Seorang nyonya, dalam lingkungan 40-an, dimasukkan ke dalam wad psikiatri atas sebab aggressive behaviour dan homicidal tendency (Kelakuan ganas dan kecenderungan untuk membunuh). Setelah beberapa sesi interview dan consultation, nyonya itu mendedahkan bahawa dia syak suami dia main kayu tiga dengan orang lain; syak dan cemburu yang melampau-lampau atau tanpa sebab yang munasabah yang boleh membawa kepada kelakuan agresif, atau ringkasnya morbid jealousy.
Hari ini, ketika aku sedang berjalan keluar dari wad, nyonya ini menahanku dengan niat, aku rasa, ingin bersembang. Aku pun duduklah dan melayan ceritanya; dari makanan, baju, gossip dalam wad (hehe), dan akhirnya perkara-perkara sosial yang lain.
“lu ah, loktor, kalau mau kawin,
“susah mau carilah, auntie”
“haiya, lu sembahyang banyak-banyak, mintak sama tuhan Alah kasi bini baik maa. Lu talak sembahyang, talak buat baik mana boleh lapat maa”
Aku gelak besar dengan nyonya yang pelat-pelat itu. She was referring ‘tuhan Alah’ to, or so I believe, Allah S.W.T.
Benarlah nyonya, benarlah apa yang nyonya katakan itu.
Segala-galanya bermula dengan diri sendiri, dengan perkara yang paling ringkas =)
“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik...” (an-Nur':26)
4 comments:
hahaha.
nyonyaa yg prihatin.
:)
salaam...
nyonya pun tau=)
kita?
tau+amal dgn yakin
“haiya, lu sembahyang banyak-banyak, mintak sama tuhan Alah kasi bini baik maa. Lu talak sembahyang, talak buat baik mana boleh lapat maa”
dahsyatnya senpai...Allah hantar nyonya je nak ingatkan senpai dan err...kitorang yg baca ni jugak.ehe
yg perempuan emm kasik vice versa eh=)
kiyutnye nyonya tu. 1 funny woman :)
and i never knew dlm ward pon smpat bgosip? hehe
salaam, thanks for the comments!
to shakinah:
=)
To anamunawwarah:
hehe, insyaAllah.
'hantar nyonya'? takdalah, jgn cakap mcm tu, takdalah sampai 'dihantar' utk aku. =)
to suria:
cute? hahha.
gossip? you never know, miss suria, you never know.
these people. haih. tapi org2 ni lah yg menceriakan ward.=)
Post a Comment