Saturday, April 24, 2010

Abstrak & Konkrit

Abstrak dan konkrit, ruhani dan jasmani, idea dan praktikal, seni dan sains...

Aku rasa, kedua-duanya saling memerlukan. Tak boleh berat sebelah. Kalau terlalu lama di alam abstrak, akan jadi syok sendiri, dan khayal. Kalau asyik dalam konkrit, jadi beku dan sukar mencari arah tuju.

Dan perjuangan - struggle - ialah untuk menyeimbangkan antara kedua-dua ini. Pengalaman perjuangan itulah yang mengajar erti kedua-duanya. Belajar dari kesilapan dan meraikan kejayaan.

Dan letaklah niat pada yang Satu, yang Tertinggi.



Manisnya hidup dalam keredhaan. =)

Tuesday, April 20, 2010

The Myth of The Lazy Native

Setelah selesai melaporkan kes-kes kepada Dr. J, aku bergegas ke Plaza Angsana. Hajat di hati ialah untuk melihat dua buah buku yang dah lama ingin aku beli.

Buku-buku itu adalah Naratif Ogonshoto dari Dr. Anwar Ridhwan dan Salina karya Datuk A. Samad Said.

Sebenarnya aku ingin beli satu sahaja, tapi, seperti biasa, bila ada lebih dari dua buah buku dalam fikiran, keputusan hanya akan aku buat bila sudah betul-betul berada depan buku-buku itu.

Biasanya, aku akan kumpul buku-buku itu semua, duduk di satu ceruk, dan 'hidangkan' depan mata. Dan duduklah aku berjam-jam untuk buat keputusan 'yang mana satu pilihan kalbu'. Aku jarang beli lebih dari satu buku sekaligus, sebab was-was jika keputusan itu didorong oleh nafsu semata-mata. Biasanya aku pujuk hati dengan kata-kata 'habiskan yang ini dahulu, lepas itu beli yang lain pula'.

Tapi, sepertimana lazimnya aku, buku yang akhirnya dibeli kadang-kadang tidak ada dalam senarai pun!

Contohnya seperti tadi.

Aku melangkah keluar dengan sebuah buku dari Allahyarham Prof. Datuk Dr. Syed Hussein Alatas bertajuk The Myth of The Lazy Native. Itu pun setelah menghabiskan hampir sejam setengah memilih antara buku ini dengan Intellectuals in Developing Societies (dari pengarang yang sama).

Sedikit tentang buku ini: Buku ini adalah satu analisis Allahyarham untuk merungkaikan kedangkalan semasa bangsa Melayu (di Nusantara) dalam kerangka sejarah dan sosiologi. Turut dimuatkan adalah kritik beliau dalam peranan golongan intelektual dan budaya ilmu yang tidak 'membuahkan hasil/asli/berkembang'.

Pada Allahyarham, kemunduran-kemunduran ini - baik dari segi ketidakjituan ilmu, kejumudan tasawur/worldview, idea yang tidak kritis dan authentic, kebebalan sesetengah ahli akademia - boleh dihimpunkan di bawah satu tajuk besar iaitu 'the captive mind' - minda tertawan.

Walaupun bunyinya macam kering, tapi penulisan Allahyarham yang begitu sharp, critical dan kadangkala sinis - ada satu bahagian bertajuk 'bebalism' (ke'bebal'an dikalangan intelektual) - membuatkan aku seronok membacanya.

Semoga keseronokan ini dapat menjadi sesuatu yang berguna kelak, harap-harapnya.

Sebab aku ingin jadi pokok yang berbuah, InshaAllah. =)

Doakan, kawan-kawan.

Sunday, April 18, 2010

Manusia padang pasir

Tulisan aku kali ini agak abstrak dan berserabut Lebih kepada monolog dalaman. Maaf kalau membuang masa para pembaca. Tapi, aku perlu tulis, aku rasa.

***

Kanak-kanak pertama memeluk Islam, kaya dengan ilmu pengetahuan, sederhana dalam pembawaannya, wise, pendiam, sabar, handal bermain pedang, berani...

Dia adalah Saidina Ali bin Abi Thalib RA.

Dia adalah manusia padang pasir.



..dan aku adalah Fitri Ezwan, seorang Melayu.

Jujurnya aku tak tahu bagaimana hendak menghubung-kaitkan antara dua manusia ini. Titik persamaannya barangkali tidak ada.

Kecuali satu, aqidah... itupun, ya, begitu berbeza.

Tapi apa yang aku tahu, aku ingin jadi sepertinya, dan pada masa yang sama aku tetap aku. Bagaimana mungkin... seorang Melayu takkan mungkin menjadi seorang Arab. Manusia tropika tidak sama dengan manusia padang pasir. Keris/katana tidak sama dengan Zulfikar.


Apabila diduga, makin lama, imej yang ingin dibela makin pudar, dan fitrah diri makin tegas.

Akhirnya, seperti dijangka, berakhir dengan kekecewaan dan frustration.

