Aku sedang dalam proses untuk menghabiskan buku 'Dari Beirut ke Jerusalem', karya Dr Ang Swee Chai.
Karya asal sebenarnya dalam bahasa Inggeris, tetapi yang dapat aku pinjam hanya edisi bahasa Melayu. Tak apalah, next time, InsyaAllah. (Aku, seboleh-bolehnya, suka baca buku dalam bahasa asalnya, kerana masih pristine :D )
Sebuah buku yang menarik, memperihalkan seorang doktor pakar bedah ortopedik yang menawarkan khidmat sebagai sukarelawan perubatan di tengah-tengah konflik perperangan Israel-Lebanon. Turut dimuatkan ialah pengalaman menyaksikan dan menghadapi mangsa-mangsa penyembelihan 'Shabra dan Shatila 1982'.
Rupa-rupanya, pengalaman bersama-sama rakyat Lubnan dan Palestin bukan sahaja mampu menggugah naluri kemanusiaan dan keibuan beliau, tetapi, lebih daripada itu, memaksa doktor itu memikirkan semula ideologi yang kental dipegangnya sebelum ini.
Buku ini mempunyai pelbagai sisi yang menarik untuk dikaji. Pertama, pastinya, sisi kekejaman tentera Israel dan ketragisan perang itu sendiri.
Kedua, bagaimana pandangan seorang Cina Kristian yang selama ini percaya kepada Zionisme, baik dari segi ideologi mahupun operasi ketenteraan, terhadap isu perjuangan Palestin.
Ketiga, dan yang unik tentang buku ini, menggambarkan bagaimana tanpa nilai kemanusiaan, ilmu pengetahuan tidak bererti apa-apa.
Ketika beliau sedang menuntut di medical school, apa yang tergambar di fikiran beliau ialah, tidak ada apa yang hebat sangat menjadi doktor. Hakikatnya, profession ini tidak lebih dari seorang juruteknik, sama sahaja seperti juruteknik jentera ataupun kereta. Bezanya, yang dirawat ialah manusia dan bukannya mesin.
Tetapi, perbezaan itulah sebenarnya yang membawa seribu satu erti 'menjadi' doktor. Bahawa yang dirawati ialah manusia; yang punya sisi emosi dan perasaan.
Kalau prinsip rawatan bergantung hanya semata-mata kepada tanda-tanda fizikal, dan dibantu oleh ujian-ujian diagnostic yang lain seperti x-ray, full blood count, serum electrolyte dll. ; tidak ada bezanya doktor dan juruteknik.
Bukanlah kita mahu mengkelas-kelaskan pekerjaan, tidak, tapi apalah ertinya...
apalah ertinya doktor, yang juga seorang manusia, berfungsi seakan-akan seperti sebuah mesin?
Teringat kata-kata sinis Dr. Jeyarajah '...any donkey can be a doctor, you don't need a genius'
No comments:
Post a Comment