Satu; sebab aku pun bercuti semester.
Dua; sebab aku akan masuk ke pedalaman Pahang sepanjang cuti ini.
Kawasannya adalah antara Lebuhraya Karak dan Jengka.
Dapat kerja sambilan sebagai wire-man dengan Telekom Bhd. Spesifikasi kerja adalah untuk memasang electronic jumper di pencawang-pencawang. Sebahagian besarnya adalah di kawasan tanah tinggi dan hutan belantara.
Balik ni kena pergi short-course selama 3 hari dan boleh kerja minggu depan. Mungkin kerja selama sebulan. Jadi sebulan jugalah aku duduk dalam hutan.
Aku rancang, selain daripada barang-barang keperluan ikhtiar-hidup, nak bawa 5 buah buku
Dan juga beberapa buah buku catitan kosong. Manalah tahu, untuk conteng-conteng ke.
Sekali-sekala, mungkin kerana lelah berjumpa orang, teringin juga untuk bersendirian.
I'm very excited!
Aku rancang, selain daripada barang-barang keperluan ikhtiar-hidup, nak bawa 5 buah buku
- Al-Quran
- The Muqaddimah, Ibn Khaldun
- Personal View: An Anthology, British Medical Journal
- Intellectuals in Developing Society, Syed Hussein Alatas
- Naratif Ogonshoto, Dr. Anwar Ridhwan
Dan juga beberapa buah buku catitan kosong. Manalah tahu, untuk conteng-conteng ke.
Sekali-sekala, mungkin kerana lelah berjumpa orang, teringin juga untuk bersendirian.
I'm very excited!
2 comments:
salam~
selamat berinteraksi dengan alam (kalau pengalaman senpai nanti macam yang aku bayangkan).hehe
=)
wslm ana,
ada yang pedalaman, ada yang dekat pekan.
rasanya yang pedalaman mungkin mirip kepada apa yang ana bayangkan.
pokok-pokok, cicak terbang, ular sawa. heheh.
anehnya, nyamuk tiada.
Post a Comment