Pages

Tuesday, June 11, 2013

Syahrul Qur'an

القابض

Al-Qabid, nama suci Allah SWT, nama yang ke-20 mengikut susunan nasyid Asma'ul Husna, membawa erti 'Yang Maha Menyempitkan( makhluknya )' atau 'The Restrainer' dalam Bahasa Inggeris.

Menurut susunan nama dalam nasyid berkenaan juga, Al-Qabid didahului oleh Nama-nama suci seperti Al-Wahhab, Al-Razzaq dan Al-Fattah yang memberi erti Yang Maha Pemberi Kurnia, Yang Maha Pemberi Rezeki dan Yang Maha Pembuka Rahmat respectively

Selepas Al-Qabid, nama-nama suci Al-Basit (Yang Maha Melapangkan), Al-Khafid (Yang Maha Merendahkan), Al-Rafik (Yang Maha Meninggikan), Al-Muiz (Yang Maha Memuliakan) dan Al-Muzil (Yang Maha Menghinakan) pula menyusul.


Maha suci Allah SWT. Milik Engkaulah segala kebijaksanaan, dan milik Engkau jugalah segala pujian.

Point aku kali ini ringkas shj, (bukanlah di namakan point kalau kompleks, by the way); minta lah pada Tuhan-Mu. Apa jua. Tuhan-Mu tidak pernah jemu mendengar segala rayuan, sehingga hambaNya sendiri jemu meminta.

Juga, mengambil semangat persiapan menyambut bulan rahmah dan berkah, bulan Ramadhan. Dulu, waktu solat tarawikh di university, selang masa selepas rakaat ke 8 selalunya di-isi dengan kuliah ringkas Tauhid Asma' wa Sifat; penerangan tentang nama, maksud dan bagaimana dengan mengimani nama dan dzat-dzat Allah SWT mampu menjadi suluh pedoman hidup Muslim/Muslimah.

Allah humma balighna Ramadhan.

No comments: