Sunday, April 28, 2013

New Life



ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخي

Rabbi yasir wala tu'asir, Rabbi tamim bil khayr.



Dear beloved child, Ummi and Abi shall be waiting.

Saturday, April 06, 2013

Pangkah


Kepada yang akan mengundi pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti; 

Undilah calon berwibawa!


Berbincanglah dengan baik, ikhlas, terang dan nyata.

Berhenti sejenak, berfikirlah dalam-dalam dan luas-luas. 

Mohonlah petunjuk pada Tuhan.



.

Tuesday, April 02, 2013

Antara benua

Aku masuk ke sekolah berasrama sejak umur 13. Maknanya, sejak umur 13 hingga 26 (tahun ini), aku belum lagi punya 'rumah' yang tetap.

Sejak umur 13, aku dah terbiasa untuk tidak mengumpul barang-barang yang sukar dibawa pindah. Barang-barang kepunyaan aku biasanya ringkas dan asas; boleh di-pack semuanya dalam dua backpack deuter dlm masa sejam.

Aku masih ingat lagi, waktu form 5, aku boleh survive dengan sehelai baju uniform putih dan sepasang seluar hijau shj untuk sepanjang tahun ( aku basuh tau!).

Dan aku juga sudah terbiasa untuk mengucapkan selamat tinggal dan berpisahan dengan orang, benda atau tempat yang disayangi.

Semua ini sebab banyak bergerak, dan banyak berpindah. Tak sempat hendak sesuai atau mesra dengan sesuatu tempat, dah kena berpindah ke tempat yang lain.

Tapi,

Lain rupanya perasaan meninggalkan isteri yang baru shj dinikahi selama seminggu untuk berbulan-bulan lamanya. Lain rupanya perasaan meninggalkan isteri sampai sebenua jauhnya.

Moga tabah hati tak berbelah bagi.

Buat isteriku yang ku sayangi,
Cukuplah Allah SWT bagi kita..