Sedar tak sedar, kurang lima minggu lagi aku akan ke bumi Australia untuk menamatkan ijazah sarjana muda ini pada akhir November nanti. Alhamdulillah, final exam dah lepas, cuma tinggal lagi beberapa disiplin khusus yang perlu aku sudahi. Yang berbaki setakat ini:
1. Paediatrics (HSA, JB)
2. Obstetrics and Gynaecology (HSA, JB)
3. Cardiothoracic Surgery (MMC, Melbourne)
4. Geriatric Medicine (Kingston Hospital, Melbourne)
Untuk Elective, aku memilih Emergency & Critical Care Medicine. Entah kenapa, aku rasa seronok dalam bidang ini. Betul, untuk pertama kalinya sejak memulakan pengajian perubatan hampir enam tahun lepas, akhirnya ada satu disiplin ilmu yang membuatkan aku looking forward setiap hari dan berminat untuk pergi lebih jauh.
Jujur aku merasakan, penguasan aku terhadap ilmu perubatan sebenarnya tidaklah begitu menyerlah, sekadar memuaskan, tetapi aku cukup suka pada prosedur-prosedur perubatan yang bersifat operatif, seperti mengambil darah, IV Cannulation, pembedahan, dsb. I like to get my hands dirty, bro. Dan, aku merasakan, disiplin Emergency adalah yang terbaik untuk aku rebut peluang-peluang sebegini.
Cuma, yang memeningkan aku sekarang ialah, flight aku telah diawalkan atas sebab-sebab tertentu, menyebabkan aku tidak dapat hadir pada minggu terakhir di Obstetric nanti. Mahu tak mahu, aku terpaksa korbankan juga minggu itu, dan pelan aku sekarang ialah untuk mengkompromikan semua cuti sabtu ahad aku, untuk gantikan kembali hari-hari yang tertinggal. Teruk lah aku nanti, takda cuti..
Tapi tak mengapalah, fokus aku sekarang ialah untuk menghabiskan degree ini, dan mempersiapkan diri untuk melangkah ke marhalah yang baru. =)
Buat masa sekarang, pilihan dan fikiran semakin terarah kepada Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
Mohon doa dan restu daripada semua.
"Calves are easily bound and slaughtered,
never knowing the reason why.
But who ever treasures freedom,
like the swallow has learned to fly."
never knowing the reason why.
But who ever treasures freedom,
like the swallow has learned to fly."
Donna Donna - Joan Baez