Denai manusia,
anak alam, makhluk Tuhan,
apakah keheningan hutan ini
untuk pekaknya telinga manusia?
apakah keindahan gunung ini
untuk butanya mata manusia?
apakah keluasan alam ini
untuk tulinya hati manusia?
Denai manusia,
akar banir, pohon mersawa,
sunyilah engkau bersama kebisuan semesta,
damailah engkau dengan rahsia dunia
Gunung Ledang,
15/05/10, 2pm
***
Malam mula menyelubungi,
mendakap mesra bumi ini,
langit biru kehitaman
hilang dalam keheningan
malam datang lagi
esok mentari muncul lagi
apakah kau masih di situ, wahai gunung?
menghiasi kaki langit, merajai datar bumi,
aku cemburu pada engkau, gunung
aku cemburu pada keabdianmu
cemburu pada rahsiamu
wahai gunung,
tegaklah engkau buat seketika lagi
temani aku, hadapi malammu,
tegaklah engkau barang sesaat lagi
pimpini aku, temui Tuhanmu.
Gunung Ledang,
16/05/10, 1 am
***
"kalau jatuh, bangun. Kalau bangun, jatuh" kata Tok batin
Kampung orang asli, Ledang.
anak alam, makhluk Tuhan,
apakah keheningan hutan ini
untuk pekaknya telinga manusia?
apakah keindahan gunung ini
untuk butanya mata manusia?
apakah keluasan alam ini
untuk tulinya hati manusia?
Denai manusia,
akar banir, pohon mersawa,
sunyilah engkau bersama kebisuan semesta,
damailah engkau dengan rahsia dunia
Gunung Ledang,
15/05/10, 2pm
***
Malam mula menyelubungi,
mendakap mesra bumi ini,
langit biru kehitaman
hilang dalam keheningan
malam datang lagi
esok mentari muncul lagi
apakah kau masih di situ, wahai gunung?
menghiasi kaki langit, merajai datar bumi,
aku cemburu pada engkau, gunung
aku cemburu pada keabdianmu
cemburu pada rahsiamu
wahai gunung,
tegaklah engkau buat seketika lagi
temani aku, hadapi malammu,
tegaklah engkau barang sesaat lagi
pimpini aku, temui Tuhanmu.
Gunung Ledang,
16/05/10, 1 am
***
"kalau jatuh, bangun. Kalau bangun, jatuh" kata Tok batin
Kampung orang asli, Ledang.
4 comments:
salam
apa maksud tok batin tu? esp 'kalau bangun, jatuh'?
and, pls post some pictures of gunung ledang pls? tq :)
wslm
rasanya, jangan angkuh.
sebelum masuk hutan hari tu, kami ada minta sedikit petua-petua dari beliau, sebab kami bermula dari kampungnya.
kami jangkakan, petua-petua seperti pantang larang, ritual-ritual khurafat, cerita-cerita dongeng dsb..
agak mengejutkan, jawapan-jawapan yang beliau kemukakan sangat filosofis dan mendalam. berhikmah. dan jauh sekali dari yang karut-marut dan tahyul.
'kalau jatuh, bangun' tu biasalah, jangan berputus asa.
'kalau bangun, jatuh' tu, jangan riak dan angkuh berjalan di bumi Tuhan. 'jatuh'kan atau runtuhkanlah keegoan dalam hati, rendahkan diri.
banyak tips2 yang beliau bagi tu sangat berguna dalam hidup dan 'wise'. layaknya seorang yang senior dalam asam garam kehidupan.
tentang gambar nanti, insyaAllah. Tunggu cameraman upload. sebab aku tak bawa kamera hari tu.
terima kasih! =)
Waaa. Korang pi Gunung Ledang x ajak. X kira, bila aku balik dari Aussy, kene buat trip satu kali lagi. Maybe hujung tahun bila sume ada.
Sapa yg pi hari tuh?
Musafir bumi...
mukhayyam al-asykari, bro. zon selatan.
heheh. Sila la dengki pada kami.
Post a Comment