Wednesday, February 27, 2013

Cliché

... tapi nak cerita juga.

Lepas goreng ayam untuk lunch/dinner tadi, tangan terkena tungku dapur yang masih tengah panas.

Pedih. Sakit. Terbakar sikit kulit.

Entah macam mana, terlintas dalam hati ' Siksa api neraka kelak, entah bagaimana. Sanggup?'

Astghfirullah. Beristighfar panjang aku.

Wednesday, February 20, 2013

The Rise of Budi

Ingat entri Budi & Budi: Revisited ?

Terung dah banyak yang berbuah. Kalau tengok bentuk, macam terung bulat.




Terung Putih


Cili Padi.



Tomato. Lagi.



 Adat dunia; tiada yang kekal selamanya.. Yang muda akan tua, yang cantik akan hodoh, yang hidup akan mati. Hikmah!

*Maaf kualiti gambar kurang memuaskan. Kamera handphone shj..



Alhamdulillah.

Sedar tak sedar, lagi 4 minggu hendak walimah. Moga dipermudahkan segalanya. 

InshaAllah. Jemput datang semua nanti!



Oh mama! Saya mahu kahwin.. ~ Blues Gang.

Monday, February 11, 2013

Arus Baru

PRU ke 13. 

'A plague on both your houses!' -  Mercutio

Act III, Scene I. Romeo & Juliet by W. Shakespeare.


.

Tuesday, February 05, 2013

Walimatul Urus


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaykum dan Salam Sejahtera


Dengan penuh rasa rendah diri dan kesyukuran kepada Allah S.W.T, kami ingin menjemput tuan/puan ke walimatul urus kami:

Mohd Fitri Ezwan bin Ahmad Baki & Siti Saliza Binti Mat Sagar

_______________________________________________________

WALIMAH PEREMPUAN

Hari: Sabtu, 23 Mac 2013
Masa: 11.30 pagi - 4.00 petang
Tempat : No. 6 Laluan 14, Taman Chepor Impian, 31200 Chemor, Perak Darul Ridzuan

Google Map: Search 'Laluan Chepor Impian 14, Taman Chepor Impian'


WALIMAH LELAKI

Hari: Ahad, 24 Mac 2013
Masa: 11.30 pagi - 4.00 petang
Tempat i: No. 1, Jalan Mas 2/1, Taman Mas 2, Kampung Koh, 32000 Sitiawan, Perak Darul Ridzuan

Google map: Search 'Jalan Mas 2/1 Taman Mas 2, Sitiawan'

Semoga kehadiran semua membawa keberkatan, keredhaan Allah SWT dan diberikan kebaikan buat pengantin dan sekeluarga

Sunday, February 03, 2013

Tiga


Tahun ini aku berazam untuk dapat tiga sijil. Satu daripadanya, Alhamdulillahi ta'ala, dah dapat.

Lagi dua.

Yang pertama, General Medical Practitioner Certificate, atau roughly equivalent to Pendaftaran Penuh KKM di Malaysia. (daripada Provisional Registration/Pendaftaran Sementara)



Yang kedua dan ketiga, kita tengok macam mana nanti.


Saturday, February 02, 2013

facade

Dunia itu membelenggu. Nafsu itu menghambat. Kegelapan itu menyelimuti. Cahaya itu menembusi.

Malanglah jika kita masih tertipu bahawa nikmat dunia itu bisa menghadirkan ketenangan hati.

Benarlah, mainan iblis dan syaitan adalah tipu-daya.

Tipu yang akhirnya menghasilkan sebuah daya.

Sebuah daya yang bisa menjerumuskan kita ke lembah kehinaan.

Moga dijauhkan.

Batang tubuh yang kecil, mujahadah-lah.

Kerana yang rugi nanti, yang itu-itu jua.

Kerana yang menangis nanti, yang itu-itu jua.




@on board A330  at 36,000ft above sea level.