Friday, August 31, 2007

Merdeka

Maraiisia-no dokuritsu

Wednesday, August 22, 2007

dari hati


Bila kau memandang
dari Tuhanmu yang menciptakan segalanya
yang menimpakan ujian
yang menjadikan sakit hatimu
yang membuatkan keinginanmu terhalang
serta menyusahkan hidupmu
pastilah damai hatimu
kerana masakan Allah
sengaja mentakdirkan segalanya
untuk sesuatu yang sia-sia
bukan Allah tidak tahu derita hidupmu
retak belah perasaanmu
tapi mungkin itulah kemahuanNya
kerana Dia tahu
hati yang sebeginilah
selalunya lebih lunak
mudah untuk akrab
dekat denganNya!

melbourne, tahun lepas =)

Friday, August 03, 2007

Orang muda lembah Cameron!

diam...anak kecil lembah Cameron ingin berbicara


lihat di sini,
aku membesar dengan segar!
di sini aku berdiri dengan tegar
menyaksikan subuh yang tidak pernah luntur
menikmati senja yang kini kian membosankan


lihat..
awan nipis mula menyeliputi lembah dingin
lembah Cameron; lembah segalanya
aku masih ingin berlari dlm kedingin itu!
aku masih... penat meredah kabus


angin..
dakaplah aku dengan lebih mesra
lebih dekat lagi!
aku lemas dalam kesedihan ini
aku menangis dengan hati yang lirih

kawan..
apakah kau bisa mengerti,
tentang asyiknya rasa rindu ini?
(*penulis tersenyum sinis seketika, lucu!)
kita memang berbeza dalam semua
kecuali cinta kita