Pages

Tuesday, January 31, 2012

Untuk Mariam, Laila, Aziza dan Nana

Baru habis membaca buku ' A Thousand Splendid Suns ' karya seorang penulis kelahiran Afghanistan, Khaled Hosseini. Menarik, mengesankan dan engaging. Kekuatan buku ini, pada aku, terletak pada kekuatan ceritanya dan perkembangan dua watak utamanya; Mariam dan Laila.


Mesej buku ini, kalau pada surface, adalah tentang penderitaan wanita Afghanistan lantaran ketragisan perang; yakni ketika Zaman Revolusi, Zaman Penjajahan Soviet, Zaman Rejim Taliban dan Zaman Pendudukan Tentera AS. Tetapi, sewaktu aku menyelak muka terakhir dalam novel ini, aku insaf akan suatu hikmah ini; bahawa manusia yang keji akan memberi apa sahaja dalil, bahkan agamanya (atau, kadang-kadang, terutama sekali agamanya), untuk merasionalkan nafs mereka.

Itu di Afghanistan. Bagaimana pula keadaan di bumiku?

Aku pejam mata dengan membayangkan imej ini; The proverbial 'menutup bangkai seekor gajah dengan sehelai daun'.

Dan manusia-manusia sekeliling melihat keadaan itu dengan sepasang binokular, menghala tepat ke arah daun itu, dan berkatalah mereka "Sesungguhnya apa yang aku lihat hanyalah sehijau warna daun. Bergembiralah, tiada apa yang perlu dikhuatirkan".

Aku buka mata dengan perasaan jijik dan penuh kebencian.

Marilah kita gerakkan tulang empat kerat ini, kerana banyak lagi yang perlu dibuat.


Friday, January 20, 2012

Tahun Naga

Tadi aku kemaskan akaun peribadi, dan buat pelan financial untuk tahun 2012. Aku tahu dah terlambat, tapi pelan terpaksa ditangguhkan sebab tak pasti lagi gaji dapat berapa.

Kesimpulan?

2012 - Tahun Ikat Perut.

Jadi slim macam naga cina pun ok.




Tuesday, January 17, 2012

Olympus Miu dan Nikon D40x

Aku rasa bertuah kerana sempat merasa dua alam teknologi: dunia analog dan dunia digital, dan fasa transisi antara dua dunia ini. 

Aku terbaca satu artikel yang membincangkan tentang syarikat filem gambar utama dunia; Kodak, yang kini berada di ambang bankruptcy. Membaca artikel ini berserta komen-komennya, aku teringat waktu di bangku sekolah dulu; saat-saat penggunaan kamera berfilem dan walkman kaset adalah means untuk berhibur dan menzahirkan diri.

Aku tertarik dengan satu komen. Katanya, orang yang pro teknologi digital menghargai kemudahan dan kesenangan yang dibawa oleh teknologi digital. Misalan, dengan kamera digital kita tidak perlu risau tentang penggunaan filem, tangkap sahaja berapa banyak yang kita mahu, tak suka boleh delete. Dan orang yang pro teknologi analog menghargai elemen ketidak-sempurnaan yang inherent dalam teknologi tersebut, contohnya distortion dalam gambar yang dicetak dari filem atau distortion wave yang muncul dari kasetlah yang menjadikan karya musik dan foto itu terasa pure dan 'mahal'.

Aku merumuskan begini; teknologi digital memberi kebebasan dan takrifan had keupayaan insan yang lebih luas, manakala teknologi analog memberi ruang untuk kita menghargai 'ketidak-sempurnaan' dalam diri dan nilai-nilai insaniah.

Dengan kata lain, harga pada dunia digital adalah kebebasan, dan harga pada dunia analog adalah menginsafi batas-batas insaniyyah.

Mungkin.

Pun begitu, di akhir artikel ini, terbit satu ibrah yang padaku begitu praktikal untuk diteladani.

Keberadaan semasa syarikat Kodak yang diancam kemuflisan adalah kerana, andai betul analisa pengarang artikel tersebut, ketidak-mahuan syarikat gergasi berkenaan untuk berusaha untuk berubah dan menginovasi produk mereka sesuai dengan tuntutan zaman.

