Tahun depan, ramai sahabatku dari medical fraternity akan memulakan kerjaya. Antara immediate concern golongan ini adalah pembelian aset yang, pada mereka, asas dan fundamental dalam pembentukan keluarga.
Seperti rumah, kereta, perabot dan sebagainya.
Pasti, dalam suasana ekonomi yang makin tidak menentu, keluhan utama adalah harga barang semakin mahal, gaji tak naik-naik. Ditambah pula dengan pelan ekonomi baru yang nampaknya sangat tidak popular dikalangan kelas pertengahan, ramai yang merasakan bahawa kebajikan golongan ini seperti tidak dipedulikan lagi. Agaknya, mungkin hati pelancong asing dan penggemar pakaian dalam lebih diutamakan.
Kita tinggalkan sebentar perkara ini.
Kemerosotan nilai semasa mata wang dollar Amerika Syarikat, menurut Pengurus Kanan Kumpulan TA Investment Bhd., Alsetdek Al Haj Ali, sepatutnya membawa kepada kenaikan nilai mata wang kita.
Dengan kata lain, nilai ringgit sepatutnya naik, secara relatif.
Hal yang sama berlaku pada dolar Australia, yang hingga ke saat aku menulis, nilainya telah melepasi dolar AS.
1 AUD = 1.01223 USD
1 MYR = 0.323645 USD
Jadi, 1 MYR = 0.319757 AUD
Kesan susulan dari kenaikan nilai mata wang adalah meningkatnya kuasa membeli, atau purchasing power.
Ringkasnya, jika purchasing power meningkat, kita sepatutnya boleh membeli lebih banyak barang dengan nilai RM1 sekarang berbanding dulu.
Tapi, semua warga negara Malaysia yang waras tahu, bahawa hal ini tidak berlaku.
Bahkan yang ironilah telah berlaku. Makin hari, makin mahal harga barang.
Karipap di kafeteria hospital pun dah makin mahal. Dulu seringgit empat biji, sekarang tiga biji.
Diagnosis Alsetdek Al Haj Ali kepada punca keadaan ini adalah pincangnya perancangan model ekonomi negara.
Hingga ke saat ini, Malaysia menggunakan harga barangan kawalan dalam indeks inflasi untuk menentukan kestabilan ekonomi negara.
Sepatutnya, menurut Alsetdek, kita gunakan purchasing power. Rasionalnya mudah.
Kerana ianya lebih jitu dalam mencerminkan situasi ekonomi rakyat.
Barangan kawalan adalah seperti tepung, gula, beras dan sebagainya. Betul, ianya barang asas, tapi bagaimana pula dengan barangan rumah yang lain seperti sabun, syampu dan sebagainya?
Untuk hidup di bandar besar seperti Kuala Lumpur (dan Sitiawan), dengan pendapatan purata isi rumah RM 3 000, kita hanya hidup dengan nyawa-nyawa ikan.
Takkan hendak beli tepung, beras dan gula sahaja?
Dan, bukankah jika harga barangan lain semakin mahal, ia akan lambat laun memakan ruang bajet untuk barangan asas juga?
Kalau tumpuan dan usaha diarahkan untuk meningkatkan purchasing power, kesannya akan dirasai dengan lebih menyeluruh.
I think it make sense.
Saranan beliau adalah supaya Malaysia mengadaptasi model ekonomi kebanyakan negara maju.
Contoh, barang yang selalu dibeli, seboleh-bolehnya, direndahkan harga. Turn-over rate yang tinggi akan mampu menanggung kos pengeluaran akhirnya.
Aku rasa saranan beliau wajar dipertimbangkan.
Sebab karipap, kalau dah mahal, mesti tak sedap.
Entah mana datang rasa pahit itu.

No comments:
Post a Comment