Pages

Saturday, November 20, 2010

Bucephalus

Sejak akhir-akhir ini, Bucephalus agak 'kemalasan'.

Tersengguk-sengguk, terutama sekali pada waktu pagi, lepas bangun tidur.

Selain itu:
  • kadang-kadang meter RPM (revolution per minute) agak lari dari senggatannya secara tiba-tiba.
  • pendikit (throttle) minyak tidak begitu responsif
  • prestasi kuasa terjahan (torque) yang kurang optimum
  • bunyi enjin yang agak 'beralun' ketika tidak bergerak (idle)
Dari simptom-simptom yang ada, diagnosisnya adalah impending fuel pump failure.

Seperti tertera pada nama, fungsi pump itu adalah untuk mengepam minyak dari tangki minyak ke enjin.

Biasanya, tangki minyak untuk kereta ada di belakang (for a reason). Dan pump itu ada dekat-dekat dengan tangki minyak.

Ringkasnya, jika pump ini gagal berfungsi, minyak tidak dipam ke enjin, enjin berhenti berfungsi.

Jika kenderaan anda mengalami gejala-gejala seperti ini, eloklah kiranya anda bersegera mendapatkan khidmat nasihat dari mekanik yang anda percayai.

Jangka hayat pump ini bergantung kepada cara pemanduan. Tapi, secara kasar, pump ini sepatutnya mampu bertahan dalam jangka masa tiga hingga ke lima tahun. Sekiranya terbukti pump ini mengalami tanda-tanda akan rosak semasa pemeriksaan, moleklah jika ianya ditukar.

Anda pasti tidak mahu keadaan di mana enjin anda mati tiba-tiba di tengah jalan, samada di tengah-tengah traffic jam mahupun di tengah-tengah rimba banat.

Satu, upah tow truck mahal, yang kedua dan yang lebih penting; keselamatan anda dan poket anda.








Oh ya, Bucephalus itu nama kereta aku.

No comments: