Pages

Monday, August 31, 2009

Leibniz

Gottfried Wilhelm Leibniz adalah seorang ahli matematik berbangsa Jerman yang terkenal sebagai ilmuwan yang serba boleh. Minat beliau tidak tertumpu semata-mata kepada bidang matematik, malah, lebih dari itu, menjangkau ke bidang falsafah, linguistik, teologi dan juga agama.


Antara adikarya ahli matematik itu ialah differential and integral calculus dan beberapa teori dan hukum fizik seperti dynamics.


Leibniz dibesarkan pada sekitar pertengahan abad ke 15. Pada ketika itu, kepesatan ilmu matematik dan juga cabang-cabang sains didominasi sepenuhnya dalam bahasa Perancis dan Latin. Leibniz memulakan persekolahan dan juga alam universiti dalam suasana masyarakat Jerman yang ta’asub kepada bahasa-bahasa itu. Malah, kebanyakan karya-karya matematiknya dinukilkan dalam bahasa Latin. Penguasaan bahasa-bahasa itu dianggap sebagai lambang status, lambang keilmuan.


Sekitar lewat 1670-an, minat Leibniz dalam bidang bahasa mula berputik dan beliau memulakan beberapa siri kajian dalam bidang itu. Leibniz beranggapan bahawa fungsi bahasa bukanlah semata-mata communication; ianya juga turut menyimpan khazanah ilmu pengetahun bangsa yang menuturkannya.


Dengan kata lain, menurutnya, ‘a more developed language is therefore a sign that greater levels of knowledge have been collectively achieved’.


Hasilnya, beliau berpendapat, terdapat keperluan mendesak untuk mengetengahkan bahasa Jerman, jika mahu bangsa Jerman dilihat sebagai salah satu daripada peneraju ilmu sains dan teknologi utama dunia. Menurut Leibniz dalam penulisannya ‘Einige patriotischen gedanken’ (A patriotic thought )




“I am of the opinion that nations that develop and perfect their languages thereby have a great advantage in sharpening their intellect. For one must affirm that words are not only signs with which we can reveal our intentions to others but also signs with which we can speak with ourselves, in our interior, and consider what experience shows...


When striking or well-differentiated words a common in a language, many good thoughts and insights are, as it were, available to the mind”




Menurutnya lagi, agak sukar untuk bangsa Jerman untuk menemukan penemuan-penemuan dan ilmu-ilmu baru, yang authentic untuk bangsa Jerman, jika mereka hanya kekal dalam bahasa Latin/Perancis. Apa yang sedang dan bakal berlaku hanyalah terhad dalam acuan Latin/Perancis semata-mata.


Gesaan yang sama turut disuarakan dalam penulisan-penulisan beliau yang berikutnya, seperti Ermahnung an die Teutschen, ihren Verstand und ihre Sprache besser zu üben.


Malangnya, pendapat-pendapatnya dipandang sepi oleh kebanyakan elit Jerman. Ada yang beranggapan bahawa bahasa Jerman tidak mampu menjadi bahasa ilmuan, hanya sesuai sebagai bahasa tempatan.


Bantahan terhadap gagasan idea Leibniz sebenarnya memang berasas. Tatabahasa bahasa Jerman ketika itu sangatlah tidak tersusun, dan perbendaharaan kata-katanya amat terhad. Tanpa ada disiplin dan piawai dalam penggunaan bahasa, mana mungkin bahasa itu sesuai untuk diangkat martabatnya sebagai bahasa ilmu.



Menyedari kekurangan itu, beberapa cendekiawan yang bersetuju dengan Liebniz memulakan beberapa kajian dan cadangan untuk memperkasakan semula bahasa Jerman. Segala kekurangan perlu dibaiki, dan bukannya setakat dikesali dan diratapi.



Di hujung kajian itu, mereka mengusulkan beberapa perkara kepada kerajaan Jerman, seperti:

1. membakukan bahasa Jerman dengan menyusun tatabahasa dan istilahnya,
2. menyebarkan bahasa Jerman kepada seluruh rakyat Jerman,
3. menjadikan bahasa Jerman sebagai bahasa pengantar di sekolah dan universiti,
4. menggunakan bahasa Jerman sebagai bahasa pentadbiran negara,
5. menjadikan bahasa Jerman sebagai bahasa komunikasi umum dalam semua bidang dan peringkat.




Hasilnya, pada tahun 1748 terbitlah Grundlegung einer Deutschen Sprachkunst (Foundation of a German literary ) yang ditulis oleh Johan Christoph Gottsched.


