Untuk pengetahuan mereka yang tinggal di bulan selama dua tiga tahun kebelakangan ini, udara politik dan sosial di Malaysia berada dalam keadaan yang paling tidak menentu sejak bermulanya millenium yang baru.
Mungkin aku tidak mahir menganalisis, tapi padaku, tidak ada pihak yang nampaknya seperti mungkin menang atau pasti kalah dalam pilihanraya akan datang. Buat masa sekarang.
Seperti lazimnya, banyak pihak cuba menawarkan perubahan untuk kebaikan.
Dan dikit demi dikit, perubahan telah, sedang dan akan berlaku.
Namun, sekalipun 'perubahan' yang diuar-uarkan telah berlaku, ia tetap tidak bererti jika ianya hanya untuk menutup batang tubuh yang lama.
Biar banyak manapun daun gugur, bau busuk bangkai gajah tetap dapat dihidu juga akhirnya. Itupun jika hidungnya sharp.
Mungkin kerana itu banyak antara belia telah berenang dari tanah mainstream ke pulau indie. Dan mungkin juga ada yang tenggelam terus.
Kerana itu, band-band indie seperti badan bukan kerajaan mula mencetus fenomena. Gerakan-gerakan badan bukan kerajaan mendapat sambutan hangat dan, arguably, antara yang dominan dan berpengaruh dikalangan belia dan mahasiswa.
Sekiranya kita extrapolate graf yang ada sekarang, rasanya puak yang inilah yang beroleh mandat dan punya bargaining power nanti.
Aku percaya, antara sebab yang memungkinkan band-band ini untuk terus meraih sokongan dan menikmati kuasa adalah modus operandinya yang berorientasikan penanaman idea.
Bukannya berpaksikan lanjutan-lanjutan 'budaya' yang ritualistik dan sampah.
Kenapa idea? Jelas, idea adalah air-borne virus. Idea akan memungkin tindakan, tindakan akan memungkinkan perubahan.
Barangkali lebih kurang seperti teori domino
Apa yang aku khuatirkan adalah idea mungkin tidak mampu untuk menentukan, secara keseluruhan, arah tindakan.
Kita boleh menanam benih pokok, tapi tidak mungkin untuk kita jangka arah mana pucuknya, dahannya, rantingnya akan tumbuh.
Mungkin di sini peri pentingnya peranan disiplin dan juga consistency.
Harap-harapnya, idea mampu menjadikan kita lebih terbuka, rasional dan progresif. Dan tidak menjadikan kita - dan ini yang paling aku risaukan - lebih tertutup, emosional dan regresif.
Manusia yang begitu (merujuk yang akhir) biasanya manusia yang curiga terhadap sekeliling.
Prejudis kepada mereka yang tak segolong.
Was-was kepada segala keasingan.
Syak-wasangka biasanya membawa kepada persecution, persecution biasanya berakhir dengan kehancuran.
Mohon dijauhkan Tuhan.
Selamat belajar dan bekerja.

No comments:
Post a Comment