Cinta adalah segalanya di dunia. Cinta adalah indah, biarpun yang ditempuh adalah kesusahan, kesulitan dan kepayahan. Cinta adalah kemuncak syurga di dunia.
Cinta juga sinonim dengan pengorbanan. Betapa dua kata yang terkandung di dalamnya sifat yang berlawanan, boleh digabungkan dengan akrab sekali oleh makhluk bernama insan. Amazing.
Hari ini aku sempat menyaksikan... hm, tidak, 'belajar' adalah perkataan yang lebih sesuai, sesuatu tentang cinta.
Si isteri disahkan mengalami end stage renal failure. Buah pinggang telah berhenti berfungsi. Pilihan ada dua; samada dialisis seumur hidup atau transplan buah pinggang.
Si suami sanggup. Apabila ditanya mengapa, dengan malu-malu dia menjawab ' dia isteri saya' , dan diiringi dengan senyuman misteri yang tersirat di dalamnya seribu satu rasa cinta, selaut kasih sayang.
' Encik tahukan risikonya? Penderma biasanya lebih tinggi komplikasi berbanding penerima'.
'Saya tahu'
'Dan encik sanggup?'
'Ya'
Aku senyum. Si suami senyum. Si isteri senyum. Mereka menggenggam erat tangan dan aku pun melangkah pergi.
Hati aku riang, dan entah kenapa. Terasa bahang matahari begitu mesra tengahari itu.
Dan hatiku teringat serangkap puisi jawa;
Gegarane Wong Akrami
dudu banda dudu rupa
amung ati pawitane
luput pisan kena pisan
yen gampang luwih gampang
yen angel-angel kelangkung
tan kena tinambok arta.
Rahsia/Adatnya orang berkahwin itu
Bukan kerana harta, bukan kerana rupa
Ia adalah soal hati yang menyuluh jalan
Ujiannya hingga ke akhir;
jika mudah teramat mudah
jika sulit teramat sulit
dan tidak bisa si gantikan dengan timbunan harta.
=)