaha...adeke patut, hehe,tp tu la nama yg diberi oleh akhi . agaknye betula kot, hehe....

malamnya, perjalanan diteruskan ke newcastle. di dlm hati teringatkan sahabat2 di sydney...kuatkan hati antum semua! ana menyokong di belakang saf antum!

2. sydney ke newcastle

tiba di newcastle dah larut mlm, sesi ta'aruf dimulakan...seperti biasa, input-input dan entri yg diterima berlainan, kerana suasananya berlainan( of course, apela aku ni). apa yg terlintas dlm benak aku ni, sahabat2 di newcastle ni, mcm nak kate, mcm seperated and isolated. bukan la newcastle ni tak best, best je. cuma apenye, susah nak diterangkan, dtgla ke newcastle sendiri, tak rugi!!

rumusan dari sesi kali ni? hmm, kebanyakannya menegaskan apa yang diterima di sydney dan mungkin juga:

  • bila wujudnya suasana islamik, bi'ah islamiyyah, dan setiap individu dlm komuniti itu mantap peribadinya, secara tak lansung semua benda dan keputusan yg dibuat dlm komuniti itu pasti jelas matlamatnya, berfaedah, dan timbul rasa manis bekerja dlm jemaah

pastu kami makan!! hehe, rupe-rupenye org newcastle ni pandai-pandai masak. betul... mmg sedap. pastu aku sembang2 jap dan tido kat bilik muhammad huda. penat sgt sampai tak sembang banyak.

3.newcastle ke canberra

lepas subuh hari ahad, kami bertolak ke canberra. aku jadik co-pilot merangkap pembaca peta. baru 1st time ni...terbuat jugak la error, haha, mintak maaf lah yek, bak kata adha, yg ni pun tarbiyah jugak..takpe, ambil pengalaman sebelum winter trip nnt.

tiba di canberra lebih kurang pukul 3. straight ke Australian National University. apa yg aku dpt aku ringkaskan(pengajaran)dari sesi kali ni:

  • umat islam perlu peka pada isu masyarakat islam , sifat inquiri pada fakta yg sahih perlu tinggi. media massa mungkin boleh diputar sesuka hati oleh pihak-pihak tertentu.
  • dan apa yang kita terima ini perlulah diambil pengajaran, dibuat sebagai peniup semangat utk kita terjemahkan dalam amal kita. jika tidak mcm la dgr cerite kosong je.

hmm, kat sini jumpa sahabat2 intec dulu...hehe , eizaz ...rambut ko, panjang siot...haha...

petangnya kami terus berderas balik ke melbourne . aku banyak diam sebab mase tu masih muhasabah dan koreksi diri utk mana yg perlu diubah,dibuang,dikemaskinikan,dihiaskan. perjalanan balik aku penuhi dgn bermenung,makan dan bacaan alquran.antara ayat2 yg mungkin menjadi tema aku sepanjang bermusafir ini:

bismillahirrahman-irrahim..

  • "apakah kamu tidak melihat,bahawasanya Allah menurunkan air dari langit,lalu jadilah bumi itu hijau?sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui" (22:63)
  • "dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tidak juga beriman?"(21:30)
  • "dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung"(17:37)
  • "sesungguhnya Tuhanmu,Dialah yang Paling Mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya;dan Dialah yang Paling Mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk."(68:7)
  • "sesunggunya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."(94:6)

sadaqallahul'azim...wallahua'alam..

Tuesday, May 02, 2006

an end, a new beginning...



kekurangan isi/isu, ketandusan idea nak diperah,kurang terkesan...

hmm, mungkin ni la sebab aku stop ber'blog'. biarla, tu dulu...