Pages

Thursday, July 15, 2010

.

Aku kongsikan perkara ini dengan seorang sahabat semalam. Barangkali ketika ini dia mungkin sudah lupa, kerana sudah berada di sisi isterinya yang tersayang. =)

Tapi ingin aku kongsikan bersama pembaca sekalian.

Aku rasa, aku terus-menerus mengusahakan apa yang aku minat - seni, sejarah dan falsafah - kerana... makin dalam aku telusuri bidang itu, makin aku rasa diri ini hamba pada yang Esa.

Seni mengajar aku untuk menghargai benda-benda yang halus dan biasa. Terlampau biasa dalam kehidupan kita seharian sehingga kita take for granted. Seperti udara, pokok, nasi, ikan , bahasa, budaya dsb.

Sejarah mendidik aku untuk menghargai kepentingan untuk belajar dari kesilapan, meraikan perbezaan, dan mensyukuri segala nikmat dan kesempatan.

Dan falsafah (walaupun hanya cebisan dari ilmunya) mendidik aku melihat segala-galanya dari kaca mata yang lebih luas.


Segala-galanya untuk satu. Pengabdian.


Kadang-kadang, terlalu lama dalam bidang teknikal menyebabkan aku merasa manusia itu cepat bongkak. Suatu sifat yang boleh diperhatikan pada sesetengah doktor dan pelajar perubatan.

Aku benci pada penindasan, aku benci pada kebongkakkan.

Tetapi aku sedar. Ini adalah kehidupan. Kehidupan bukan senang.

Kehidupan adalah memperbaiki diri sehari-hari, untuk mencapai titik keseimbangan dan kesederhanaan.

Ya, inilah aku.

Inilah fitrahku. =)

4 comments:

soleil m said...

saya sangat suka sejarah. semester ini saya ada subject jurisprudence yang berkaitan falsafah jurists & saya menyedari, falsafah & sejarah bukan adik beradik yang rapat T_T

Fitri Ezwan said...

soleil_m,

jurisprudence, aku pernah baca artikel tentang jurisprudence oleh Prof. Aziz Bari, pensyarah kanan undang2di UIA.

katanya banyak mahasiswa tak suka jurisprudence, hehe.

terima kasih atas komen!

Anonymous said...

assalamualikum,,,,,ya akhi....
sudah lama mencari dan ingin mendengar kabare berita ....
allhamdulillah saudara telah berjaya sekarang.....
bukan sahaja dunia tetapi akhirat telah pun saudara kendong bersama...
semoga kekal di jalan ini...
saya doakan kejayaan saudara walau dimana saudara berada...
sejarah mengajar kita siapa diri kita...
sejarah juga mendekatkan kita kepada pencipta..
salam perjuangan...
maafkan salah silap saya dahulu..
truly from your longtime classmate,
Bob ( semesti 2000 je pas tu fly )...

Fitri Ezwan said...

salam Bukhari....

kat mana sekarang bro? sarawak lagi ke?

moga bertemu nanti, inshaAllah =)