Aku ada sebuah gitar kapok. Tak terer main pun. Main untuk diri sendiri sahaja. Biasanya lepas balik kerja, atau pun hujung minggu, aku main dalam sejam dua, sekali -sekala. Saja, untuk santai-santai. Lagu-lagu pun tak banyak berubah; apa yang aku main waktu sekolah dulu, itu lah yang aku main sekarang. Takda geng dah.
Dua minggu lepas, aku beri gitar itu pada member. Kadang-kadang, tangan rasa 'gatal'. Rindu kot. Tak apalah. Gitar itu lebih diperlukan di sana.
No comments:
Post a Comment