Tapi, aku ubat kehampaan ini dengan penawar hati; bahawa semua ini pasti ada hikmah, bahawa aku perlu tabah, dan aku perlu kembali kepadaNya.

Moga kekal...

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. al-Baqarah 2:216

Ibrahim berkata: "Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhan-nya, kecuali orang-orang yang sesat." al-Hijr 15:56.




Daijobu... ya Ana?

Friday, April 16, 2010

Batman 2

Jadi, sekarang secara rasminya aku penghuni solo N20, Jalan Mustaffa. Lone-Ranger di rumah 4 bilik, 2 bilik air, satu dapur, satu stor dan halaman yang hijau.

Ada yang dah sampai ke Australia, ada yang bakal ke Hospital Serdang dan Hospital Grik, ada yang masih di Pulau Pinang.

Aku pula akan ke posting Paediatric/Kanak-kanak selepas ini. Buat masa sekarang aku masih lagi tidak berminat nak 'melihat' kanak-kanak. Tengoklah macam mana nanti.

Brake-pad kereta aku rasanya sudah perlu ditukar ganti. Beberapa hari lepas aku hampir terbabas dalam hujan, brake tak 'makan'. Tengah berkira-kira untuk masih kekal dengan jenama Bosch ataupun Bendix MetalKing. Ataupun Mintex.

Entah kenapa aku rasa high pula dengar tayar screeching, tersenyum selepas insiden itu, astaghfirullah-al 'azim...

Sejak akhir-akhir ini aku sering terfikir pasal kematian. Entah kenapa. Kalau dalam sehari, kadang-kadang tergetus soal mati, betapa kesia-sian hidup selama ini, kehampaan pada diri dan sebagainya. Mimpi pun kadang-kadang berkisar soal kematian.

Kata Amin, menurut hadis, orang yang berfikir pasal mati adalah orang yang bijak. Aku diam sahaja, itu benar...jika disertai dengan amalan yang mempersiapkan diri untuk hari itu, tapi bila aku renung semula hidupku...entahlah.

Kata kaunselor pula, kematian tidak mendatangkan apa-apa, tidak menyelesaikan masalah pun, bahkan memperpanjang masalah.

Kata kaunselor lagi, aku perlu belajar memaafkan diri, menerima diri seadanya. Menerima hukum alam bahawa hidup sekejap di atas dan sekejap di bawah.

Kata ustaz, jangan fikirkan sangat dan membiarkan diri larut dalam lautan masalah. Susah nak melihat dengan jelas kalau fikiran bercelaru.

...rumusannya, carilah kekuatan.

Mungkin dari ini...
pyaar

Friday, April 09, 2010

Batman

I woke up every morning with the feeling of vengeance.

It's my only source of energy for the past few months.

It's the sole energy that drives me forward, propels me through the day, keeps me functioning.

But vengeance is not a healthy source of energy.

At this rate, I will disintegrate into speck of dust, sooner or later.

I wish that the Time will tick a little bit faster, as the healing process is taking its own sweet and long time at the moment.

Monday, April 05, 2010

the 'unusual' makmum

Tengahari tadi agak sibuk.

Sibuk maksudnya tak sempat untuk makan tengahari, solat Zuhur dalam keadaan tergesa-gesa, dan kena masuk balik ward dalam 5-10 minit.

Memang dah tak sempat untuk ke surau, jadi aku ambil keputusan untuk solat di suatu penjuru di ward lelaki L3, Hospital Permai, Tampoi (di mana aku akan berada untuk 5 minggu lagi).

Sudut ini memang dikhaskan untuk pesakit solat; ada tabir biru, dan ada satu sejadah yang dah usang. Biasanya staf solat di surau/masjid, sebab persekitaran di ward agak bising, ataupun tak boleh nak concentrate.

Rasanya ketika takbiratul ihram, aku solat seorang sahaja, tapi selepas salam terakhir, aku sedikit terkejut apabila ada satu saf makmum belakang aku.

Makmum-makmum yang terdiri daripada pesakit-pesakit mental. Posisi mereka semua berbeza-beza; ada yang bersila, ada yang duduk tahiyat akhir, ada yang berdiri, ada yang head banging dsb..

Itu tak mengapa, tapi yang menggelikan hati aku ialah ada seorang Cina antara mereka! Celah mana datang apek ni?

Aku kenal apek tu, memang non-muslim.

Dan sewaktu aku 'mengimami' bacaan doa, apek tu lah yang paling beriya mengaminkan doa! "amin...amin...amin..." muka khusyuk dan penuh tawadu'. Nak tergelak pula aku.

Lepas habis aku tanya, "apek muslim?"

"tak lah, saya percaya semuaaa agama, Tuhan 'Alah' saya ada semayang, Tuhan Mary ada, Shiva ada bla bla bla..." dan dia demonstrate cara-cara sembahyang untuk semua 'tuhan-tuhan' itu!

Sah schizophrenia!

Salam 1Malaysia ;)