Pages

Saturday, April 30, 2011

pil dan akar kayu

Antara soalan pesakit yang susah aku nak jawab adalah soalan-soalan berkaitan pantang-larang makan dan kesesuaian ubatan berbentuk herba/makanan kesihatan/makanan tambahan(supplement).

Susah sebab konsep pembuktian melalui ujian klinikal vs testimoni pelanggan/pendapat peribadi/gimik jualan masih lagi asing dalam masyarakat kita.

Perubatan conventional menuduh perubatan kampung sebagai kolot dan tak berasas, manakala perubatan kampung cenderung memperbesar-besarkan kes di mana herba kayu akar mampu mengalahkan kanser.

Bila fikir-fikir balik, aku rasa yang mendasari perseteruan ini adalah perasaan curiga. Curiga kepada ketahyulan dan tradisi Timur. Sangsi kepada kerakusan dan kebongkakan Barat.

Amat malang apabila keuntungan ekonomi dijadikan drive atau aspirasi utama, baik dari pihak syarikat pharmaceutical mahupun syarikat perubatan alternatif, daripada bermatlamatkan 'untuk menyembuhkan pesakit'.

Strategi untuk mempengaruhi potential customer amat mudah. Fokuskan perhatian kepada segala kesangsian dan kecurigaan dan bangkitkan perasaan itu.

Maka, akibatnya, muncullah slogan-slogan seperti 'penemuan yang menggemparkan dunia perubatan sains' dan '...doktor merasa hairan', 'molekul ajaib', 'seribu satu penawar' dan eksploitasi hadis-hadis.

Slogan seperti ini hanya mengukuhkan lagi prasangka dan prejudis antara kedua-dua belah pihak, bukan mencerahkan lagi pemahaman kita tentang ilmu perubatan.

Dan, akhirnya, yang terus tersepit adalah pesakit.

Pesakit, pada waktu ini, terbeban dengan tiga benda:
  • Beban penyakit
  • Beban kos ubatan
  • Beban informasi
Kasihan!


No comments: