Pages

Sunday, April 18, 2010

Manusia padang pasir

Tulisan aku kali ini agak abstrak dan berserabut Lebih kepada monolog dalaman. Maaf kalau membuang masa para pembaca. Tapi, aku perlu tulis, aku rasa.

***

Kanak-kanak pertama memeluk Islam, kaya dengan ilmu pengetahuan, sederhana dalam pembawaannya, wise, pendiam, sabar, handal bermain pedang, berani...

Dia adalah Saidina Ali bin Abi Thalib RA.

Dia adalah manusia padang pasir.



..dan aku adalah Fitri Ezwan, seorang Melayu.

Jujurnya aku tak tahu bagaimana hendak menghubung-kaitkan antara dua manusia ini. Titik persamaannya barangkali tidak ada.

Kecuali satu, aqidah... itupun, ya, begitu berbeza.

Tapi apa yang aku tahu, aku ingin jadi sepertinya, dan pada masa yang sama aku tetap aku. Bagaimana mungkin... seorang Melayu takkan mungkin menjadi seorang Arab. Manusia tropika tidak sama dengan manusia padang pasir. Keris/katana tidak sama dengan Zulfikar.


Apabila diduga, makin lama, imej yang ingin dibela makin pudar, dan fitrah diri makin tegas.

Akhirnya, seperti dijangka, berakhir dengan kekecewaan dan frustration.

Tapi, aku ubat kehampaan ini dengan penawar hati; bahawa semua ini pasti ada hikmah, bahawa aku perlu tabah, dan aku perlu kembali kepadaNya.

Moga kekal...

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. al-Baqarah 2:216

Ibrahim berkata: "Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhan-nya, kecuali orang-orang yang sesat." al-Hijr 15:56.




Daijobu... ya Ana?

4 comments:

soleil m said...

salam,
what's 'Daijobu', doc?

Fitri Ezwan said...

wslm soleil_m,

"it's all right/it's ok" in Japanese. =)

anamunawwarah said...

salaam~

sabda Rasulullah,"Aku adalah kota ilmu sedang Ali adalah pintu gerbangnya"

kalau kita mampu sehebat Ali mungkin waktu ini kita adalah golongan cendekiawan2 rujukan umat seluruh dunia.

apapun,usaha ke arah persamaan itu berbaloi.walaupun mungkin tak sesempurna manusia yang asalnya baik dari segi akidah,ilmu mahupun kecintaan kepada Rasul.InsyaAllah...


oh ya,
senpai,kalau 'Ana' itu aku,aku nak jawab;

'hai~ dai-jou-bu yo!'

=)

err..kalau bukan maaflah menyampuk.gomenna..hehe

Fitri Ezwan said...

anamunawwarah,

wslm,

"apapun,usaha ke arah persamaan itu berbaloi.walaupun mungkin tak sesempurna manusia yang asalnya..." setuju!

ya, memang anda orangnya =)