Pages

Saturday, February 27, 2010

bila?

Melihat mereka yang baru melangkah ke 'marhalah' yang baru adalah menggembirakan. Tetapi apabila 'mereka' itu ialah rakan yang aku kenal, perasaannya boleh jadi berbeza, apatah lagi jika rakan itu akrab denganku.

Melayan emosi adalah perkara pertama yang memenuhi fikiran, barangkali. Tetapi, perkara - atau persoalan - yang seterusnya boleh membuatkan aku bingung - 'aku, bila pula?'.

Persoalan ini boleh membuatkan aku terduduk sejenak, dan melihat pelbagai sisi dan dimensi dalam hidup aku.

Tak perlu lama untuk aku menyedari bahawa langit sebenarnya lebih tinggi dari apa yang aku sangka, dan jalan yang lurus sebenarnya penuh dengan simpang siur. Semua memerlukan pengamatan dan menuntut ketekunan, jika jalan mahu diteruskan, jika hidup ingin diwarnakan.

Tapi manusia tak perlu serius dalam semua hal, fikirku. Sekali-sekala, risiko perlu diambil dan nasib perlu dipertaruhkan. Kerana tak semua perkara boleh difahami sebelum ianya terjadi , kalaupun kita mahu. Sesetengah perkara hanya boleh difahami setelah ianya terjadi - dan mungkin memakan masa yang lama.

Tapi itulah manusia - yang dalam ketidaksempurnaannya -terus mengejar kekamilan selagi termampu, mendaki maqam setinggi yang boleh.

Penawar hati, buat masa ini, hanya satu:

'..mungkin belum masa anda lagi."

5 comments:

anamunawwarah said...

salaam~
semoga dimudahkan urusannya senpai
insyaAllah=)

Miss Zahidah Zakaria said...

Allah sahaja yg mengetahui diari lengkap kehidupan kita.

berserahlah kepadaNya di samping berdoa. InsyaAllah

Moga dipermudahkan segala urusan olehNYA :)

Fitri Ezwan said...

anamunawwarah
wslm. terima kasih. InsyaAllah, mudah-mudahan.

♥Aisyahumaira♥
benar bagai dikata. =)
amin..

sikubesi said...

kesediaan kita yang usaha,
ketetapan hanya Dia yang pasti....

"moga tabah hati tak berbelah bagi"

Fitri Ezwan said...

sikubesi

anda adalah salah seorang manusia dalan entri kali ini.

hehe.

terima kasih.

selamat menulis..