Pagi tadi, aku menerima sepucuk surat dan di dalamnya ada sebuah penanda buku. Hadiah hari jadi, kata pengirim surat itu.
Tertera pada penanda buku itu "rahsia kelahiran bulan Jun", bersumberkan Dato' Dr. Fadzilah Kamsah, diterbitkan oleh Darul Nu'man.
Aku tersengih melihat senarai itu. Bukanlah kerana aku percaya 100%, dan tidaklah pula aku bermaksud menolak 100%, cuma tergelak memikirkan bagaimanalah pengirim itu tergerak hati nak mengirimkan barang yang sedemikian rupa. Dia tahu, aku bukanlah penggemar ramalan zodiak atau apa-apa yang sewaktu dengannya.
Pun begitu, terima kasih!. Kebetulan, aku memang sedang mencari penanda buku untuk beberapa buku yang baru dibeli. Terima kasih, sekali lagi.
Rahsia kelahiran bulan Jun

- bersikap suka menangguh-nangguh
- berfikiran jauh dan berwawasan
- mudah ditawan kerana sikap baik
- berperangai lemah lembut
- mudah berubah sikap, perangai dan mood
- idea yang terlalu banyak di kepala
- bersikap sensitif dan mudah berkecil hati
- mempunyai fikiran yang aktif (sentiasa berfikir)
- sukar melakukan sesuatu dengan segera
- bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik
- cepat marah & cepat sejuk
- suka bercakap dan berdebat
- suka buat lawak dan bergurau
- otaknya cerdas berangan-angan
- mudah berkawan dan pandai berkawan
- orang yang sangat tertib dan suka berkemas
- mudah kena selsema
- cepat rasa bosan
- sikap terlalu memilih dan cerewet
- lambat untuk sembuh apabila terluka hatinya
- suka pada barangan berjenama
- mudah menjadi eksekutif
- kedegilan yang tidak terkawal
- sesiapa yang memuji dianggap lawan, sesiapa yang menegur dianggap kawan
Samada ya atau tidak, betul ataupun tak, kenalah tanya pada dia yang mengirim =)
5 comments:
suka pada barangan berjenama??
perghhhhhhh!
hahaha
ni kire allergic lah kat brg pasar ni.
:P
i also agreed wif shakinah.
"suka barangan berjenama'
Wow Fits. Degil, suka jenama, cepat marah, cepat bosan...tsk tsk. Apa nak jadi ni weh.
On a more realistic note tho, you DO have the following from the list:
- berperangai lemah lembut
- idea yang terlalu byk di kepala
- suka buat lawak & bergurau
Happy birthday!
salaam senpai
it's freaking true for me.aku jun jugak.kebanyakannya kena.hehe
happy birthday senpai!(walaupun tak tau the exact date.ehe=))
salaam
to shakinah & bro hakim
em, bukan semua. Tak da apa yang boleh lawan murtabak dan apam balik pasar malam =)
to nada:
terima kasih
to ana:
Terima kasih, selamat hari jadi ana!
Post a Comment