Pages

Thursday, March 25, 2010

Cataract

Salah satu sebab kenapa doktor beriya-iya sangat nak buat pemeriksaan mata terhadap pesakit diabetes mellitus adalah untuk mengesan tanda-tanda awal cataract. Lebih-lebih lagi dikalangan pesakit yang lanjut usia.

Kalau ikut terma fizik sekolah menengah dulu, cahaya lurus dari luar dicapahkan oleh cataract , dan imej yang terhasil tidak sharp.

Maka, dengan itu, imej yang wujud di pentas retina tidak lagi jelas objeknya; kabur dan ambiguous.

Begitu juga, aku rasa, ketika membuat keputusan-keputusan dalam hidup. Apabila semakin meningkat usia, keadaan tidaklah begitu straight forward, dan pilihan-pilihan yang ada bukanlah antara A atau B, hitam atau putih, satu atau dua, nak atau tak nak.

Bukanlah semudah melambung syiling ke langit, dan menanti antara dua kesudahan yang pasti.

Pada asas dan awalnya, semua kelihatan seperti begitu. Barangkali dalam suasana idealistik dan selesa, kita optimis dalam menduga ujian-ujian yang bakal ditempuh.

Dan apabila kita betul-betul menempuh ujian itu, sedarlah kita, bahawa banyak lagi perkara perlu diambil-kira dalam membuat perhitungan. Insaflah kita, betapa tingginya langit dan dalamnya lautan.

...atau, adakah pilihan-pilihan yang baru tumbuh itu adalah suatu ilusi semata-mata? Untuk mengaburi duality pilihan yang sebenarnya ada?

Dengan kata lain, adakah pilihan-pilihan yang lain itu semua adalah distraction?

Apakah dengan wujudnya kerencaman pilihan itu, kita sebenarnya gagal untuk melihat dengan jelas?

Bahawa, sebenarnya, neraca perhitungan kita sudah berkecamuk?

Apakah ada cataract dalam melihat pilihan-pilihan dalam hidup?

Tuhan, peliharalah aku. Tunjukanlah aku jalan yang lurus.

No comments: