Pages

Thursday, July 15, 2010

.

Aku kongsikan perkara ini dengan seorang sahabat semalam. Barangkali ketika ini dia mungkin sudah lupa, kerana sudah berada di sisi isterinya yang tersayang. =)

Tapi ingin aku kongsikan bersama pembaca sekalian.

Aku rasa, aku terus-menerus mengusahakan apa yang aku minat - seni, sejarah dan falsafah - kerana... makin dalam aku telusuri bidang itu, makin aku rasa diri ini hamba pada yang Esa.

Seni mengajar aku untuk menghargai benda-benda yang halus dan biasa. Terlampau biasa dalam kehidupan kita seharian sehingga kita take for granted. Seperti udara, pokok, nasi, ikan , bahasa, budaya dsb.

Sejarah mendidik aku untuk menghargai kepentingan untuk belajar dari kesilapan, meraikan perbezaan, dan mensyukuri segala nikmat dan kesempatan.

Dan falsafah (walaupun hanya cebisan dari ilmunya) mendidik aku melihat segala-galanya dari kaca mata yang lebih luas.


Segala-galanya untuk satu. Pengabdian.


Kadang-kadang, terlalu lama dalam bidang teknikal menyebabkan aku merasa manusia itu cepat bongkak. Suatu sifat yang boleh diperhatikan pada sesetengah doktor dan pelajar perubatan.

Aku benci pada penindasan, aku benci pada kebongkakkan.

Tetapi aku sedar. Ini adalah kehidupan. Kehidupan bukan senang.

Kehidupan adalah memperbaiki diri sehari-hari, untuk mencapai titik keseimbangan dan kesederhanaan.

Ya, inilah aku.

Inilah fitrahku. =)

Tuesday, July 06, 2010

.

Aku rasa, kehidupan dan nilai-nilai adalah terangkum dalam suatu spektrum; bukannya diskrit.

Tetapi, adalah lebih mudah untuk memahami sesuatu apabila ia mempunyai kelas, kumpulan atau golongan.

Bahaya spektrum adalah tiadanya garis pemisah yang jelas.

Bahaya diskrit adalah tiadanya kesinambungan yang nyata.

Aku pasti ada jawapannya. Bila aku keliru, aku bertanya. Bila aku bertanya, aku mencari.

Bila aku mencari, aku temui. Bila aku temui, aku menilai.

Bila aku menilai, aku buat keputusan.

Biasanya, betul atau salah, terserah kepada pengalaman untuk menentukan.

Ancora Imparo.