Friday, October 03, 2014

Bas lama.

Ini gambar bas sekolah aku.

Nampak sahaja macam ini, tapi setakat Teluk Intan - Perlis, naik Cameron Highland fully loaded with passenger + camping equipment, panjat bukit Mozac, selamba sahaja.

Tak goyang.

Old is gold, kata mat saleh.

Aku harap benar bas ini tak dilupuskan, walaupun sudah uzur kelak. Kalaupun sudah tidak road-worthy nanti, simpanlah untuk kenangan dan pengajaran buat anak-anak SEMESTI kemudian hari.

Hanya jauhari mengenal manikam.