Pages

Friday, May 22, 2009

tertekan

Aku tak tahu kenapa, setiap kali terdengar berita atau terbaca kes rogol di akhbar-akhbar, mood aku terus hilang untuk satu hari tu.

Jika terbaca, entah kenapa, aku terus tutup akhbar itu, dan kemudian akan rasa sangat tertekan, kesian, dan marah. Rasa sangat attached dengan si mangsa.

Rasa sakit di dada. macam mana ya aku nak gambarkan, seolah-olah ada pisau yang menusuk dan mengelar-ngelar jantungku. Rasa sesak untuk bernafas. Sungguh tak berhati perut bedebah yang melakukan kerja terkutuk itu! Apa yang dia fikir? Apakah dia boleh gantikan semula ‘barang’ yang telah dia rampas? Ini bukan jenayah biasa!

Tapi yang sedihnya, semakin hari, semakin menjadi-jadi. Cukuplah dengan pengalaman-pengalaman bertemu mangsa rogol di hospital. Aku tak mahu ia berulang semula.

Barangkali kerana aku punya adik-adik perempuan di rumah yang sedang meniti alam remaja. Ya, aku risaukan mereka...

Apakah tiada penyelesaian?

3 comments:

Anonymous said...

seriously,
i do agree with u bro.
benda ni makin lama makin teruk.
adoih.

fitri ezwan said...

to shakinah:

=)

anamunawwarah said...

salaam

lg sakit kalau yg mangsa rogol tu anak,kakak,adik kepada si perogol.budak kecik pun.kalau kita melihat isu rogol ni seperti suatu penyakit maka kita akan percaya ada penawarnya sbb Allah dah kata stp penyakit ada ubatnya.
penyelesaian boleh berlaku kalau kita boleh membendung punca.

dan puncanya...??