Permintaan terhadap karya-karya still-image (imej pegun) seperti foto tetap ada, walau bagaimana pesatnya perkembangan motion picture/movie sekalipun. Yang berubah adalah teknologinya. Perjuangan untuk terus kekal relevan dalam pasaran dunia bergantung kepada keupayaan kita untuk menjangka dan menginovasi produk atau karya kita.

Tentu, bagi mereka lebih kritis, boleh menghubung-kait fenomena ini dengan hal-hal yang lain.

Dalam kehidupan sosial, katakan. Atau dalam agama, mungkin?

Perjuangan untuk terus kekal relevan. Zaman-berzaman.

Mohon petunjukNya.







#Olympus Miu dan Nikon D40x adalah dua model kamera milik aku. Yang pertama adalah model kamera berfilem negatif, dan yang berikut adalah kamera digital refleks berlensa tunggal.

Kedua-dua banyak berjasa. Kedua-duanya merupakan teman setia saat mengembara, baik dalam mahupun luar negara.

Sayangnya, dua-dua kamera sekarang dah rosak. Kalau ada sesiapa yang budiman nak taja kamera baru, molek juga!




Monday, January 16, 2012

Paradoks Surah Tahrim

Surah At-Tahrim, dalam naskah kitab suci Al-Quran Resm Uthmani, merupakan surah sebelum surah Al-Mulk dan surah yang terakhir dalam juzu' 28. Tahrim, yang bermaksud 'Larangan' atau 'Tegahan', telah diturunkan di Madinah dan memperihalkan tentang beberapa perkara; antaranya adalah kisah junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan isteri-isterinya, dan juga isteri beberapa orang nabi dan figura prominent di dalam Al-Quran.

Mahasuci Allah SWT, aku tertarik pada hikmah dalam ayat ke 10 dan 11, di mana Allah SWT memperihalkan tentang isteri Nabi Lut,Nabi Nuh dan Firaun. Aku terpesona akan ketajaman paradox antara kedua ayat ini. Begini:

Dalam ayat ke 10, kita dapat lihat bagaimana isteri kepada hatta seorang nabi sekalipun (Nabi Lut dan Nabi Nuh), telah berbuat kekufuran dan boleh dihumbankan ke dalam api neraka.

Dalam ayat ke 11, kita dapat insafi bagaimana isteri kepada hatta seorang yang paling zalim di dunia sekalipun (Firaun), mampu untuk tetap tunduk dan patuh kepada Sang Penciptanya.

Aku insaf akan realiti ini; bahawa sesungguhnya, jaminan masuk syurga atau neraka bukanlah terletak pada orang atau benda lain; tetapi bergantung semata-mata antara kita dan Allah SWT, secara individu.

Bahawa pasangan dan jemaah dan ideologi yang kita anuti itu sebenarnya bukanlah barang taruhan.

Ya Tuhan, apakah ada sisa amalan yang dapat aku sembahkan padaMu kelak?






#layan lagu Isteri Cerdik Yang Solehah - The Zikr

 =)






Saturday, January 14, 2012

Kerja


Robot kecil yang pakai surgical scrub  itu sebenarnya USB thumbdrive. Syarikat insurans yang bagi.

Ada beberapa target yang ingin dicapai tahun ini.

Salah-satunya; nak jadi jack-of-all-trade.

hahah.

InshaAllah!


.

Thursday, January 12, 2012

Jalan keluar

Untuk keluar dari arus yg berpusar, kena keluar dari centripetal force.

Jadi centrifugal.

Susah tau.


.

Monday, January 02, 2012

Inferens

Orang Melayu itu suka menyatakan rasa perseteruan secara halus. 

Contoh, tidak diajak ke kenduri. Biarpun orang itu adik beradik sendiri, tidak ada istilah 'faham-faham sajalah'. Kena dijemput, atau kena bagi kad.

Aku rasa, secara umum, adat tidak jadi masalah jika kita faham erti dan sebabnya. Menghayatinya pun terasa indah dan segar.

Masalahnya, jika ianya dipertahankan tanpa ambil peduli keadaan semasa dan faktor setempat. Ditegakkan semata-mata demi kelansungan adat. Kadang-kadang terasa kering, berbau hapak dan tahyul.

Orang kata ' yang baik jadikan pedoman, yang buruk jadikan sempadan '.