Baru habis membaca buku ' A Thousand Splendid Suns ' karya seorang penulis kelahiran Afghanistan, Khaled Hosseini. Menarik, mengesankan dan engaging. Kekuatan buku ini, pada aku, terletak pada kekuatan ceritanya dan perkembangan dua watak utamanya; Mariam dan Laila.
Mesej buku ini, kalau pada surface, adalah tentang penderitaan wanita Afghanistan lantaran ketragisan perang; yakni ketika Zaman Revolusi, Zaman Penjajahan Soviet, Zaman Rejim Taliban dan Zaman Pendudukan Tentera AS. Tetapi, sewaktu aku menyelak muka terakhir dalam novel ini, aku insaf akan suatu hikmah ini; bahawa manusia yang keji akan memberi apa sahaja dalil, bahkan agamanya (atau, kadang-kadang, terutama sekali agamanya), untuk merasionalkan nafs mereka.
Itu di Afghanistan. Bagaimana pula keadaan di bumiku?
Aku pejam mata dengan membayangkan imej ini; The proverbial 'menutup bangkai seekor gajah dengan sehelai daun'.
Dan manusia-manusia sekeliling melihat keadaan itu dengan sepasang binokular, menghala tepat ke arah daun itu, dan berkatalah mereka "Sesungguhnya apa yang aku lihat hanyalah sehijau warna daun. Bergembiralah, tiada apa yang perlu dikhuatirkan".
Aku buka mata dengan perasaan jijik dan penuh kebencian.
Marilah kita gerakkan tulang empat kerat ini, kerana banyak lagi yang perlu dibuat.
No comments:
Post a Comment