Keluar-keluar surau, tengok dah tak ada.
Nak kata orang lain terambil, tak juga, sebab tak ramai pun pergi solat di surau tadi. Jadi kebarangkalian tersilap ambil tipis.
Tapi tak mengapa, aku balik dengan senyuman, bahkan ketawa.
Bukan kerana kebangangan pencuri itu yang hanya mengebas Crocs pasar malam aku.
Tidak.
Tapi kerana kesempatan berkenalan dengan seorang brother yang sungguh baik hati memberi pinjam seliparnya.
Kerana kesempatan berkenalan dengan jemaah-jemaah surau dan tok imam yang lain ketika kecoh-kecoh di depan tangga.
Kerana memberikan aku 'lebih' sebab untuk sabar dan berdoa. Ya Tuhan, terangkanlah hatiku menjawab exams esok. Berikanlah aku kejayaan.
Sesungguhnya doa orang yang teraniaya makbul. Makbulkanlah doaku.
Wahai pencuri,
Terima kaseyyyy!
6 comments:
sy tidak pernah kehilangan selipar, tp pernah menyorok selipar kakak semasa kelas mengaji di masjid suatu ketika dahulu
sorok belakang pasu bunga je pon tp beliau pulang ke rumah dgn tidak memakai selipar & emak hanya bertanyakan tentang kecurian itu 3 hari selepas itu :))
anyway, all the best fitri! amin..
cool sgt cerita ni. i'm happy that you're happy. please pray for me too.
hakim
may Allah make ur path easier. Gambate!
Suria, Hakim & ~permata biru~,
Terima kasih, moga Allah memberkati urusan anda juga =)
kini payung saya telah dicuri... mula2 nk marah2, but then bce post ni x jd nk marah2... lebih baek berdoa... mgkin ada hikmahnya... betul x??
deeryQ,
betul, inshaAllah =)
Post a Comment