Pages

Tuesday, April 20, 2010

The Myth of The Lazy Native

Setelah selesai melaporkan kes-kes kepada Dr. J, aku bergegas ke Plaza Angsana. Hajat di hati ialah untuk melihat dua buah buku yang dah lama ingin aku beli.

Buku-buku itu adalah Naratif Ogonshoto dari Dr. Anwar Ridhwan dan Salina karya Datuk A. Samad Said.

Sebenarnya aku ingin beli satu sahaja, tapi, seperti biasa, bila ada lebih dari dua buah buku dalam fikiran, keputusan hanya akan aku buat bila sudah betul-betul berada depan buku-buku itu.

Biasanya, aku akan kumpul buku-buku itu semua, duduk di satu ceruk, dan 'hidangkan' depan mata. Dan duduklah aku berjam-jam untuk buat keputusan 'yang mana satu pilihan kalbu'. Aku jarang beli lebih dari satu buku sekaligus, sebab was-was jika keputusan itu didorong oleh nafsu semata-mata. Biasanya aku pujuk hati dengan kata-kata 'habiskan yang ini dahulu, lepas itu beli yang lain pula'.

Tapi, sepertimana lazimnya aku, buku yang akhirnya dibeli kadang-kadang tidak ada dalam senarai pun!

Contohnya seperti tadi.

Aku melangkah keluar dengan sebuah buku dari Allahyarham Prof. Datuk Dr. Syed Hussein Alatas bertajuk The Myth of The Lazy Native. Itu pun setelah menghabiskan hampir sejam setengah memilih antara buku ini dengan Intellectuals in Developing Societies (dari pengarang yang sama).

Sedikit tentang buku ini: Buku ini adalah satu analisis Allahyarham untuk merungkaikan kedangkalan semasa bangsa Melayu (di Nusantara) dalam kerangka sejarah dan sosiologi. Turut dimuatkan adalah kritik beliau dalam peranan golongan intelektual dan budaya ilmu yang tidak 'membuahkan hasil/asli/berkembang'.

Pada Allahyarham, kemunduran-kemunduran ini - baik dari segi ketidakjituan ilmu, kejumudan tasawur/worldview, idea yang tidak kritis dan authentic, kebebalan sesetengah ahli akademia - boleh dihimpunkan di bawah satu tajuk besar iaitu 'the captive mind' - minda tertawan.

Walaupun bunyinya macam kering, tapi penulisan Allahyarham yang begitu sharp, critical dan kadangkala sinis - ada satu bahagian bertajuk 'bebalism' (ke'bebal'an dikalangan intelektual) - membuatkan aku seronok membacanya.

Semoga keseronokan ini dapat menjadi sesuatu yang berguna kelak, harap-harapnya.

Sebab aku ingin jadi pokok yang berbuah, InshaAllah. =)

Doakan, kawan-kawan.

2 comments:

Musafir bumi said...

Menarik. Nanti aku balik aussy nak pinjam.

Fitri Ezwan said...

Musafir bumi,

insyaAllah =)