Aku rasa bertuah kerana sempat merasa dua alam teknologi: dunia analog dan dunia digital, dan fasa transisi antara dua dunia ini.
Aku terbaca satu artikel yang membincangkan tentang syarikat filem gambar utama dunia; Kodak, yang kini berada di ambang bankruptcy. Membaca artikel ini berserta komen-komennya, aku teringat waktu di bangku sekolah dulu; saat-saat penggunaan kamera berfilem dan walkman kaset adalah means untuk berhibur dan menzahirkan diri.
Aku tertarik dengan satu komen. Katanya, orang yang pro teknologi digital menghargai kemudahan dan kesenangan yang dibawa oleh teknologi digital. Misalan, dengan kamera digital kita tidak perlu risau tentang penggunaan filem, tangkap sahaja berapa banyak yang kita mahu, tak suka boleh delete. Dan orang yang pro teknologi analog menghargai elemen ketidak-sempurnaan yang inherent dalam teknologi tersebut, contohnya distortion dalam gambar yang dicetak dari filem atau distortion wave yang muncul dari kasetlah yang menjadikan karya musik dan foto itu terasa pure dan 'mahal'.
Aku merumuskan begini; teknologi digital memberi kebebasan dan takrifan had keupayaan insan yang lebih luas, manakala teknologi analog memberi ruang untuk kita menghargai 'ketidak-sempurnaan' dalam diri dan nilai-nilai insaniah.
Dengan kata lain, harga pada dunia digital adalah kebebasan, dan harga pada dunia analog adalah menginsafi batas-batas insaniyyah.
Mungkin.
Pun begitu, di akhir artikel ini, terbit satu ibrah yang padaku begitu praktikal untuk diteladani.
Keberadaan semasa syarikat Kodak yang diancam kemuflisan adalah kerana, andai betul analisa pengarang artikel tersebut, ketidak-mahuan syarikat gergasi berkenaan untuk berusaha untuk berubah dan menginovasi produk mereka sesuai dengan tuntutan zaman.
Permintaan terhadap karya-karya still-image (imej pegun) seperti foto tetap ada, walau bagaimana pesatnya perkembangan motion picture/movie sekalipun. Yang berubah adalah teknologinya. Perjuangan untuk terus kekal relevan dalam pasaran dunia bergantung kepada keupayaan kita untuk menjangka dan menginovasi produk atau karya kita.
Tentu, bagi mereka lebih kritis, boleh menghubung-kait fenomena ini dengan hal-hal yang lain.
Dalam kehidupan sosial, katakan. Atau dalam agama, mungkin?
Perjuangan untuk terus kekal relevan. Zaman-berzaman.
Mohon petunjukNya.
#Olympus Miu dan Nikon D40x adalah dua model kamera milik aku. Yang pertama adalah model kamera berfilem negatif, dan yang berikut adalah kamera digital refleks berlensa tunggal.
Kedua-dua banyak berjasa. Kedua-duanya merupakan teman setia saat mengembara, baik dalam mahupun luar negara.
Sayangnya, dua-dua kamera sekarang dah rosak. Kalau ada sesiapa yang budiman nak taja kamera baru, molek juga!
Sayangnya, dua-dua kamera sekarang dah rosak. Kalau ada sesiapa yang budiman nak taja kamera baru, molek juga!
No comments:
Post a Comment