Surah At-Tahrim, dalam naskah kitab suci Al-Quran Resm Uthmani, merupakan surah sebelum surah Al-Mulk dan surah yang terakhir dalam juzu' 28. Tahrim, yang bermaksud 'Larangan' atau 'Tegahan', telah diturunkan di Madinah dan memperihalkan tentang beberapa perkara; antaranya adalah kisah junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan isteri-isterinya, dan juga isteri beberapa orang nabi dan figura prominent di dalam Al-Quran.
Mahasuci Allah SWT, aku tertarik pada hikmah dalam ayat ke 10 dan 11, di mana Allah SWT memperihalkan tentang isteri Nabi Lut,Nabi Nuh dan Firaun. Aku terpesona akan ketajaman paradox antara kedua ayat ini. Begini:
Dalam ayat ke 10, kita dapat lihat bagaimana isteri kepada hatta seorang nabi sekalipun (Nabi Lut dan Nabi Nuh), telah berbuat kekufuran dan boleh dihumbankan ke dalam api neraka.
Dalam ayat ke 11, kita dapat insafi bagaimana isteri kepada hatta seorang yang paling zalim di dunia sekalipun (Firaun), mampu untuk tetap tunduk dan patuh kepada Sang Penciptanya.
Aku insaf akan realiti ini; bahawa sesungguhnya, jaminan masuk syurga atau neraka bukanlah terletak pada orang atau benda lain; tetapi bergantung semata-mata antara kita dan Allah SWT, secara individu.
Bahawa pasangan dan jemaah dan ideologi yang kita anuti itu sebenarnya bukanlah barang taruhan.

Ya Tuhan, apakah ada sisa amalan yang dapat aku sembahkan padaMu kelak?
#layan lagu Isteri Cerdik Yang Solehah - The Zikr
=)
No comments:
Post a Comment