Pages

Monday, April 05, 2010

the 'unusual' makmum

Tengahari tadi agak sibuk.

Sibuk maksudnya tak sempat untuk makan tengahari, solat Zuhur dalam keadaan tergesa-gesa, dan kena masuk balik ward dalam 5-10 minit.

Memang dah tak sempat untuk ke surau, jadi aku ambil keputusan untuk solat di suatu penjuru di ward lelaki L3, Hospital Permai, Tampoi (di mana aku akan berada untuk 5 minggu lagi).

Sudut ini memang dikhaskan untuk pesakit solat; ada tabir biru, dan ada satu sejadah yang dah usang. Biasanya staf solat di surau/masjid, sebab persekitaran di ward agak bising, ataupun tak boleh nak concentrate.

Rasanya ketika takbiratul ihram, aku solat seorang sahaja, tapi selepas salam terakhir, aku sedikit terkejut apabila ada satu saf makmum belakang aku.

Makmum-makmum yang terdiri daripada pesakit-pesakit mental. Posisi mereka semua berbeza-beza; ada yang bersila, ada yang duduk tahiyat akhir, ada yang berdiri, ada yang head banging dsb..

Itu tak mengapa, tapi yang menggelikan hati aku ialah ada seorang Cina antara mereka! Celah mana datang apek ni?

Aku kenal apek tu, memang non-muslim.

Dan sewaktu aku 'mengimami' bacaan doa, apek tu lah yang paling beriya mengaminkan doa! "amin...amin...amin..." muka khusyuk dan penuh tawadu'. Nak tergelak pula aku.

Lepas habis aku tanya, "apek muslim?"

"tak lah, saya percaya semuaaa agama, Tuhan 'Alah' saya ada semayang, Tuhan Mary ada, Shiva ada bla bla bla..." dan dia demonstrate cara-cara sembahyang untuk semua 'tuhan-tuhan' itu!

Sah schizophrenia!

Salam 1Malaysia ;)

8 comments:

arcane said...

:D . wah. akak igt fitri nak ckp ttg, wlupun mrk tak "stabil" masih tahu baik nya solat berjemaah. hehe

baik2 blaja adikku

Fitri Ezwan said...

arcane

It's a subtle yet important point to look at, akak, in this short story.

But, I reckon, it would be more 'interesting' (-_-) if I leave it to the readers(if any) to find it out themselves.

I will, akak, insyaAllah..

Thanks

anamunawwarah said...

salaam~

=D =D =D =D =D =D =D =D...

mmg luar biasa.untuk 'imam2' terpilih je ni =)

huhu

(gagal berhenti ketawa.haha)

Nada Syazana said...

Bongok lawak gila! And at the same teaches us self-proclaimed-sane Muslims a good lesson.

Fitri Ezwan said...

anamunawwarah,

wslm,

haha, gelak kat siapa?




Nada Syazana,

Yes, it does, indeed.

Anonymous said...

salam,

Ni kali pertama saya baca blog dan gelak beriya...selalu senyum aje.

Bersyukur lah dgn ape yg Allah kurniakan pada kita...kesihatan mental n fizikal.

Jadilah Doktor pengubat jasmani dan rohani.

Salam

Cikgu FAR

Fitri Ezwan said...

Wslm

Cikgu FAR, terima kasih! Mudah-mudahan..

anamunawwarah said...

cikgu FAR?
macam kenal je

huhu=)