Kematian itu suatu yang memilukan, tetapi tidak ada yang lebih memilukan daripada menyaksikan kematian.
Petang tadi, sewaktu sedang menyapu sampah, aku ternampak seekor burung pipit kecil di atas lantai di halaman rumah.
Kakinya terkuit-kuit, kepaknya bergetar-getar dan paruhnya seolah-olah tercungap-cungap. Ada kesan luka yang besar di bahagian leher dan bawah kepaknya.
Barangkali baru lepas bergaduh, atau dicederakan oleh makhluk pemangsa.
Aku usiknya sedikit, tapi burung itu hanya membalas lemah.
Untuk seketika, aku frust. Aku tidak tahu apa yang perlu dibuat. Ilmu perubatanku terlalu kerdil untuk membantu makhluk Tuhan ini.
.... Air!
Aku tadahkan semangkuk air dan bantu ia minum. Tubuh kecilnya aku pegang dan suakan paruhnya ke dalam air.
Tubuh kecilnya terkuit sedikit dan perlahan-lahan paruhnya terkapuk menghirup air. Lemah!
Alangkah sayunya..
Tapi, ia tidak lama. Hanya beberapa minit kemudian, sekujur tubuh itu berhenti bergerak. Mati.
Aku tanam jasadnya di halaman rumah.
Saat aku tabur kembali pasir ke dalam liang lahad, aku teringat bahawa yang hidup pasti mati.
Yang pintar, kata Ar-Rasul, adalah manusia yang sentiasa mengingati mati*.
Tapi, yang 'sentiasa' itulah, yang selalu benar aku lupakan.
Selamat tinggal burung, titipkan salamku pada manusia-manusia yang bahagia dan berjaya di alam sana.
Khabarkan pada mereka, aku ingin bersama mereka.
*hadis riwayat ibn Majah daripada ibn Umar radiallahu anhum
2 comments:
ni tengah emergency nih. sempat ambik gambar lagi....
multi tasker. hebat
apapun jadikan amalan menziarahi kubur suatu kebiasaan. nescaya kita akan lebih mengingati mati.
nama pun lelaki-kamera - cameraman!
hehehh.. inshaAllah bro, inshaAllah.
Post a Comment