Malangnya, Leibniz tidak sempat menikmati hasil ‘kerja’nya itu. Beliau tidak sempat melihat bangsa Jerman bangkit sebagai kuasa utama teknologi kejuruteraan dan permotoran dunia.


Siapalah rakyat Jerman ketika itu, termasuklah Liebniz, yang dapat menyangka, pada suatu hari nanti, 5 jenama gergasi dalam bidang automotive di dunia datangnya dari Jerman.


BMW (Bayerische-Motoren Werk, Perusahaan Automobil Bavaria), Mercedes, Audi, Volkswagen (Folks Wagon, Kereta Rakyat) dan Porsche.


Siapalah rakyat Jerman yang dapat menyangka, nama yang begitu ringkas punya nilai komersial yang tinggi dan cukup gah di arena antarabangsa.




Agaknya, mahukah kita membeli kereta kalau jenama kereta itu ‘Kereta Fitri’? =)

8 comments:

Anonymous said...

Salam Br Fitri,

Sayangnya tiada usaha yang lebih mendalam dibuat untuk menyusun Bahasa Melayu. Walaupun nampak tersusun dan senang untuk dikuasai, tapi tidak cukup "teliti" dalam sesetengah perkataan yang perlu diterjemah. Hasilnya, buku kita menjadi lebih panjang tapi isinya sedikit kerana ingin memendekkan buku itu. Hilanglah nota kaki dan sebagainya dalam usaha memendekkan buku-buku tersebut. Apa yang perlu kita buat?

Sebagai tambahan kepada isi di atas, pemindahan pengetahuan juga menjadi sukar akibat tiada maksud yang jelas dalam Bahasa Melayu.

Mari kita menulis dalam bahasa Melayu dan cuba kita kemudian tulis dalam Bahasa Inggeris. Mana lagi panjang?

Tambahan yang tiada kena mengena, Porsche pernah bekerja dengan Audi dan BMW sebelum memulakan usaha kereta lumbanya sendiri.

Wassalam.

Fitri Ezwan said...

wslm bro. Nasri

Tepat sekali. Apa yang begitu ketara dalam konteks di Malaysia ini ialah usaha penambah-baikan, pemerkasaan dan penterjemahan masih lagi, sefeham aku, di tahap minima dan kurang memuaskan.

Isu utama yang cuba aku ketengahkan ialah; pandai kritik, pandailah bagi alternatif.

Bagi aku, sebagaimana kedaulatan undang-undang adalah penting dalam kemandirian sesebuah negara itu, begitulah juga peri pentingnya undang-undang (tatabahasa) dalam memastikan kelansungan sesebuah bahasa itu.

Tanggungjawab memajukan bahasa ialah terbeban, tak lain dan tak bukan, ke bahu penuturnya sendiri.

Memang, melakukan itu semua bukanlah semudah sekelip mata, namun ia perlu. Bahasa Inggeris menjadi bahasa utama dunia bukanlah dengan sekelip mata. Begitu juga transformasi lingua franca di universiti-universiti di Eropah dari bahasa Latin ke bahasa Inggeris bukanlah setahun dua.

Kerja-kerja ini perlu memakan masa dan dikawal selia dengan rapi, jika ingin memastikan kualiti benar-benar memuaskan.

Terima kasih! =)

Anonymous said...

panjangnya komen atas. ni.

heh.

kereta jenama fitri?
hehe.
kalau betul ada kan,
lepastu takde orang nak beli.
takpe2.
aku tetap beli.

:P

-shakinah yang malas login-

Anonymous said...

Audifitri?
lebih komersial.

hakim
malas login jugak.

soleil m said...

audifitri?

Fitri Ezwan said...

salaam

to shakinah:
=)

to bro hakim:
=) juga..

to suria:
=) juga...

Anonymous said...

balas balik

:)
:P
:D
;B

haha

Anonymous said...

salam bro..

kereta fitri?..
x berani nk cakap malaysian akan beli or x..kita pon tau malaysian sgt mengagungkan brgn luar yg katanya lagi branded and etc..tgk je kempem belilah brgn butan malaysia..seolah-olah dipandang sepi..cnth plg simple..antara coco crunch dan satu lagi bijirin just like coco crunch but i cant remember the brand(see,even me cant remember,huhu) malaysian prefered to choose coco crunch..another example,ada ke malaysian yg nk beli brg brand giant?..mmm..

another issue..
adakah dlm kalangan kita yg semangat untuk perjuangkan bhs melayu just the way Leibniz fight for his language..mgkin ada,satu dalam seribu..

opinion dari budak baru nk matang..i stand to be corrected..hehe..curi jap :)